4/15/09

Japanese = liquid

Selama ini, aku selalu tertanya-tanya, kenapa mesti di dalam setiap komuniti Japanese, akan ada sekelompok orang yang terpinggir, tercicir, teraniaya, mahupun tersisih? Contohnya, di dalam satu kelas seramai 50 orang, 5~10 akan tersisih. Ciri-ciri orang Jepun yang "tersisih" adalah tiada kawan, mempunyai perilaku yang agak pelik(seperti becakap sendirian, gelak ketawa sendirian), suka bersendirian, memakai pakaian yang tidak up-to-date, mempunyai communication skill yang pelik, tidak suka bersukan, dan mempunyai hobi yang pelik(anime, porno) secara ekstrimis.

Golongan pelik ini digelar オタク"otaku". Perkataan otaku pada asalnya bermaksud seseorang yang sangat 詳しい(detail) tentang sesuatu perkara(hobi, minat) seperti permainan video, komik, automobil dll. Maksud otaku pada masa dahulu dan sekarang tidak serupa. Otaku kini digunakan untuk mengklasifikasikan golongan pelik yang wujud dalam sesebuah komuniti. Sebilangan besar golongan otaku ini bersendirian atau tidak mempunyai kawan disebabkan pernah dibuli oleh rakan sekelas sewaktu kecil. Namun, kenapa golongan ini dibuli? Apakah yang menyebabkan golongan ini dibuli sehingga komuniti otaku ini terhasil?

Orang Jepun mempunyai satu budaya di mana malu untuk menjadi lain daripada yang lain. 日本人はみんなと同じが安心するが、違う人がいると不安心になる. Keinginan untuk menjadi sama dengan komuniti sendiri dari semua aspek sangat tinggi di kalangan mereka. Apabila sesuatu "trend" di kalangan mereka tersebar, semua orang akan mengikuti "trend" tersebut. Orang yang tidak mengikut "trend" pula dianggap pelik. Contohnya, trend bersolek di kalangan remaja perempuan di sini menular di mana orang yang tidak bersolek akan dianggap pelik menyebabkan komuniti tidak bersolek akan dicaci, dikutuk, dihina walaupun mereka tidak membuat sebarang kesalahan. Pelik bukan?Golongan inilah akan menjadi 仲間はずれ"nakama hazure"(tersisih) sampai bila-bila. Setiap orang tidak mempunyai minat yang sama bukan? Orang yang tidak kisah akan hal orang sekeliling akan terselamat daripada menjadi otaku, sebaliknya golongan yang merasakan diri mereka disisih akan menjadi malu untuk bersosial dengan kominiti major.

Ada juga pepatah yang berbunyi : "American equals to SOLID while Japanese equals to LIQUID". Golongan Jepun akan mengikut arus seperti air yang mengalir, seperti tidak mempunyai pendirian yang tetap. Budaya mengikut orang di Jepun tidak semuanya bersifat negatif, tetapi jugak mempunyai kebaikan. Disebabkan budaya inilah, Negara Jepun boleh menjadi negara maju hanya dalam jangka masa yang singkat. Sejak mereka kalah dengan Barat dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1940-an, mereka bertekad untuk menjadi lawan kepada Barat dari segi pemodenan dan industri. Sejak itu, mereka sama-sama mengikut arus untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi raja teknologi dan pada tahun 1970-an, Jepun berjaya mencapai matlamat itu. Sungguh hebat.



p/s : bersyukur kat malaysia tak banyak orang pelik. patutla jepun ni sama ja mana-mana pun. Satu jepun sama(rumah, bangunan).

8 comments:

dilla said...

karangan yang hebat.shin chan masuk kategori apa ek?dia pelik, tapi ramai kawan.siap ada peminat lg ;p

dartdadada said...

budak mcm shin chan tu dlm kelas ada kot 2 org eheh

zhrh said...

haha best-best

dartdadada said...

apa yg best wey?

zhrh said...

cerita hang la! sila beri in-for-meti-on lagi. tq :)

shafiq said...

mcm geek ja bunyinya.
aku pun suka gelak sorg2 bila tgk bideo kat youtube.
adakah itu dikira otaku?

dartdadada said...

hehe ok ok.aku suka tgk cara hidup org.

dartdadada said...

apit:hg otaku iklan!!!:p

 

Blog Template by YummyLolly.com