4/14/09

Kerrioki

Tahukah anda "Kerrioki"(orreng pewtehs sebut) atau dalam bahasa betulnya Karaoke dicipta oleh orang Jepun? The first karaoke machine was invented by Japanese musician Daisuke Inoue in Kobe, Japan, in the early 1970's. In Japan, it has long been common to provide musical entertainment at a dinner or a party(wikipedia).

Karaoke merupakan perkataan bahasa Jepun yang dipendekkan. 空(Kara) yang bermaksud kosong + オーケストラ(orchestra) . "Kara-orchestra" kepada "kara-oke"(Orkestra kosong atau lebih senang "minus-one" di mana lagu-lagu dimainkan tanpa suara penyanyi).

Kalau di Jepun, karaoke kini menjadi "trend" remaja untuk bersuka ria bersama dengan rakan-rakan terutamanya di kalangan remaja perempuan. Di dalam bilik karaoke juga boleh dipesan makanan samada berat atau ringan seperti pizza, spagetti, nasi goreng, takoyaki(sotong ball), salad dan banyak lagi supaya pelanggan dapat menikmati masa berkaraoke tanpa berasa lapar. Ada juga bilik karaoke yang menyediakan "stage", mic stand, congo(alat muzik), maracas(alat muzik juga) supaya dapat menambahkan lagi keseronokan untuk menyanyi. Pada masa itu jugalah pelanggan dapat merasa bagaimana perasaan menjadi artis pujaan ramai.

Karaoke di sini sekali-kali tidak mempunyai imej "pelacur", "gro" , "gejala lepak" atau "gejala sosial" dan sewaktu dengannya berbanding negara lain. Semua pelanggan ke tempat karaoke bukan dengan tujuan untuk "merendek", tetapi sekadar berhibur tidak kira bersama kekasih hati atau kawan-kawan serta keluarga.

Rata-rata, lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat tentunya lagu Jepun. Namun, lagu Bahasa Inggeris, Bahasa China dan Bahasa Tagalog juga boleh dinyanyikan(lagu glamour sahaja). Senarai lagu di karaoke center di"up-to-date"kan setiap bulan. Buku-buku senarai lagu di sini juga ditukar setiap bulan seperti majalah yang dimuatkan "ranking" lagu.

Untuk memilih lagu, dua jenis alat praktikal seperti "remote control" dan"touch screen" disediakan dan lagu boleh dipilih secara digital. Jika menggunakan remote, nombor kod lagu ditekan untuk membuat pilihan. "touch screen" lebih mudah serta lebih mesra pelanggan berbanding remote, di mana kita boleh mencari lagu daripada senarai artis, senarai lagu mengikut abjad, lagu hit, genre, dan banyak lagi.

Senarai lagu
Touch Screen
Touch screen yang dilengkapi dengan kemudahan internet

Untuk menambahkan keserenokan :
1. jumlah kalori yang digunakan semasa menyanyi akan tertera di skrin tv sejurus selepas lagu habis dinyanyikan. (Konon-konon dengan menyanyi pun boleh diet).
2.Pelanggan juga boleh memilih supaya markah per 100 tertera di skrin apabila lagu dinyanyikan. Kalau sedap, tinggilah markah yang naik. Siapa yang berangan nak jadi artis bolehlah menggunakan servis markah ni.

with Japanese friends

Japanese friends

p/s: harap-harap karaoke kat Malaysia boleh dimodernkan sebab aku sangat suka karaoke dan......kurangkan sikit harga sebilik. So far macam mahal kan?

video

video
comel semacam suara org jpn ni

6 comments:

Diloz said...

Ellegarden-Yubiwa lagu fav aku kalau pergi "Kerrioki".

terkeluar2 anak tekak.=P

dartdadada said...

hahahha.yubiwa rawk la jugak hehe

dilla said...

hahaha sapa yg gelak cute kat background tuu??? ;p

Lalang said...

haha skemanya nampak kwn hg tp sora kiut! hahak wey blk nnt kta ber'kerrioki' lg!!

dartdadada said...

dilla:angah la...sapa lagi!
alang:jom......!

Lalang said...

jum beli mesin karaoke letak kat umah satu, kawan aku ckp seribu! hahah

 

Blog Template by YummyLolly.com