Bau harum Strawberry & Vanilla bilik aku pulak menambahkan seri, siang tadi baru saja TRUE MIND strawberry & Vanilla Fragrance dibeli di kedai Shop-ilex, kedai barangan apa-sahaja atau juga disebut kedai barang mengarut.
Ditambahkan pula dengan lampu kuning oren malap menemani aku...sungguh relax....boleh bayang tak?rasa macam nak tido sekarang jugak...tapi still awal...
Siang tadi, aku ajak zaza keluar g post office, hantar film aku untuk dicuci, then sebelah post office ada kedai rental DVD, kedai WAVE, kami ternampak iklan pencarian part timer. Bila kami tanya orang kedai, malangnya NO Foreigners in their business. alang-alang masuk kedai tu, kami rent cerita OKURIBITO, Japanese movie yang menang oscar tu.
Then, kami ke TSUTAYA, basically, kedai rental DVD jugak, tapi TSUTAYA situ besar, ada macam-macam lagi, like tons of magazines, Kedai Camera KITAMURA. Aku stop kat filem, dan terus angkut 2 reversal filem dan bayar. Aku g pulak area Magazines, 4 magazines tarik perhatian aku, like OMG, banyak sungguh!2 camera mag, 2 lagi fashion mags. last-last aku buang satu, terus bayar tak cakap banyak dah. senang cerita.
Fujiflm VELVIA 350 and Kodak Ektachrome E100
from left: mini(with cute free gifts), Snap, and トイデジLOVERS!
lepas ke TSUTAYA, aku drove my Guppy to Shop-Ilex, sepertimana aku cakap tadi, kedai barang mengarut. Kedai ni sangatla best, banyak barang-barang yang cute boleh didapati, ala yang macam kat KLCC Rooms tu, just the same concept. Kat situ pulak, lepas aku angkut Room Fragrance, aku angkut pulak earphone sebab mmg earphone for my Ipod dah rosak. Dengar kuat-kuat sangat. Then sebelum bayar, tiba-tiba aku teringin chocolates! Angkut pulak Ritter SPORT white chocolate crunchy. Yummy.
New fragrance, Ritter and Earphone
Keluar dari Shop-Ilex, dah gelap. Terus kami balik ke rumah layan OKURIBITO sambil dinner. Aku suggest tengok la cerita nih, tak rugi kalau tengok, but only to people that like to watch DRAMA's genre. Kalau tak minat DRAMA, baik tak payah tengok.
OK sekian diary aku untuk hari ini. Mahu skype dengan si dia dan go to sleep.TATA!!
what i've worn today?
3 comments:
why don't you start an online boutique? you've got style, dear. hehehehe
humm...banyak benda nak kena pikir nk start a business....
followed ur blog for quite sumtimes.. cerite u very best indeed.
Post a Comment