4/12/09

pusing-pusing Toyohashi

Sudah 4 tahun aku bermastautin di Jepun. 3 tahun di Maizuru, Kyoto di peringkat diploma dan 1 tahun di Toyohashi. Rasa macam baru semalam aku sampai di Toyohashi. Rupa-rupanya dah setahun. Padahal Bandar Toyohashi(center) pun aku jarang sampai. Sampai pun sekadar ke Stesen untuk naik keretapi laju.

Mesti ramai yang tak tahu pasal Toyohashi sebab memang Toyohashi ni tak "glamour" pun. Meh aku cerita sedikit sebanyak pasal Toyohashi. Toyohashi merupakan salah satu daerah di Negeri Aichi. Kalau aku cakap Nagoya, comform semua orang tahu kan? Aaaa...Nagoya takda kain-kain ya makcik pakcik kaklong semua. Nagoya Tekstil kat Mesia lain tau. Nagoya ni pulak daerah sama macam Toyohashi dan "bernaung" juga di bawah Negeri Aichi. Aichi di mana? Ya... Aichi berada lebih kurang di tengah-tengah Negara Jepun. Tak atas tak bawah. Cukup-cukup makan saja.

Toyohashi, Aichi

Toyohashi mempunyai keluasan sebanyak 261.26 km persegi, dan mempunyai jumlah penduduk seramai 379,830 orang termasuklah aku kot.

Kelebihan Toyohashi(tak nampak pun sebenarnya):

"Mikawa Port is a major port for worldwide trade, and its presence has made Toyohashi an important city as the biggest import and export hub in Japan for automobiles, in volume terms. Compared to other ports around the world, Mikawa is roughly on a par with the German port of Bremerhaven. The city also has a beach along the Pacific Ocean, where sea turtles have been seen laying eggs."


Kalau aku nak ke sekolah(dengan kereta cabuk), aku mesti akan bersaing dengan lori-lori yang mengangkut kereta-kereta baru untuk diimport atau dieksport. Kalah direct(pakai kereta ciput ada hati nak lawan).
"Automobiles made by Toyota, Mitsubishi, Suzuki, Daimler-Chrysler, Ford, Audi, Porsche and Volkswagen are imported and exported through Toyohashi. The city acts as the port for approximately 50% of all automobile imports into Japan, and the volume of foreign-car imports is rising annually. Toyohashi was also the top producer of thread and textiles in volume terms during World War II."

"Bandar" Toyohashi

Semalam, aku, Zaza dan Yana ada buat lawatan di sekitar Toyohashi Center. Kami berkesempatan untuk naik Tram yang sibuk di tengah jalan besar. Sebelum menaiki Tram, kami sempat menangkap beberapa keping gambar di sekitar Toyohashi Staion. Kami berhenti di "shiyakusho mae" Station dan bersiar-siar di sekitar Toyohashi City Hall serta Taman di sebelah City Hall yang terkenal degan Yoshida Castle(tak best pun). Apa yang mengecewakan kami adalah di mana pokok-pokok sakura yang sepatutnya mekar dengan bunga sakura tak seperti yang disangkakan. hehe Bunga sakura dah luruh, digantikan dengan daun-daun hijau yang tumbuh(tak cantik). Seronok juga membuang masa di Taman sebelah City Hall dengan aktiviti makan kek(berkelah), photo hunting dan banyak lagi(:p).

Lompatan "City Hall"
Saya dan Yana
Rumput hijau di Taman

Hari yang sangat mengembirakan!Ada hari di mana aku rasa nak bersiar-siar tanpa menggunakan duit dengan banyak. Semalam, puas hati kami boleh menikmati hari-hari terakhir kami di Jepun dengan aktiviti yang best.

Lastly,Turquoise shirt : The Emporium
Stripe one-piece : Blue Strive
Purple laggings : Orange Coffret
Muffler with checked hat : bought at Shimamura
Shoes : Onitsuka Tiger




4 comments:

Hafizah said...

modern! London dikelilingi buildings tua2. tak semua cantik plak tu.bila la nak sampai jepun.

dartdadada said...

bagi aku moden pon tk cantik buat apa.tempt aku tk cantik sgt la.aku ingt uk semua lawa hehhehhe

Anonymous said...

tak pernah sampai nagoya.=(
bila hari yang paling akhir sekali kau di Jepun?

dartdadada said...

nagoya best gak!hari terakhir mungkin 30 hb 3 2010!waaaaaaa

 

Blog Template by YummyLolly.com