5/12/09

budak darjah 6 dapat duit

Member saya bernama Okazaki baru sahaja berpindah ke apartment 2 bilik bersebelahan dengan rumah member saya yang seorang lagi yang bernama Fujioka. Okazaki seorang yang pemalas, jangankan belajar(meja study pon baru nak pasang tadi), beliau hanya tahu buang sampah merata-rata serta tidak tahu menahu langsung cara-cara untuk berpindah. Sejak beliau berpindah ke situ sebulan yang lalu, beliau memang tidak pernah menyusun barang-barang dari kotak lagi dan barang-barang tersebut dibiarkan begitu sahaja. "Saya tak tahu nak start dari mana," jawab Okazaki. Okazaki meminta supaya aku dapat menolong beliau megemas rumahnya kerana beliau memang tak reti dan agak bengap dalam hal-hal mengemas rumah. Yang paling penting, saya diupah! Seronoknya dapat duit hasil daripada titik peluh sendiri yang keluar masa dok vacuum bilik dengan penuh habuk tuh...penat weyh. Tetapi saya seronok kerana saya dapat menolong kawan yang di dalam kesusahan di samping membuat duit.

-Tamat-

Dapur(Sebelum)

Dapur(Selepas)

Ruang Tamu(Sebelum)

Ruang Tamu(Selepas)

MACAM MANA KERJA SAYA?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENJADI BIBIK DI RUMAH ANDA!


Pink parka : Uniqlo
Pink cotton onepice : MNG
Pants : Antgauge

5 comments:

Elsa S said...

wakakkakakakakka. gila hebat transformasi sebelum dan selepas tuh. keh keh. gelak guling guling baca post yang ni ;D

dartdadada said...

hehehhehe.penat penat.

dilla kamal said...

ya allah.si okazaki ni lipas ka manusia?sian bini dia nanti ;p

Jack said...

anda memang hebat mengemas

dartdadada said...

k dilla : okazaki ni manusia berwajah lipas kot.

jack : thankss!

 

Blog Template by YummyLolly.com