5/11/09

Golden Week

Lama aku tak menulis. Suddenly aku terasa nak tulis pasal "GOLDEN WEEK". Semetinya korang-korang pernah mendengar perkataan Minggu Emas ini terutamanya orang yang bermastautin di Negara matahari terbit ini. Orang yang tidak menetap di Jepun mungkin kurang faham dengan maksudnya. Minggu Emas bukanlah bermaksud minggu di mana emas boleh didapati dengan murah di sini. Bukan. Di sini Golden Week merupakan "Nama Komersial" sempena cuti Am yang berturut-turut selama lebih kurang seminggu dalam saban tahun. Dan sudah semestinya minggu emas ni menjadi minggu yang paling ditunggu-tunggu oleh orang Jepun. Pada masa ini lah tiket kapal terbang, tiket bus, hotel-hotel, disneyland, tempat beriadah akan "difully-booked". Di Jepun, cuti Am selalunya tidak lebih dari 3 hari(orang Jepun kedekut cuti). Golden Week adalah lebih bermakna di kalangan orang yang sudah bekerja sebaliknya student-student tidak mempunyai perasaan mungkin disebabkan cuti Semester(sebulan lebih) lebih lama berbanding Golden Week yang ciput ini.

Cuti Am semasa Golden Week :
p/s: aku benci cuti di Jepun. Semua tempat sesak, serabut, beratur 2 jam tu perkara biasa. Perlu kerr??

I just love parka!!
Blue Parka : Aurora
Blue skirt : remixed
and a pair of grey laggings.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com