6/27/09

biskut tanah

Ingatkan zaman-zaman teknologi maju ni, semua orang dalam dunia dapat menikmati juadah enak-enak belaka dalam pemakanan seharian. Kalaulah aku sesusah mana pun, tak sanggup nak makan "tanah". Ya, tanah yang kita pijak-pijak tu. Namun, ada sesetengah golongan yang selamber makan tanah atas banyak sebab yang tertentu.

Di negara kecil Haiti, disebabkan kesempitan hidup yang melampau oleh kenaikan harga barang mendadak, penduduk negara ini beralih kepada tanah liat. Tanah liat kering dicampur sebati bersama air, garam dan minyak sayuran atau marjerin, digaul sebati dan dibentuk seperti lempeng serta dijemur. Biskut tanah liat ini dinamakan "Terre". Tanah liat secara saintifik mengandungi parasit/toksin yang berbahaya tetapi sebaliknya boleh juga menguatkan sistem imuniti bayi dalam kandungan.


biskut "terre"

Di Zimbabwe, adalah biasa bagi wanita mengandung untuk makan tanah. Tanah yang kaya dengan serat-besi dimakan untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Tanah ini diguntil sebesar batu dan berwarna cokelat dikatakan seolah-seolah seperti cokelat banyak dijual di pasar harian. Banyak lagi negara yang mengamalkan pengambilan tanah semasa mengandung seperti Uzbekistan.

Lain pula dengan negara Peru, penduduk Peru memakan tanah yang digelar "Chako" bersama dengan ubi liar yang mengandungi racun. Ini adalah bertujuan menghapuskan racun yang terkandung di dalam ubi tersebut.

Lain pula dengan negara Jepun. Sejenis tanah yang digelar 天狗の麦飯(TENGU-NO-MUGI-MESHI) yang hanya boleh didapati di 4 lokasi di tengah bukit-bukau di Jepun. Tanah ini dikatakan seperti biji-biji 1-2 mm kecil megandungi gelatin. Tidak mengandungi rasa, tetapi dikatakan berkhasiat terutamanya kepada golongan yang lemah sistem imunisasi serta simtom infeksi . Sehingga sekarang, ramai penyelidik masih mengakaji tentang kewujudan tanah ini yag dikatakan sangat istimewa.



photo credit to google.co.jp

3 comments:

Mahya Diyana Ibrahim said...

iyerr yg mkn biskut tanah tuw pown hitam mcm tanah haha

Anonymous said...

pernah baca artikel tentang "mud biscuit" nih before.. mmg kesian sebab somewhere in the world people are still starving to death..and while the 2/3 of the world is covered with water..millions of people still cant get water for their daily lives. For people in Haiti, maybe that is the cheapest way to satisty their hunger. Dari pada Tanah kita datang..kepada tanah juga kita kembali..tak kira hitam putih kuning cokelat...what ever.

dartdadada said...

yes u're rite paklah!

 

Blog Template by YummyLolly.com