6/29/09

pakcik mori..

Hari ini aku kena marah dengan pakcik Mori, sedih. Tapi rilek aja. Sedih hangat-hangat tahik ayam. Cuma geram kenapalah aku terketar-ketar sangat bila nak berhadapan dengan dia. Ceritanya macam ni, tadi masa aku tengah kalut bergotong-royong bersihkan bilik experiment(buang kayu-kayan yang dah busuk hapak, susun metal-metal megikut jenis), tiba-tiba telefon berdering. Ayumi angkat, pakcik Mori nak cakap dengan aku. "Ya Haidar bercakap...". Pakcik Mori terus cakap "A cepat naik ke bilik saya." Pakcik Mori ni kalau dah panggil orang naik ke bilik dia...ada la benda yang penting nak kena tengking ka apa. Budak-budak lain dah sengih semacam dah kat aku. (Semua orang takut nak pi bilik dia). OK aku buat-buat selamber naik bilik, masuk bilik dan pakcik Mori suruh duduk atas kerusi bos depan dia. "Kamu ni, macam mana kerja nanti?" Aku:"erk...saya dah dapat kerja..." Lantas pakcik Mori cakap kalau dah dapat kerja jangan dok diam aja, kena ikut procedur hantar 内定報告書(surat pernyataan dan dpt kerja kot). Aku tak ingat langsung pasal benda tu, Fukumoto sensei pernah bagitau aku. Kalau dah dapat kerja, bila dahh tau nak masu syarikat mana, kena bagitau kat pakcik Mori. Aku dok ingat nak tunggu Panasonic lagi, so buat donnow la dulu. Sapa la lahanat bangang pi bagi tau si pakcik Mori ni aku dah dapat kerja. Geram sungguh dengan perangai orang Jepun yang kaki sebok hal orang dalam diam-diam. Aku ingatkan sebab aku dapat kerja kat Malaysia dan takda kaitan dengan univ aku, so aku tanya la pakcik Mori, aku tanya, kena balik marah. Hish susah betul la nak komunikasi dengan orang yang nak menang memanjang! Dah tua bangka tu takleh nak 落ち着く(relax) ka? Dah kena bertubi-tubi, pakcik Mori cakap pula jangan ingat aku ni foreign student, kau boleh buat sesuka hati, jangan rasa special sangat. Hey bila masa aku rasa special?? Tak hingin nak rasa spesial kat kau pun. Special di mata orang tersayang sudeh!(Padahal mulut aku dah terketar-ketar mintak maaf sebab tak hantar benda tu). Then aku blah, pakcik Mori tak pandang muka aku pun. Kuang ajaq no....takpa pakcik Mori. Hari ini hari aku, esok hari kau!(konon berani lah tu ha ha ha)

stripe singlet : C.O.L.Z.A
blue cardigan : The emporium
3 quarter pants : Brand taiwan mali ( Pacific a setar)
shoes : kaki ayam

7 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

garangnya pakcik mori,abg aono saye baik gila,harap maapla ye..

dartdadada said...

ya dia memang garang .

an hamzah said...

hoh agak garang n sebok yer.
sensei ak kibishi psl ken9 je.
menda2 private x kacau pon.kotla haha

boringdirectory said...

aku pernah marah orang yg tgh dok marah aku...smpi orang tuh ternganga...

dartdadada said...

an : sensei aku mmg garang, kibishi, semua la!!

paklah : paklah aku tau ko memang berani!!

haniekunie said...

nice cardigan haidar!

dartdadada said...

thanks!

 

Blog Template by YummyLolly.com