6/14/09

tukar topik

(asyik cerita pasal confuse ja...tukar topik pulak.)
:
One fine day, macam biasa petang aku dan zaza menuju ke kereta kami(MITSUBISHI Minica Guppy), nama Guppy sebab bentuk macam ikan guppy kot. Cute, fine pickup sebab suka merempit, paling laju 70km/j haha. Sampai-sampai kat kereta, nak masuk dalam kereta aja, ternampak benda tersangkut kat side mirror kanan :

PENGUMUMAN :
Kereta ini tidak berdaftar. Sila membuat pendaftaran di pejabat univ ersiti dengan kadar segera dan dapatkan pass(sticker) universiti. Kunci ini tidak boleh dicabut selagi anda tidak melaporkan kepada pak guard. A sudah...

Kereta kami memang tidak berdaftar, dan tak mahu daftar pun. Nak daftar, kami kena kepilkan insuran kemalangan kat pejabat. Nak dapat insuran tu, sebulan kami terpaksa membayar seratus ringgit lebih.

Sebenarnya, bukan itu menjadi topik kali ini. Topik yang sebetul-betulnya, kalau kejadian tempoh hari tidak berlaku, aku tidak akan kecut perut dan kalut ke pejabat pendaftaran kereta untuk menukar nombor plat kereta. Sebab aku memaang liat sikit kalau hal-hal pejabat. Malas wey nak uruskan semua benda ni. Aku beli kereta ni semasa aku kat Maizuru, Kyoto sebelum aku pindah ke Toyohashi lagi. So, no plat kereta aku tertera KYOTO, meaning that alamat pendaftaran kereta di KYOTO. Sepatutnya bila sudah berpindah ke Toyohashi, aku mesti tukarkan no plat menjadi no TOYOHASHI. Sebab alamat aku kat Kyoto dah tak valid. Bayangkan dah setahun lebih aku kat sini, sikit lagi nak grad baru aku pi tukar alamat aku. Lembab kan?

Tapi best sebab nak tukar no plat kena buat sendiri. haha pengalaman yang tak dapat diperolehi kat Malaysia. Malaysia senang ja, tak payah nak tukar-tukar alamat kan?

proses membuka skru no plat KYOTO

bye-bye no plat KYOTO 51 ko 80-48

dah dapat no plat baru!
TOYOHASHI 580 sa 87-04

kena pasang sendiri no plat baru. haih.
:
Konon-konon kalut nak daftar kat universiti la. Lesen Jepun pun takda ada hati nak berinsuran hahaaha.

stripe singlet : bought at bundle shop(2nd street)
pants : rematched

4 comments:

Anonymous said...

dart,aku pun tak tukar lagi nombor plat keta aku ni..ajar ar sket..leh main tukar ja ka?

dartdadada said...

senang ja..pi la pejabat yg tempat tukar2 plat tu....then bhtau nk tukaq...nnt dia bg la borang.

Zarpeno said...

mitsubishi apa tu ya

dartdadada said...

mitsubishi guppy.kot.ha ha

 

Blog Template by YummyLolly.com