7/26/09

OK lama gila tak update OK!

(Yana cantik dengan barang makeup baru)
Hah! Baru hari ni aku terasa nak update story yang berlaku kat aku yang bz tahap lembu(buat-buat bz). Siang g lab, dr pukul 10 sampai la pukul 5 30/6 petang. Balik dah petang, senja, bila malam rasa nak relaks aja sebab masa kat lab otak dah tepu kena paksa study dan yang lebih memenatkan aku asyik kena buli main-main mesin(senior aku ni memang suka buli dan dia sangat mempercayai kerja tangan aku ha ha) Outfit pun dan jadi tunggang-langgang. Jeans, t-shirt with sneakers/flip flops for everday. Tambah dengan cuaca panas nak mampos kat Jepun ni. Aku tak paham betul la tahap kepanasan kat Jepun ni. Panas semacam. Tapi mungkin jugak kat sini aku tak dapat merasa "ekon" kot. Kalau kat Malaysia 24hours "ekon" di- ON. Panas pun kat luar ja kot. Bila dah masuk bangunan sejuk pulak. Ish pelik.

:
:
(Merepek)
:
:
Oh ya, let's start with today's journal. Dan aku kalau boleh nak cerita segala benda kat dalam blog aku(perhatian: blog aku adalah untuk suka-suka dan personal untuk simpanan dan juga bacaan umum untuk yang berminat sahaja supaya bila umur aku dah 100thn bila aku baca boleh la gelak berguling atas kebodohan aku). Banyak aja benda yang terjadi recently, tapi disebabkan mood mlas nak menulis, aku rela lepak saja baring-baring. Ah malas.
:
:
Secara sedar atau tak sedar, Sabtu ni aku dah nak balik Malaysia. 3 minggu ja dapat cuti. Tapi bersyukur boleh jugak balik. Dan yang paling best, Yana si housemate aku ni nak bertunang. Malangnya, Yana TERpilih aku untuk jadi mak andam/ makeup artist (wuhuuu) dia this coming event. Aishhh memula rasa tak yakin la. Ya la aku pun baru ja dalam bidang makeup2 ni. Disebabkan kami berdua memang la sangat ANTI makeup yang mak andam kat Malaysia(sori bukan nak kutuk tapi realiti) ni. Sangat tebal dan sangat FAKE ok.
:
:
Semalam, i did the tutorial with her eyes only and the result was pretty OK. It is better kalau pakai base makeup(unfortunately, she didn't have the complete set), dan satu lagi kalau kau cukur kening kau sikit Yana. haha.
:
:
So untuk melengkapkan set makeup Yana, we decided to buy Shiseido Maquillage set for her to try nanti. Kat counter Shiseido tadi, staff kat situ sempat makeup-kan Yana using complete set of Base-makeup. She even concerned about her freckles. Takpa Yana, aku akan usahakan supaya hang nampak cantik nanti ok! Simple and paling penting sekali, tak FAKE. Let it be natural. In a good way.
:
:
Lama jugak berkeliaran kat dalam Jusco al maklumla nak balik Malaysia, ada saja barang yang aku terfikir nak bagi kat family. Aku dah tak larat nak bagi barang-barang materialistik plastik sebab aku dak kering poket, so aku belikan family aku makanan Jepun. Bukan sebarang makanan ok. Aku kena masak sendiri nanti kat rumah(tak tahulah korang suka ka tak, tak suka pun aku nak paksa jugak telan). Set OKONOMIYAKI, MISO SHIRU, ZARU SOBA dan MUGI CHA. Hah.
:
:
Dah penat cari barang Yana, kami singgah Baskin Robin dan melahap ice cream yang aku paling suka. Ha ha kesian Yana yang tengah Diet-chu.

Snowman campaign.
Pineapple and nuts and Twinberries Cheesecake flav. Nak muntah(chese byk)
:
:
Oh tidak, takkan aku tak beli apa-apa barang selain makanan Jepun yang ramai orang tak lalu ni? Tak mungkin lah. Masa tengah layan Yana makeup kat booth tu, mata aku dah meliar-liar nak itu ini. Masaa ni lah aku rasa brush aku takda, eye liner aku tak cukup segala. Fuck. Eh tapi betul la memang tak cukup ha ha. Oh ya adik dan alang; aku ada belikan untuk korang berdua hair spray before blowing. Jangn cakap banyak ok. Adik-adik aku ni pun payah, barang nak semua yang "UP-TO-DATE", sorang mintak SKECHERS wedges, sorang pulak mintak TOMMY handbag!ARGHHH tensen!!
:
:
Dan jugak sekarang aku sangat ketandusan accecories. I need new belt, bangles, hairband, dan segala macam lagi. Sebab kadang-kadang accecories sangat memainkan peranan penting. Malas nak elaborate. Let picture tells everything. ha ha.
:
:
Uniqlo slim belt
Hairband and bangles
(Ada hair arrange baru dalam kepala ni)
Ops terbeli jugak Shiseido INTERGRATE eye liner n eye colour twin!
:
:
p/s: ok mama jangan marah. ha ha.

3 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

hahaha..nanti aku top up cite...good luck mak andam!

an hamzah said...

hahah...missed your blog updates time ko pegi fukui kak!
shopping jgn x shopping...bak kate dib,preparation nk blk mesia tu laaaaagi byk abes duit hahah..
aku nk bwk balik senbei n calpis je kot ngeheheh

dartdadada said...

yana : chotto kowai naaaa!
aan : byk sangat benda yang berlaku aan oi!!sampai tak sempat nk update.ngeeee wey calpis tu sama macam vitagen putih kannn ha ha

 

Blog Template by YummyLolly.com