7/2/09

pasar malam Jepun

Suasana yang agak berlainan dengan pasar malam di Malaysia. Kemeriahan, lebih kurang sama. (Bunyi generator elektrik, lagu-lagu cetak rompak berkumandang cuma takda jual CD ja.) Makanan? Harrrrrrrrrrrrus lah tak sama langsung! Takda air tebu, air soya, yong tau fu, mee goreng, keteau goreng, dadih, kuih-muih, apam balik, dan... taknak lah aku listkan semua. Nanti boleh meracau nak balik(walaupun kat Malaysia aku jarang ke pasar malam tapi tetap rindu). Benda kedua yang agak berlainan dengan pasar malam Malaysia = tong sampah merata-rata. Jalan 2 3 tapak dah boleh nampak tong sampah. Takut betul orang buang sampah merata. Pasar malam kat sini bezanya takda pun seminggu sekali. Kebetulan yang kat tempat aku ni, buat event setahun sekali, macam fun fair la kalau kat Malaysia. Nak ke tempat tu pakai cantik-cantik, makeup tebal-tebal, budak-budak muda masa tu la nak mengorat chicks2. Sory takda keja la aku kalau kat Malaysia nak pakai lawa-lawa. tshirt, jeans flip-flop sudah mencukupi. Yang paling menarik hati aku, sesetengah orang datang pakai Yukata(ala-ala Kimono untuk dipakai masa summer), comel sangat! Setiap kedai dihias dengan banner warna-warni yang ditulis dengan makanan yang dijual. Budak-budak kecil pula tak sah kalau tak main 金魚すくい(Main sauk ikan emas). Bayar untuk sekali main, kalau dah dapat ikan, boleh bawak balik bela kat rumah. Makanan yang dijual sangat-sangatlah simple. Patut la orang Jepun semua kecil molek belaka. Jalan 3 kedai nampak kedai jual benda yang sama. Tak banyak "variety" aku rasa.

Contoh makanan yang dijual : りんご飴RINGO-AME(buah epal celup candy), チョコバナナCHOKO-BANANA(Pisang celup cokelat), たこ焼きTAKO-YAKI(sotong ball), たい焼きTAI-YAKI(bahulu roti berbentuk ikan tai), 焼きそばYAKI-SOBA(mee goreng Jepun), じゃがバターJAGA-BATA(ubi kentang kukus cicah butter), 卵せんべいTAMAGO-SENBEI(keropok udang inti telur), 綿飴WATA-AME(gula kapas), かき氷KAKI-GORI(ais kepal), イカげその唐揚げIKA-GESO-NO-KARA-AGE(janggut sotong celup tepung), sausage bakar, ayam bakar, ayam goreng, fried potato, jagung bakar, dan crepe. Gerai ada dalam 200 , makanan berpuluh-puluh ja kot. Aku paling suka ringo-ame, tamago senbei, dan janggut celup tepung! Memang tak ada kat Malaysia.
Aku, ringo ame dan Yana

Yang paling best, ada satu gerai ni, jual accecories, dia buat servis pin nama dari dawai. Sweet gila. Kami semua beli untuk kenang-kenangan di hari tua. he he.


Hari pertama tak puas, esoknya pergi lagi. Punya la kempunan nak pi pasar malam ha ha. Kami makan kebab Turkey. Sedap la jugak.

My 1st harlem pants!
(abaikan perut buncit di atas ha ha)
t shirt : FOS
shoes : vincci
handbag : lovely GUESS

6 comments:

Mahya Diyana Ibrahim said...

mcm sedaaap ja makanan makanan tuhhhh

dartdadada said...

sedapppppppppppp!sedap cara jepun la. takleh lawan makanan malaysia kot.

haniekunie said...

nice pin.. wish i had one

Fantastic said...

where can i find pasar malam like this in osaka jepun?

Fantastic said...

mana tempat pasar malam di osaka jepun? sila syor beberapa, i nak bawa mak gi jalan-jalan.

Fantastic said...

mana tempat pasar malam di osaka jepun? sila syor beberapa, i nak bawa mak gi jalan-jalan.

 

Blog Template by YummyLolly.com