9/9/09

Benda ni aku takkan buat kalaulah aku jadi Prof. Haidar Najiyah

(Berangan jadi lecturer kejap)

1. Kalau student aku tambah-tambah foreigner yang belajar di tempat aku mengajar dengan kepayahan dan kesusahan jauh daripada family serta ternakan ayam-ayam di kampung, balik dari negara asal untuk bercuti dan dengan baik hati teringat kat aku untuk belikan souvenir, aku tak mungkin akan tak menerima sambil bercakap "Eh saya taknak lah." Kalaulah souvenir tu makanan yang aku tak suka sekalipun aku akan terima dengan hati yang terbuka(aku memang suka barang free), orang bagi amik je lah kan, syukur ada orang ingat , dan kalaulah sebagai contoh student tu kasik sekotak teh mahal(siap beli kat Giant) yang menjadi kebanggaannya walaupun aku tak suka minum teh, aku sekalipun tak akan cakap "Saya taknak la, sebab saya tak minum minuman manis.." sebab aku tahu bukan senang orang nak mengingati kita walaupun kita sehebat mana pun.

2. Kalaulah student aku buat salah, padahal takla besar mana pun kesalahan dan sememangnya tak perlu pun meminta maaf(Ish susah nak faham kan). Macam ni, aku bagi contoh lagi. Contohnya, sistem universiti aku mewajibkan student untuk menghantar surat pengakuan dah dapat kerja ke lecturer lab, seterusnya surat itu akan diserahkan kepada lecturer lain yang bertanggungjawab menguruskan hal "job seeking". Surat itu sebetulnya hanya sekali diterima. Tapi sebab student aku dapat kerja lebih dari satu, dia dah terhantar surat dan sekali lagi kena hantar surat untuk kerja yang kedua. Sepatutnya sekali SAHAJA. Dan nampak seperit kesalahan kah? Aku tak akan buang tebiat suruh student aku pergi minta maaf dengan lecturer yang bertanggungjawab tuh sebab aku tau kesian kat student tu, dah la jauh dari mak bapak, ayam-ayam di kampung kan. Last-last lecturer yang bertanggungjawab tu gelak sebab tak perlu pun nak minta-minta kemaafan melainkan hari raya sahaja.

Prof. Mori buat tapi kalau aku jadi Prof. Haidar aku tak akan buat benda BODOH ni. Sekian.

5 comments:

Nizam said...

cool down dart. nampak sgt prof. ko nih gelabah melebeh. takpe takpe. bersabar saje la lebeh2 bulan ramadhan nih hehe.

DorkScotch said...

haha mori ni apa masalah dia?

DorkScotch said...

haha mori ni apa masalah dia?

sitijamilahazmi said...

bodoooooooooooooo gila.tadak manners pa!

Zarpeno said...

ayam2 di kampung baca cerita ni mesti depa bangga

 

Blog Template by YummyLolly.com