9/9/09

boleh picnic tak di bulan puasa?

Tarikh hari ni macam smart ja kan. 09/09/09. Macam nombor ekor pun ada. Tambah pula dengan cuaca hari ni yang sangat-sangatlah nyaman, segar-bugar, tak sejuk dan tak panas. Sekarang ni tengah pertukaran musim. Dari musim panas ke musim luruh. Jadi, keadaan cuaca memang tak boleh nak jangka. Aku rasa kelmarin suhu tengah hari 31 darjah celcius. Macam nak terbakar. Tengok-tengok hari ni jatuh mendadak jadi 26 darjah. Angin pun dah mula sepoi-sepoi bahasa tiup kawasan Toyohashi. Kat sini(Toyohashi), masa musim panas memang takkan rasa tiupan angin macam kat Malaysia. Haghammm. Tapi bila musim sejuk beriya-riya angin macam ribut. Dah la sejuk, angin kuat. Memang tiap-tiap hari aku sumpah angin tu jadi batu belah. Pokok-pokok dah mula "bogel" tidak berdaun. Masa ni la terasa betul-betul duduk kat oversea aceh. Awan hari ni sangatlah impressive. Cantik sangat sampai terasa nak picnic tengah-tengah ladang lembu macam dalam iklan susu cap Fernleef. Sikit-sikit snap gambar awan. Sayangnya tengah bulan puasa ni picnic makan angin saja kot. Nak cuaca macam ni di seluruh dunia boleh tak?

Sebelum ke lab(di rumah)

Semasa lunch break

sebelum balik rumah

dalam blok D

Dan pokok-pokok yang hampir "bogel"

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com