9/3/09

di sini pelik di sana tak pelik


Keadaan semasa meeting Mori's lab ;

Pakcik Mori bertanya 感想(feedback) kepada 2 orang senior master 1st year(Nakamoto & Nakanoshita) yang telah berjaya buat internship di Malaysia selama 10 hari dengan jayanya tanpa jangkitan selsema babi. Syabas. Feedback si Nakamoto ni baik-baik belaka macam nak bodek orang Malaysia yang dok ada depan dia aja(aku lah tu).

"Orang di sana semuanya baik hati, kami tak boleh communicate dalam English pun tak apa, diorang akan tolong seboleh-bolehnya..."

Sedap hati orang Malaysia mendengar cakap kau. Satu lagi,

"Di sana walaupun pembuatan bahan menggunakan tenaga manusia(di sini maju, boleh la semua nak pakai mesin-mesin berteknologi bagai), tapi hasilnya sangat precise sama seperti mesin(dia nak cakap sebenarnya dia ingat orang di sana ni 適当”lebih-lebih kurang” tak macam diorang yang sangat details dan tekun, tapi sebenarnya dia silap).

OK sekali lagi aku kembang dengan pujian si Nakamoto. Dia memang baik hati. Pemalu pulak tuh.

Bila tiba giliran Nakanoshita pulak, macam dia pulak feed back dia ;

"Di sana, masa tunggu traffic light lama daripada di sini. "

OK biasa lah tu perbezaan budaya. Takkan nak semua sama satu dunia tak fun la kan. :)

" Motor sangat bersepah di jalan raya(sekali traffic light dalam 20 bijik motor). Masa tengah tunggu traffic light dalam kereta sempat mengutuk orang yang naik motor sebab pelik tengok diorang pakai jacket terbalik. だせえな(unfashionable-nyaa)"

Orang di sini tak boleh menerima keadaan itu tambah-tambah si Nakanoshita memang penunggang motor classic yang stylo habis. Jalan raya di sini memang susah nak nampak motor. Kalau ada pun motor besar-besar. Motor cup takda. Kalau orang naik motor memang akan pakai jacket betul-betul. ha ha. Rasa lawak la pulak. Tapi kenapa ya orang di sana pakai jacket terbalik?

gambar curi dari membernya facebook. sorry sheda.


6 comments:

dorkscotch said...

angah kena nek moto dlu la. baru tau pasepa. haha. angin laa. kalo pkai jaket betoi, kena zip sampai abeh. kalo dak angin dok tolakk. hahahaha. :p

dartdadada said...

tapi awat tak zip ja?haha pelik tu...

dorkscotch said...

haha erm kot la kdg2 nk cpt, capai wat cmtu jaaa. ikut hati ja tuu :p

Zarpeno said...

lpaih ni jepun mesti buat baju tebalik.design belah blakang lawa.hakhak.

zip rosak!

dartdadada said...

la zip rosak ka...haha

haniekunie said...

rasenye sebab malaysia panas dan lembab kot.. jepun macam sejuk2 sket.. lagipun.. katenye jepun kan penuh disiplin.. mesti ala2 skema gtu.. tgk uniqlo 1000 parka style pun da rase abang pasar ikan tsukiji sangat kakkoii dan encem.. cube g pasar sini.. ha cube2..

 

Blog Template by YummyLolly.com