9/4/09

Isteri bakal PM Jepun seorang unik??

Petikan dari utusan malaysia Jumaat ; 4 September 2009

Miyuki Hatoyama, bekas pelakon dan isteri kepada Hatoyama yang bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun pada 16 September ini pula, berjanji untuk menjadi wanita pertama Jepun yang unik.

Mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap spiritualisme, Miyuki memberitahu satu rancangan TV awal tahun ini bahawa beliau pernah bertemu pelakon Amerika Syarikat (ASS) Tom Cruise semasa kehidupan yang lepas.

Beliau juga mendakwa rohnya pernah mengembara ke Venus menaiki UFO.

"Impian saya yang saya percaya akan menjadi kenyataan adalah membuat filem di Hollywood," katanya dalam rancangan bual bicara TV pada Mei lalu.

"Pelakon utamanya pastilah Tom Cruise. Sebab apa? Kerana saya tahu dia merupakan warga Jepun pada kehidupan lampau.

"Saya bersamanya ketika itu. Dia pasti akan mengenali saya apabila saya menemuinya sambil berkata 'sudah lama kita tidak berjumpa', katanya walaupun menyedari penemu bual muda rancangan tersebut tidak menganggap kata-katanya itu sebagai serius.

"Saya juga makan matahari," kata Miyuki dalam program itu sambil mendongak ke atas dengan mata tertutup, mengangkat tangannya ke atas seolah-olah beliau sedang mengoyak-ngoyakkan bayangan matahari.

"Ia seperti ini, hum, hum, hum. Ia memberikan saya tenaga yang sangat luar biasa.


p/s : unik ka tak betol?ha ha gila apa makan matahari?

5 comments:

zhfr said...

Ini bukan unik dah ni.

Macam yang dia cakap tu betul la: "Ia seperti ini, hum, hum, hum"

Ha ha ha

Zarpeno said...

ajaran sesat ayah pin sudah smpai ke Jepun.

hum hum hum..

Mahya Diyana Ibrahim said...

haha td adik baca kt paper. dah la muka dia pown scary. haha psycho btoiii

mat mimpi said...

art teruk dia tu

Leni said...

biaq betui utusan tulis artikel camnih. HUM HUM HUM? hahahhahahahahaha

 

Blog Template by YummyLolly.com