9/27/09

himpunan cerita raya part 2.

3. 2 shawal/hari raya ke-2 :

Malangnya hari raya ke-2 aku kena habiskan sisa-sisa hidup aku kat lab. Sebab nak kena siapkan presentation work. Orang lain cuti aku poyo-poyo buat kerja kat lab. Semua orang dapat beraya di rumah Kak zaity, ada open house. Rugi tak boleh attend. Tapi tak apalah berbaloi sebab presentation tu went well. Pakcik Mori pun tak melenting sebab aku dah buat yang terbaik dengan bantuan senior ku yang comel lagi baik hati tu.

Tapi malam raya ke-2, dinner ramai-ramai kat Joyful family restaurant yang busuk dan terus berfoya-foya sesama gadis di pusat karaoke. Nyanyi sampai lebam dari malam sampai ke 4 pagi. Dah nak cerah time tu ha ha.

gaya bebas @ gaya burung

gaya-gaya comel kot

muka pelik tak kisah janji boleh melalak!

4. 3 shawal/raya ke-3 :

Raya ke-3 pulak ada open house di rumah Kak Rozy, senior Ph.D UTM "skudai" kot. Nasi beriyani menu utama. Kak Rozy ni pun memang pandai masak! Beruntung la orang yang dok oversea sebab kami semua pandai masak ha ha ha. Kalau nak cari calon menantu cari budak oversea. Boleh ka? Boleh belah.

(Muka ketat)
Cardigan : J-honey
shirt : FOS
Pants : Levi's
Shoes : Vincci
handbag : Guess

Bersama tuan rumah.

Petang-petang lepas dah kenyang, terus pecutkan kereta kami ramai-ramai ke Taman cantik untuk sesi bergambar lagi. Kami memang suka bergambar tambah-tambah di tempat yang cantik! Nama taman tu Shiroya Kaihin Koen.

Asal bergambar atas rumput ja mesti nak buat gaya ni kan. Ah peduli apa!

Fazi gaya pro. GAYA ITU PENTING.

ey muka aku terpotong da.

Lepak sampai malam di taman dan beralih arah menuju ke rumah. Lapar tak hengat. Singgah baskin Robin pekena aiskrim mahal sikit! Lepas makan terus balik rumah, masak-masak untuk bebudak yang sememangnya ramai ni. Kesian pulak kalau tak jamu heheheh. Balik ke rumah aku sempat test drive kereta ucop. Subaru Imprezza babe. Clutch ketat nak mampos. Kalau drive kat KL sumpah aku tak nak pakai kereta ni. Boleh bagi kaki sebelah naik muscle.

Matla belanja tu....Sorang 2 scoops small pun jadi la...Makan banyak-banyak pun bikin muntah ja. Manis nak mampus.

Muka syok dibelanja hehe

Tengok steering la. Fuh!

Terus balik ke rumah. Dari baskin robin nak ke rumah aku tak sampai 3 minit rasanya! Kesimpulannya, memang best hang out ramai-ramai.

OK, part 3 akan disambung lagi...to be continued again!

5 comments:

DorkScotch said...

utm skudai la angah.. hahaahaah

dartdadada said...

oppps silap haha

Liyana Safra Zaabar said...

paklan blanje,bukan la.

Hafizah said...

aku setuju part org dok oversea mesti pandai masak. hihi

mat mimpi said...

subaru kan> perghhh syok2

 

Blog Template by YummyLolly.com