9/27/09

himpunan cerita raya part 1.

1. syawal eve/malam raya :

Tak masyuk la kalau malam raya duduk kat rumah saja mengadap buku ja kan(tipu gila). So kami beramai-ramai makan sate di rumah Matla. Balik rumah terus semangat masak juadah untuk hari raya dan for september people's birthday party. Tepat pukul 12 tgh malam, dapat surprise cute little cinamon dessert from Mc. D from Zaza & Yana. Tido kol 5 babe.

sate

birthday gugurl & her presents.

2. 1 shawal :

Walaupun tido dah cerah, terpaksa bangun awal untuk beraya. Kalau tak semangat memang dah lama aku nak bangun kol 1 tengah hari. ha ha. Nasib baik bangun kol 9. Semua orang dah siap smbahyang sunat raya kat Univ. hall. Kami si pentidur mati memang tak sempat la bai. Bangun, mandi sunat aidilfitri, siap-siap pakai baju raya mama hantar khas dari Malaysia(ni part paling penting). Bebudak ramai datang rumah nak makan ketupat. Tahun ni kami beraya ramai-ramai. Ramai member datang memeriahkan raya sanggup drive jauh-jauh daripada Fukui & Toyama. Tapi masyuk kan. Nasib baik malam raya dah siapkan rendang, ketupat palas, nasik himpit, kuah kacang segala. Tak la kami kelaparan di pagi raya.

sejurus selepas habis bersiap. haih lama sungguh ha ha.

makan jangan tak makan ok.

Lepas makan, gerak ke satu tempat kincir angin yang sangat cantik untuk bergambar. Biasalah raya mesti la nak gambar cantik kan. Seronok sebab semua pakai baju raya, yang lelaki sampia bersampin penuh semua kecuali ahoq. Tak masuk majlis btoi ha ha. Kalah orang yang tak beraya di perantaun tau.

Salam perantauan dari kami semua. Tak masuk dalam utusan pon kami tak kisah.
(pernah sekali ja hantar gambar dlm salam perantauan rasa cam poyo plak)

makcik-makcik sanbongi jauh

makcik-makcik sanbongi dekat

kincir angin tu kalau libas kepala memang mati.

Lepas tak larat dan hampir muntah bergambar, terus balik ke rumah layan girls yang datang ke rumah. Aisha, Hana, and Uya. Lepas tu terus kami gerak ke rumah terbuka dianjurkan oleh pasangan sedondon selamanya(Asal ada makan-makan ramai-ramai ja pakai baju sama kaler), Kak Ainun dan A. ayasir. Lontong terbaikkkkkkkk. Aku makan tambah 3 kali.

With Aisha yang cute-mute. Tudung Ariani jangan main-main wooops

Petang kalut masak untuk birthday party sendiri dan Zaza dan orang yang beranak bulan 9. Menu utamanya soto ayam. Dessert Tiramisu, Carrot Cake, Chocolate cake dan bla bla. Banyak sangat makanan. Alhamdulillah rezeki kami murah kat sini nak makan tak sempit. Tema outfit for that night, putih-kuning. Bebudak ni pun layan ja pakai baju yang ditetapkan. Thanks all! Siap nyanyi-nyanyi lagu birthday sambil cari lagu birthday kat youtube.

handmade cake by Zaza

putih itu suci....

Cerita 2 shawal dan selepasnya akan disambung lagi.....To be continued.....

2 comments:

Rosli Arof said...

salam aidilfitri....

dartdadada said...

trima kasih..salam aidilfitri back..

 

Blog Template by YummyLolly.com