9/16/09

wanita jepun dan motivasi diri

Sudah berminggu-minggu aku menonton rancangan kegemaranku bertajuk 魔女たちの22時”majo-tachi-no-ni-jyuu-ni-ji” yang mengisahkan tentang bagaimana wanita-wanita "powerful" membina motivasi serta jati diri untuk maju ke hadapan merentasi liku-liku hidup. Wanita gigih yang selalu disiarkan adalah seperti wanita yang sebelum ini tidak mempunyai keyakinan diri tentang penampilan diri sendiri menjadi sangat jelita, bukan sahaja daripada gemuk menjadi kurus tahap melampau, malah ada juga wanita yang mempunyai raut wajah yang tua berbanding umur sendiri menjadi muda, miskin sebelum menjadi kaya-raya, dihina sebelum menjadi idola, menghadapi kegagalan dalam perkahwinan seperti penceraian, serta banyak lagi. Dalam rancangan tersebut banyak mengisahkan tentang bagaimana wanita-wanita tersebut menghadapi rintangan dalam hidup, mengajar erti hidup sebagai seorang wanita, yang sepatutnya disanjung tinggi di mata dunia. Peliknya di sini, wanita gemuk dipandang hina, diejek oleh kawan-kawan sekolah dengan panggilan yang tidak senonoh(babi, atlet sumo), teraniaya serta tidak akan mempunyai kawan apa lagi untuk bercinta.

Sebaliknya, wanita yang comel-comel kecil molek disanjung tinggi, tidak akan dibuli serta diejek seperti wanita gemuk. Tak patut sungguh. Mereka tidak mempunyai sesiapa untuk mengadu, misalnya jikalau orang Islam, kita akan berbalik kepada Tuhan dengan redha dengan keadaan. Tetapi wanita Jepun tidak begitu, seakan-akan tidak boleh menerima kenyataa bahawa ciptaan Tuhan tidak sama, malah hati mereka sangat rapuh, seboleh-bolehnya mahu menjadi seperti "wanita idola"yang diidamkan semua sehinggakan ramai yang memilh jalan singkat untuk tidak meneruskan hidup lagi apabila gagal dengan misi tersebut. Begitu kuat obses mereka sekalian.

Rancangan ini banyak mengajarku supaya menjadi wanita yang kuat, berkeyakinan diri dan mengenal erti hidup yang sebenar. Banyak jugak tips-tips berguna dapat aku pelajari dan contohi sepertimana yang telah digunakan oleh wanita tersebut untuk menjadi jelita, "maintain" kurus, cantik, awet muda dan macam-macam lagi. Ternyata wanita haruslah tabah dalam menghadapi liku-liku hidup, dan juga harus berkeyakinan tinggi, serta yang paling penting menjaga penampilan diri supaya tidak akan dipandang rendah oleh sesiapa.



vid : ibu umur 27 tahun anak 2 orang, tapi nampak macam kakak ja!apa rahsia ni?
p/s: nanti aku kongsi tips-tips berguna untuk wanita!

till then!

everything rematched

3 comments:

aiko kato said...

haa..share2...share psl fashion la..i loike!!~

dartdadada said...

insyaallah!hehe

haniekunie said...

nice outfit! boots lawa gle

 

Blog Template by YummyLolly.com