9/14/09

asal makan sushi ja mengantuk, asal mengantuk ja makan sushi

Semalam, tercapailah hasrat kami bertiga tergedik-gedik nak makan sushi. Ni semua gara-gara tengok iklan sashimi(ikan mentah slice) Maguro(Tuna) dalam tv la. Kat sini, kalau iklan makanan, nampak macam sedap sangat, sikit sikit "Um, um, sedap......" tak pernah tak sedap.

So, menu berbuka kami hanyalah beberapa pinggan sushi di kedai スシロー(Sushiro), salah satu kedai sushi yang glamour di sini(sushi king takda kat Jepun ok). Selalunya kalau nak makan sushi yang murah, kami akan ke Kappa Sushi tapi aku rasa Sushiro ni lebih fresh daripada kappa kot. Tapi bergantung kepada tempat jugak kot. Semua pinggan 105 yen(3 rm lebih), fresh, kat sini macam ala-ala seringgit sepinggan. Bila masuk aja mulut, mesti nak cakap "Um, Um, sedapnya~....." ha ha geli. Aku sangat suka sushi, tapi sushi kat Jepun ja kot. Sebabnya aku suka makan sushi yang betul-betul raw fish. Tak suka yang campur-campur mayonis dengan sayur bagai. So kat Malaysia susah nak dapat ikan yang fresh sebab laut pon lain kan. Takkan nak amik ikan kembung tu potong kan(eh ikan kembung sini orang buat sushi juga tapi kureng lalu, sebab teringat ikan kembung kat malaysia yang agak berbau). Basically, ikan yang sedap untuk dibuat sushi adalah ikan yang memang sejak azali berlemak seperti ikan salmon, tuna, dll. Tapi, semalam masuk kedai tu rasa agak pelik(bau agak hanyir), memandangkan dah 2 bulan aku tak makan sushi dek balik kampung. Patutla masa bawak family datang makan sushi kat sini, diorang cakap dalam kedai bau sedikit tak menyenangkan.



Kalau datang makan sushi, generally aku akan makan berbelas-belas pinggan hoho(paling banyak 17). Tapi semalam sebab puasa, aku boleh makan 9 pinggan ja. Aku suka try macam-macam jenis ikan mentah, tapi yang pelik sangat tu geli jugak nak try macam うにuni(sea urchin) atau telur ikan gedabak tu(ikura). Sushi yang paling aku suka adalah seperti dalam gambar di bawah. Kalau datang makan sushi, mesti kena makan 7 pinggan ni WAJIBalghunnah!


ホタテ(hotate) えんがわ(engawa)
scallop 


甘えび(ama-ebi) えびアボガド(ebi-abogado)
sweet shrimp prawn with avocado


ずわいがに(zuwai-gani)
ketam


  中トロ(chu-toro) サーモン(salmon)
Tuna salmon

Lepas makan 9 pinggan semalam, makan pulak Japanese noodle called Kitsune udon. Lepas makan "sedikit", semalam terus tak larat. Selalunya akan makan dessert or buah untuk penutup. Bulan-bulan puasa ni makan sikit pun dah kenyang.


Ada satu perasaan lepas makan sushi yang sangat pelik. Lepas makan sushi, mesti akan rasa mengantuk yang teramat. Taktau kenapa. Mengikut pandangan zaza housemate aku, dia cakap orang makan sushi ni gelojoh kot terutamanya aku. hahhahah sampai aja kedai terus angkat 3 4 pinggan sushi kalut macam nak pi laut. Tak sempat nak kunyah macam Nabi Muhammad s.a.w(jawab jgn tak jawab) sopan-sopan.



saja share video kappa sushi. Order sushi, then train sampai kat tempat kita. comel kan!

5 comments:

emam said...

sushi ikan keli..ada x?

nazrul said...

banyak2 kedai sushi aku rase sushiro la paling best. ebi abogadro ngan sea sarada mmg paling mantap a!

d i b d i b a d i b a h said...

aburi cheezu samon kat maizuru=saikou ever.

dartdadada said...

ha aburi chizu mmg terbaek best of the best ish rindu la plak haha

haniekunie said...

wa.. siap ade ketapi lagik..

 

Blog Template by YummyLolly.com