10/15/09

quenching


quench your thirst : to drink enough to stop you from feeling thirsty
quench a fire : to make a fire stop burning

"eh eh"

Cerita quenching hari ni takda kena mengena langsung dengan maksud kamus dewan bahasa inggeris. Tahukah anda apabila kita panaskan keluli pada satu suhu yang tinggi(600 darjah celciu) dan panaskan lagi sekali pada suhu yang lebih tinggi(1000 darjah celsius) dan suddenly keluarkan keluli pada suhu 1000 tuh dan sejukkan dengan air,minyak atau udara....keluli itu akan menjadi besi berani?bukan magnet. berani sebab dia kuat. Keluli itu automatically akan menjadi keras/hard/rigid/tough/solid atau apa apa ajalah. Proses inilah dipanggil quenching! Dalam machinary sangatlah penting sebab mesin nak potong-potong atau process product mestilah kena kuat. Kang bengkok sana sini susah kan. Rata-rata banyak kita gunakan quenching tapi separa sedar kan.

quenching dalam furnace machine

Malangnya, quenching yang aku buat semalam tak menjadi. Bila aku press specimen, tiba-tiba die set yang sepatutnya telah diquenchingkan tu bengkok! cek-cek hardness test langsung tak keras. Bodoh. Buang masa aku nak kena buat lagi sekali. Tak jalan la research aku nampak gayanya untuk seminggu ni.

Balik nak hilangkan tensen belu クレープ(kure-pu)aka crepe ice cream ratah sebelum balik sambil jalan. Aku tau makan sambil berjalan tak elok tapi aku dah makan dah pon. Tak boleh nak rewind :p. Rasanya crepe ni kat Jepun sangatlah famous. Kalau korang nak jadi comel korang kena suka crepe ni. Salah satu syarat wajib untuk perempuan comel. Cam sinonim pulak CREPE = JAPANESE CUTE GUGURLS!


Actually, crepe ni sejenis sweets yang boleh dibeli di tepi jalan. Kalau ada festival wajib la ada crepe ni. Kalau dating pon memang wajib la makan crepe kan kan kan? Apakah crepe? Lempeng disalut whipped cream, chocolate, buah-buahan dan dibalut dengan kertas, ikut suka korang la sebenarnya nak masukkan inti apa dalam tu. Tapi aku rasa yang paling famous dan senang nak buat choco bananan crepe. Sambil makan sambil koyak kertas yang balut crepe tu tapi jangan buang merata-rata pulak.

ish ish terasa comel la tengok crepe ni!

Korang nak jadi comel try la...buat sendiri pon boleh sangat..senang ja cuma menyusahkan kot ha ha.

after school's sunset

3 comments:

admin@blogdiloz.com said...

damn ah.
rasa nak makan kreepu plak.

Anonymous said...

patut la time aku mkn crepe ni awek2 ushar semacam
hak2

dartdadada said...

@diloz sila sila kalau terasa nak jadi comel haha

@amir haaaaaaaa sebab depa rasa jijik tengok hg yang bermisai-misai nak jadi comey

@hanie haha laki yang betul2 comel ja makan nampak comel hanie oi!

 

Blog Template by YummyLolly.com