10/18/09

terlambat

photo credit to : toyohashi matsuri.com

Aku baru bangun. Dah pukul 10:33 malam. Lamanya tidur. Patutnys status "tidoq sat" di facebook aku ditukarkan ke "tidoq lama" lah. Letih bai. Siang tadi sempat ke Toyohashi Festival mengutip sisa-sisa makanan yang dijual. Sebelum bertolak, sempat mencalit warna ungu di mataku. Sangat suka purplish look sejak awal-awal bergelumang dengan dunia makeup lagi.

howdy?(reka sendiri look)

Kami sampai di tempat festival tu dah hampir pukul 4 ptg. Taktau pulak festival ni tutup pukul 6 ptg. Patutnya cek kat internet dulu sebelum bertolak kan kan. Dah la nak parking pun jauh gila babi, then kena jalan jauh ke tempat tu haih. Sampai-sampai aja, dengan kat speaker berkumandang "Sila tutup kedai anda dengan segera.....sila tutup kedai anda dengan secepat mungkin...." cet terlambat. Exebition sah-sah aa tak sempat tengok. Besar event yang dipanggil TOYOHASHI MATSURI ni. Ada parade, pertandingan, kempen-kempen sihat, pasar malam, exebition, dll. Event ni dibuat di banyak spot, kena jalan dalam 5 min untuk ke satu-satu spot. Patutnya kena datang siang sebab event ni start kol 10:30 pagi lagi. Dengan keadaan khemah nak tutup, stage yang tengah dikemas-kemas, semua orang dah angkut barang masing-masing ke kereta/lori siap-siap bungkus nak balik. Tapi orang yang datang mengunjung ramai lagi. Ramai lagi yang balik kot ha ha. Yang ni aja suasana yang sempat di"capture".


Nasib baik kedai yang macam pasar malam ni still bukak. Perut dah lapar sangat. Sempat menerkam Butter potato, takoyaki, turkish kebab dan ringgo ame! Jalan punya jalan, hari pon semakin senja, kami sempat pusing satu spot aja, terus buat keputusan lepak makan jap dan blah dari situ.
lepak makan jap

ringgo ame dan pokok

dan ringgo ame and me!

Hari pun dah malam, tak reti-reti nak balik lagi. Sempat lagi bersuka ria dekat sawah padi di parking lot. Ha ha hantam sajalah.

ahah!

Dan senja untuk hari ni....
Setiap hari nak tangkap gambar senja kat sini la...cantik sangat...

lastly, what i wore for today's terlambat event :

purple jacket : uniqlo
yellow inner : GAP
no brand flowery skirt
no brand purple tights
shoes : converse
handbag : F-kolme

Itulah ceritera harini. Aduh perut dah bunyik ni. Nak pi makan lah. Soredewa!byeee~

6 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

aku cadangkan ko bukak satu blog lagi,blog utk make up je. and then ajar care make up mcm org jepun.smalam aku tengok kawan aku tunang, mmg org msia suke sekkei hidung,sakit ati nye tengok muke yg asal cantik,jadi pelik cm MJ

dartdadada said...

kena practice banyak lg baru boleh buat blog khas...insyaalllah....

Anonymous said...

eh ringgi ame tuh ape ek>? kale dia merah cam byk pewarna jer..

dartdadada said...

ringo = apple
ame = gula
buah apple salut gula/candy.sedap!

lorongsetia8.com said...

cantik cantik...baju & make up

ajar laaa...kat blog ni dulu pon ok..

dartdadada said...

thanks.....
akan difikirkan....hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com