11/29/09

hadiah

Apa yang menyebabkan kita terasa nak bagi hadiah kat somebody? Bila kita rasa rapat, then daripada menjadi sama dengan orang lain yang tak kasi apa-apa, kita bagi hadiah, supaya orang tu rasa dihargai. Aku rasa, kalau kita nak bagi hadiah kat orang, better jangan sebut, "aku beli hadiah kat dia sebab murah, kalau mahal aku tak bagi dah hadiah kat dia", macam entahlah, bagi aku, nak bagi hadiah kat orang, bagi hadiah yang kita mampu la kan of course, kalau tak mampu, benda murahlah yang kita akan bagi. Tak apa, tak salah bagi benda murah sebab harga doesnt count, tapi our thought counts kan. But, janganlah disebut-sebut sangat pasal kemurahan tu kot.

Pernah masa cuti summer hari tu, mama dan papa aku nak belikan baju n ties for bubu untuk buat hantaran. Kebetulan masa tu kami kat Penang, shopping mood, tambah-tambah tengah sale. Bagi aku, beli benda yang ada discount pun ok, sebab alang-alang murah kan, why not. Then kami beli la this one shirt, from Caserini, quite in good quality, Caserini kat Malaysia mahal. Tapi bila sale sampai 70%, terasa sangat murah dan kami beli yang itu. Then, papa rasa tak elok, dia cakap, "kalau nak bagi barang kat orang, jangan fikirkan sangat harga tu, macam tak sudi ja nak bagi hadiah dok fikir yang murah". Then, papa terus ke dockers booth, carik other shirt for bubu, New arrival with no sale. Sebab dia tak sanggup nak bagi hadiah disebabkan harga yang murah untuk bakal menantu dia. How mulia hati papa. Maybe papa rasa kemampuan dia lebih daripada itu, so go on lah kan. Kalau kita selalu sebut-sebukan "harga" pada hadiah yang kita nak kasi kat orang tu, ternampaklah bahawa kurang ikhlas di hati untuk memberi betul tak? Even tho kita sebenarnya ikhlas sangat. Bagi aku, better tak bagi hadiah daripada bagi benda yang kita sekadar nak kasi sebagai cukup syarat. Entahlah.....lain orang lain ragam kan?

p/s: sekadar peringatan untuk aku. Hantaran tak cukup lagi ni...takpalah, setakat yang aku mampu lah.

2 comments:

::izyan sho:: said...

true true true!!
kan! izyan pun pikir cam2!
dulu2 slaaaaalu sgt rajin nk bg hadiah2 ni..mcm ..ntah..nantonaku rase nk bg kan.depends on org yg kite nk bg tu jugak.someone who deserve those thinggy from kite kan.

boringdirectory said...

aku suka kasik hadiah gak..kepada family dan kawan. sapa sapa yg rapat dengan aku aaa..

kalau aku gi jalan mana mana..and dalam perjalanan aku jumpa something yg orang tu suka aku akan beli..contoh kalau org tuh suka naruto..tiba tiba aku jumpak keychain naruto I'll sure as hell buy punya.

hadiah yg aku suka dpt plak..bknlah benda mahal. kalau org tuh pergi jalan jalan aku suka kalau dpt souvenir..bukan yg dia beli pukal then agih agihkan untuk org yg datang rumah cam org balik haji tuh..something yg lain aaa walaupun murah! itu tanda org tuh ingat kat kita walaupun kita tak ikot sekali..lol

 

Blog Template by YummyLolly.com