11/18/09

hp canggih tapi takda guna


Kalau aku nak beli hanphone baru masa balik Malaysia for good nanti aku akan beli hp yang kamera resolusinya tinggi. Tak kira macam mana pun, pixel cameraphone tu mesti 5Mega ke atas. Sebab aku suka sangat ambil gambar pakai handphone. Kadang-kadang malas nak bawak camera, tapi hp wajib ada 24 hrs dengan kita kan. Orang Jepun pun sekarang ni ambil gambar pakai camera handphone ja. Cepat, mudah, senang sebab compact dan memang disarankan ha ha. Most of the pictures in my blog were taken with my cameraphone. I'm using SHARP 910 SH model, camera 5Mpixel. Sekarang ni handphone yang sampai 10Megapixel pun dah ada kat sini. Sebab memang ternyata ramai orang jepun pakai handphone ni sebetul-betulnya.

Banyak hp kat sini jenis flip style skrin gedabak punya besar. Sebab boleh mobile blogging, mobile shopping, baca novel or komik, cek jadual train, cek weather, navigation kot-kot sesat, tengok tv, main game, dengar lagu pun salah satu function hp kat sini. Tak ramai pulak orang Jepun yang pakai hp macam pda, eventho diorang bz, tapi takla sampai poyo nak buat kerja sampai dalam telefon. Cukup sekadar hp tu dapat memenuhi masa yang ada masa tengh tunggu train, bus, supaya tak bosan. Kalau dalam train, memang most of them akan pegang handphone macam tengah tulis message tapi tak pun sebenarnya, ada yang baca komik, novel dsb. Kat sini banyak model hp yang memang tak ada kat Malaysia. Kebanyakan company yang buat hp adalah dari Jepun sendiri seperti SHARP, CASIO, TOSHIBA dan aku rasa diorang buat hp yang power ni untuk kesenangan hidup orang negara diorang sahaja. *sigh*(cemburu)

Oh meh nak kongsi handphone-handphone canggih buat masa sekarang di sini.
solar charger handphone
Takyah nak risau pasal bateri "kong" dan pasni.

HD video camera phone from WOOO Hitachi. Video HD mestila lawa kan.

Sony ericson cybershot. Dah sebijik camera dah rupanya.

Hum...cara orang pilih hp kat Malaysia mungkin agak berbeza dengan di sini. Mungkin penggunaan internet(bukan nak berfacebook ja) dalam kehidupan penting. Kat Malaysia rasa macam orang berlumba-lumba nak pakai hp mahal yang aku tak faham kenapa. Kalau hp tak lebih dari seribu tu macam tak boleh nak hidup. Sesetengah tu, sanggup buat macam-macam just because nak pakai hp power. Last-last takda kredit jugak! Aduh...Kat Malaysia pakai hp canggih pun penggunaan aku rasa terhad sangat. Bukan boleh cek weather forecast, cek jadual train or navigation pun. Hopefully Malaysia pun from now on akan lebih maju dan company telecomunication macam MAXIS dapat memberi sumbangan kepada pengguna supaya hidup lebih senang. Maybe 20years ahead?Kot kot nanti boleh cek masa train putra lrt or komuter siapa tahu kan?

*bukan nak memperlekehkan negara sendiri, tapi rasanya pakai hp yang memadai, setakat yang kita mampu pun sudah cukup kan? Tapi aku nak jugak hp camera pixel tinggi!

2 comments:

DorkScotch said...

smart gila flip wana ijau tuu
tlg bli sat buleh dak? hahaha bapa rega?

unnnamed said...

canggih gila hp jepun. fuhhhh.

totally agree dengan part org malaysia asyik nak beli hp mahal tp last2 xdak credit. heh.

 

Blog Template by YummyLolly.com