11/26/09

resipi : chawan mushi

Senang sangat nak buat 茶碗蒸し(chawan mushi) ni sebenarnya kalau ada microwave! Zana mintak nak try kan..Sapa hantu teloq, atau kalau tak boleh nak bayang, bayangkan tauhu telur. Kalau sapa yang suka 2 benda tu, mesti akan suka chawan mushi ni he he even orang yang tak pernah try. Chawan mushi ni selalunya datang set dengan makanan lain seperti nasi, orang Jepun tak makan chawan mushi as main dish. Untuk suka-suka kasi lekat celah gigi ja kot kalau aku makan ha ha.

Resipi kali ni aku amik dari buku 基本の和食(Basic of Japs food). Makanan yang simple2 banyak dalam buku ni. Nama resipi ni 明太子茶碗蒸し(Mentaiko aka coroe chawan mushi).

click for larger view ok(untuk sapa yang faham Bahasa Jepun)

Untuk siapa yang tak faham bahasa Jepun, here's the translation :

Masa: 10min
cal : 55kCal

Bahan(untuk 2 orang) :
{penyediaan chawan mushi}
telur 1 biji
fish stock 3/4 cup
garam sedikit(aku selalu masuk secubit, sebab sikit sgt, jgn masuk byk)
kicap masin 1/2 sudu teh

{topping}
codroe(raw) 1/4 potong
daun bawang 1 batang

Cara :
1. Sediakan stock ikan, masukkan kicap dan garam dan gaulkan.. Tunggu sampai sejuk sebelum masukkan telur.
2. (seperately)di bekas lain, pecah telur dan kacau.
3. Tuang telur ke dalam bahan di nombor 1 dan kacau lagi.
4. Tapis dengan penapis(untuk lembutkan texture chawan mushi)
5. Masukkan dalam bekas(aku takda bekas khas, masuk dalam mug ja hantam), dan buang buih2.
6. masukkan dalam microwave, dan ONkan(500W untuk 2 min, 600W untuk 1.5min) sampai keras macam tauhu telur tu. Kalau tak keras onkan microwave tu sampai keras.
7. Hiaskan codroe dan daun bawang tadi dan siap!

note : aku rasa bosan makan telur ikan ni saja, aku masukkan cendawan, sayur2 lain dan udang. Sedap jugak!

Selamat mencuba!

Ah, aku suka resipi jepun, sebab kat belakang buku mesti dia akan bgtau cara nak sediakan stock ikan macam mana, even cara nak potong sayur macam mana(contohnya, hiris, siang, titik punya perbezaan dia akan tunjuk dengan gambar).

cara nak sediakan stock ikan

Siap pisau punya bahagian pon dia terangkan!how precise they are!(kot kot la tak reti nak potong macam mana, bahagian mana, diorang potong ikan pon ada orang yang master n kena ambik exam!kadang-kadang menyusahkan jugak bila dah terlampau cerewer ni kan)

heh. agak melampau kan.


3 comments:

zafirah alias said...

sedap! aku suka gila benda ni. nanti nak try. huhuh

chocolate bowl said...

waaa..menarik..bley try nnt2..thanks dart..aku suka mkn benda ni..dgn sup ada seaweed tu..lps ni hg bg resipi tu lak..hehe

dartdadada said...

ok kawan2!!

 

Blog Template by YummyLolly.com