1/18/10

akan rindu #1

Sesi "akan rindu" ditulis dan ditujukan kepada kawan-kawan yang sama-sama menjadi alien di Jepun dan akan pulang ke tanah air pada akhir Mac ini.

Kategori : Makanan
Nama makanan : Natto


Apa itu natto? Makanan tradisional Jepun turun temurun. Berupa kacang soya yang diperap dengan Bacillus subtilis(aku pun baru tau ni ha). Sangat popular terutama sekali semasa breakfast; letak atas nasi putih dan makan. Sushi natto pun ada. Bila dikacau, lendir dia fuh....terangkat! Natto ni sangat sihat, kaya dengan protein! Masa lampau, natto diperap menggunakan daun tatau daun apa. Sekarang ni dah modern, pakai plastik pack sudeh.

Boleh dikategorikan makanan pelik dalam Jepun. Tak semua orang suka makan natto. Kalau kat Mesia ala ala petai. BUSUK tengik, hapak, sikit lagi macam bau ketiak masam(sila jangan bayangkan). Aku memang suka sangat makan makanan busuk-busuk ni. Bau tolak tepi, rasa mai dulu haha.

sebelum
selepas

Cara makan natto : Bukak pack, tuangkan stock ikan plus kicap(yang disediakan), kacau mestilah dengan chopstick, tak chopstick tak jepun ah. Kalau nak kacau pakai sudu, baik jangan sentuh natto ni nanti nenek moyang Jepun mengamok!ha ha mari kita lihat video di bawah;


Bising ah Matla. lol

Aku, zaza , dan Yana (housemates) masing-masing gilakan natto! memang geng lah kami bab-bab makanan Jepun ni. Balik Mesia, kalau teringin natto, mana nak cari?oh, mungkin di Isetan KLCC ada. ha ha. jauh nya alahai~

ops. sotong celup tepung pun sedap. hahhahaha

5 comments:

FZahirah said...

geli la yg hg kacau tu, cam hinguih :p

lumpkins said...

dart...kat max valu in ampang ada jual....but it's frozen..tak tau la rasa dia sama tak after dah 'taw'kan benda tu

Mahya Diyana Ibrahim said...

shin chan suka makan natto. tp rupa menggelikan la hahaha

ewwwww alang kata mcm hinguih lagey tak laluuuu hahahhaa

admin@blogdiloz.com said...

yucks!
=P

namasayatihah said...

u kirim kt i naa...my ofis opposite klcc ja..hehe!!btw, kt jusco midvalley pn ada babe..hee~

 

Blog Template by YummyLolly.com