1/2/10

fukubukuro

1 hribulan 1, new year. Hari di mana orang Jepun gila membeli 福袋"fukubukuro". Selama aku kat sini aku tak pernah jadi macam orang Jepun sanggup beratur sebelum kedai bukak pukul 10 pagi, ada yang siap berkhemah luar kedai tunggu daripada malam, semata-mata nak dapatkan fukubukuro ni lah. GILA. Fyi, 1 hb 1 ni sebenarnya hari raya orang negara sepet ni. Sepatutnya pagi-pagi pi semayang kat kuil, ni tak, sanggup beratur tak semayang tunggu kat kedai. Peliklah betoi. Kalaulah aku, dah hari raya, baik aku lepak dengan family sembang-sembang dengan sanak saudara. Dah sah sah orang jepun ni tak reti bermasyarakat!

Nak dijadikan cerita, kami ke Nagashima Outlet siang tadi, salah satu outlet yang boleh menjadikan aku bakal makan pasir, bukan bakal, dah patut makan pasir dah. Sampai dalam pukul 11 aku rasa dah sangat awal dah tu, tengok-tengok ramai lagi yang menuju untuk balik dengan menjenjeng fukubukuro masing-masing. Apa kes?? Ni mesti kes dah berkampung semalaman nak tunggu fukubukuro. Nasib baik aku bukan jenis gila fukubukuro. Aku pantang nampak sale ajer. he he.

Fukubukuro ni ialah mystery bag/lucky bag yang dijual limited dengan harga yang MURAH hanya pada new year sahaja. Contohnya lah, Onitsuka tiger nya brand/boutique buat fukubukuro, dalam beg tu adalah dalam 5 barang(kasut, beg atau baju) yang kita takkan tau apa isinya kecuali terlampau curious boleh tanya, atau macam makcik-makcik rakus main koyak aja beg tu dan teropong apa ada di dalam. Mystery beg tu dia tak keluarkan banyak(tipu helah), konon-konon limitedlah, supaya mengaburi mata orang yang senang kabur macam aku ni.

Tapi yang aku tak berapa nak sure/masyuk beli fukubukuro ni, UNTUNG ker? Macam lagi rugik ja, entah-entah dia main masuk baju yang tak best nak habiskan stock dalam beg tu, kita pun syoklah ingatkan murah kan? Tapi agak aku tak puas hati tadi, aku ke REEBOK store, aku angkut classic sneakers ni sebab sale tinggal murah kan, tengok-tengok zaza pi usha fukubukuro tu(ala-ala makcik dok belek-belek), sebijik kasut aku ada dalam fukubukuro tuh. Cis. Fukubukuro reebok tu, 2 kasut boleh boleh dpt 5000yen. Aku beli satu kasut tu dah 3800 yen. Maksudnya aku rugi balik lah!arghh tapi peduli apa, aku tak perlukan pun satu kasut lagi tu. Kasut yang lagi satu tu memang kasut buangan la wa habaq lu.

Kesimpulannya aku memang tak berkenan dengan fukubukuro ni. Tapi kalau dah forever 21 buat fukuburo ada 10 baju harga 2000 yen(rm80) sapa tak pi berkhemah depan store dia kan?gila aku pun nak kalau macm tu, nasib baik forever 21 ni ada kat tokyo sebab jauh ja.

Dah-dah, aku dah shopping banyak sangat sehingga terlupa aku bakal menukar status april ini. jangan dok bazir sangat dart oi! OK AKU DAH INSAF. Tapi outlet memang masyuk la wa cakap lu lagi. Kat malaysia pun dah nak bukak kan nanti kat johor? Naib baik jauh.

ondaway to the hell yeah ha ha
harini salji turun sikit-sikit, sejuksssss...

p/s: teringat heels marc jacobs harga rm2k sale 70%. ish ish. boleh ka dpt kat mesia nun?barang akan diupload nantilah. malas.


2 comments:

Zarpeno said...

weih , bes pa ; ambek brg hat tamau joi balik..

onitsuka tiger size 8 satu!~ er... 8.5 ada?

dartdadada said...

mahai.murah bg onitsuka tu mahai!hahhaha

 

Blog Template by YummyLolly.com