2/3/10

rindu sekolah

Aku rasa aku tengah "schoolsick" la ha ha. Asyik teringat-ingat..apa nasib sekolah aku. Kat sini universiti ka tadika ka semua panggil sekolah. Walaupun sekolah aku busuk ayam. Tapi di situ lah 2 tahun aku menimba ilmu sok sok nak jadi bakal jurutera. heeee. Paling rindu; Mr. Mori? Prof mori discriminate pompuan huh. oh no...mestila senior aku, Mr Yanagiya san!

Selama aku masuk Toyohashi, selepas masuk as 3rd year student lepas diploma, terus masuk 4th year dan bergelumang dengan research. Kat sini kebanyakan student kena buat sendiri, TETAPI, special case untuk Mori's lab, budak undergrad kena pair dengan Masters student. Mengikut sejarah, budak undergrad ni memang tak reti apa-apa, so sia-sia bagi kami buat sendiri. Tapi memang aku mengaku, masa baru-baru masuk lab memang otak rasa kosong, dah belajar 4 tahun tu macam ntah ke mana. Rasa suspect gila kat Yanagiya san ni sebab beliau sangat handsome. Eh, selain handsome, beliau sangat baik hati, baik gila gila gila punya baik lah! Aku ni memang lemah sikit dengan lelaki baik hati haha. Tapi untuk lelaki di luar sana, jangan la baik sangat. Kesian gf anda.

Nak dekat setahun setiap hari jalan ke hulu ke hilir dengan Yanagiya san, buat kerja tukang sama-sama(tapi aku banyak lagi jadi buruh kasar la), buat eksperimen sama-sama, ada jugak dia hantar aku balik rumah sebab aku jadi buruh kasar dia nak kaut data, so give and take aa. Yang paling aku rasa terhutang budi, nak dekat-dekat present fyp dan thesis, banyak pulak masalah melanda. Pakcik Mori tak bagi aku guna data yang aku dah kaut masa ekperimen. Dia cakap sama tajuk dengan Yanagiya. Memang kalut sebentar sehinggakan rasa sampai nak tidoq aja kat lab tu, menangis-nangis tensen. Aku paling geram kat Pakcik Mori ni ah. Bukannya dia nak ce awal-awal, suruh tutor cek, then esoknya nak kena hantar kat Pakcik tu, last-last kena reject, 3/4 kena tukar terus. wtf. Yanagiya san ni bengap pulak tak guide aku suruh tukar tajuk bagi nampak baik punya lain. Tapi yang terharunya, masa tengah genting, Yanagiya san teman aku sampai pukul 3 pagi, siapkan gaiyou(abstract) untuk submit esoknya pukul 9 30 pg. Aku dah kalut, selama ni yang aku tak betul tanak tegur awal-awal memang hangin gak aa kat pakcik Mori ni. Mana ada senior lain buat macam tu kat junior dia taw! Tapi rasa tak best sebab senior lain macam dok bising-bising nampak macam aku tak buat keja. Padahal aku dh bagai nak gila buatkan eksperimen last-last satu habuk pon takleh guna, free-free ja Yanagiya tu dapat. Kira ok lah kan.

Kalau jejaka Mesia msg2 macam ni memang nak kena penampaq.
sangat tidak seswai.

Ada 2 3 hari lepas aku mesej Yanagiya(Ish panjang nya nama, Y sudah lah)san, teringat kat dia. Dia dah nak present untuk masters course dia. Concern la jugak sebab sebelum ni Y banyak tolong aku. Masa aku tengah kerja ni, takda sapa tolong Y. Oh Y. haha. Sebelum balik mesia nak lah hadiahkan dia something.

bukan Yanagiya

bukan jugak

bukan!

ha....inilah Yanagiya sempai ku....~
kakkoi siot.
Dahla pandai bijak, ada gaya(tapi paling meluat tengok dia pakai kasut tajam hosto tu), handsome, bakal engineer cipta2 mesin pulak tu, pandai bersukan.
理想の男
bahahhahha.

comelnya dia senyum...tengah mabuk gila dah tu. haihs.

Ha, yang tengah tu pakcik mori. Memang bagus.

Eh, aku kat sebelah pakcik mori. haha.
Tapi memang tak dinafikan lah, pakcik mori memang power. Aku rasa dah bapa kali dia ke oversea's countries terima anugerah untuk metal forming.
Mr mori ni kalau tak silap aku dia yang reka analytical FEM untuk metal forming. Almaklumlah, budak Kyoto dai. haihs.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com