3/31/10

final touch



Bercakap pasal fine touching or finishing, aku sungguh teringat kat Jepun. Bukan nak mengomplen ka apa, tapi memang sah-sah banyak yang boleh diambil iktibar dari sana. Rumah aku baru saja direnovate, biasalah, semua orang pun renovate rumah kan. Tetapi yang aku agak tak puas hati, lepas renovate rumah, takda siapa pulak nak kemaskan sisa-sisa batu-bata, atap-atap, siling, tong-tong cat semua kecuali family atau tuan punya rumah itu. Kalau di sana, kerja itu menjadi tanggungjawab orang yang menguruskan kerja-kerja renovate, yakni pekerja kontrak itu sendirilah. Papa cakap, bila tengok diorang bekerja rasa kasihan, kesian kesian jugak, tapi bila habis kerja, kemaslah semula bagi sampai ke bentuk asal. Benda ni yang kurang diambil perhatian. Bila dah habis, tinggalkan kawasan rumah macam tu aja. Finishing tak diambil kira. Bekas-bekas cat habis di lantai, kerja siapa? Kalau dah tau, lapik la dengan plastik ka apa, barulah lantai asal tu kekal berkilat.

Petang tadi aku sapu lantai di kawasan/halaman rumah, bersepah serpihan-serpihan batu-bata, simen di atas lantai. Takkan semua benda nak kena bayar lebih kan?Nak cantik, kena bayar. Haih tak faham. Satu benda yang tak boleh ditandingin dengan negara maju; bersepah-sepah. Kalau sendiri yang tak bersihkan siapa lagi?Orang Jepun pun bukan mesin yang bersihkan. Diorang buat kerja sampai licin, cuci calat. Komplen komplen jugak, kerja menyapu aku last-last habis jugak, licin. Esok nak basuh lantai di porch pulak. Haih, tuan rumah pulak kena habiskan kerja kontrak.

bilik pengantin sebelum

thanks mama sebab merealisasikan my dream room. Belum siap lagi. Dalam pembikinan. ;)

p/s:btul ckp papa, dah takda jepun jepun lagi from now on.sigh.

4 comments:

aiko kato said...

nice one....ur house dkt mane??
bestnyaa...sume dah siap..including rumah...quick reminder...10days to go dart!!~

kew_chop said...

aahla kat sini memang derang akan kemas balik. baru jek semalam apato kami di abis di cat. camana brg yg derang alih derang leatak n kemas camtu balik. saya plak naik segan derang kemaskan balik rak gomi botol n kasut2 jogging n berkebun kat balkoni. yg time hari cat kat poarch keta tu lagi la lawak, boleh derang balut keta satu2 ngan cover pasktik takut cat menitik. kan senang kalo soh tuan punya keta alihkan jap, punyela bagus derang ni. memang beza kan keje nihonjin ni.
gomen, panjang plak komen. btw mesti hati bakal penngantin ni tgh berbunga2. semoga selamat semuanya..

zhrh said...

sapa cat bilik hang weh?

dartdadada said...

@fatihah : my house kt a setar la eeheh

@ kmurni : sangat setuju!!!!!!!waaaaa rindu jepun!

@zhrh : cat panggil orang cat..tukang mana aku tatau la plak.balik2 dh siap dah kelabu asap.

 

Blog Template by YummyLolly.com