3/30/10

1st day in malaysia

Nak sambung tulis pasal lepas naik flight ke KUL from Narita. Luggage aku amatlah banyak, al maklumla aku balik osrang diri...grad day pun tak menyempat. Nak bawak barang balik yang terkumpul selama 5 tahun camni lah...Tapi dari dulu aku macam ni, tak pernah la mama papa aku nak drive sampai KL semata-mata nak sambut anak dia balik. Jenuh nak menunggu. mama n papa plak travel ke sana sini. So, maybe dah biasa kot, plus malas ha ha. Aku pun dah biasa macam ni. Selalu balik sorang aja, travel sorang pun macam dah biasa..TETAPI balik kali ni memang nak mampus punya banyak barang, tak tipu. Aku mintak tolong orang buat-buatkan jadi barang diorang haha. Bayangkan hand luggae aku ada 3 yang berat-berat belaka. Fuh. Nak buat macam mana, kes bawak balik hantaran. Takkan nak bubuh dalam luggage kan. Habis remuk segala benda.

Flight ke KUL lambat stengah jam. Arrival time pun jadi lambat. Kesian kat cik tunangku tunggu dari pukul 3 30 p.m. Aku sampai pukul 5 p.m dengan baju semalam tak mandi wahahahha. Bubu paham kot. Dengan beg berat nak mampos, letih gila. Nampak aja muka bubu terus hilang setengah letih.

Aku bermalam di KL 2 hari, dek nak beli semua barang hantaran bubu yang belum lengkap; kasut, perfume & seluar. Yang lain semua dah lengkap. Oh, btw i dapat set makeup idaman. Sungguh sweeeeeeeeeet~ Nantikan kemunculannya haha. 1st day ke Sunway pyramid, serabut la...2nd day teman bubu training kat KL, SAP sdn bhd, sambil-sambil tunggu dia, aku ke pavillion, survey2 barang. Tak sempat nak dating bagai. Bila beli barang, penat. Tapi yang lawaknya, salesgirl/man terkejut aku dah nak kawin. Muka macam budak sekolah tingkatan 3 katanya haha. Adeh. Aku dah 25 la adik oi.

Pagi 23 hb terus board to AOR. Kena bayar 80 rm sebab lebih muatan jugak...bayar terus naik flight dan barulah sampai ke kampung halaman yang memang dok tunggu-tunggu kemunculan i. hehe. Tak sempat la nak feeling-feeling sedih tinggalkan jepun semua sebab banyak lagi benda dalam kepala hotak ni nak kena fikir.

trying ALDO. keras katanya. mahal saja.
memang tak berbaloi.

the food while waiting for bubu. LAMBAT!!

hihi. in m.a.c. Nak semua tapi kena sedia duit beribu rm. Mana gua nak cekau~

main-main dalam pavillion

gaya budak tingkatan 3 ;
japan team shirt : ADIDAS
pants : uniqlo
shoes : onitsuka tiger
bag : MARC by MARC JACOBS

wah. sudah kekurangan gambar. lepas ni nak post pasal wedding preparation la pulak hehe. till then.

3 comments:

akieraduta said...

saya suka gambaq last!
simple & tetap cantik!

dartdadada said...

hehe thanks...:D

mish.qist™ said...

luv dat pants.
sgt sgt kawaiii :D

 

Blog Template by YummyLolly.com