3/28/10

hari-hari terakhir di Jepun


keadaan bilik sebelum ditinggalkan

Berangkat meninggalkan rumah terchenta di Toyohashi pada 17 Mac pagi menuju ke Niigata, utara Jepun seorang diri menaiki Japan Railways (JR) selama 12 jam sampai naik kematu habis bontot. Tapi berbekalkan semangat waja hendak berjumpa perempuan-perempuan kesayangan, kematu pun kematu lah. Japan Railways merupakan syarikat pemegang keretapi terbesar di sana. Bullet train yang laju habis tu pun JR yang punya. Boleh dikatakan di setiap ceruk kawasan ada stesennya yang tersendiri. Di kampung, stesen tiada penghuni pun ada. ha ha. Aku ke sana menggunakan tiket "special", seishun 18 kippu namanya. Tiket yang boleh digunakan selama 5 hari. Maksudnya 5 cop. Naiklah train ke mana pun asalkan dalam masa sehari tu cop sekali menggunakan local train. Local train bermaksud train yang berhenti di setiap stesen. Kat sana, setesen keretapi memang sangat banyak. Dalam satu bandar pun ada berpuluh atau beratus stesen. So kalau berenti setiap stesen memangla lembab nak sampai. Aku ke Nigata menggunakan satu cop sahaja. Nak ke tempat lain guna cop yang lain pulak. Nasib baiklah 12 jam sahaja.
Stesen-stesen besar. Tak termasuk stesen kecik cinonet lagi

the tix

Sedikit sebanyak info mengenai 18 kippu :

The Seishun Juhachi Kippu, meaning something like "Youthful 18 Ticket", is a seasonally available railway ticket, which gives you five days of unlimited, nationwide travel on local and rapid JR (Japan Railways) trains for only 11,500¥, or 2,300¥ per day!

Availability

The Seishun 18 Kippu is only available three times a year during school holiday seasons, as shown in the table below (subject to change):

Period
Valid
On Sale
Spring
March 1 to April 10
February 20 to March 31
Summer
July 20 to September 10
July 1 to August 31
Winter
December 10 to January 20
December 1 to January 10

Which trains can be used?
The ticket is valid only on local trains (futsudensha/kakuekiteisha) and rapid trains (kaisoku), operated by the Japan Railways (JR). It cannot be used on express (kyuko), limited express (tokkyu) and bullet trains (shinkansen).


Cuaca di sepanjang perjalanan yang amat meletihkan ni adalah baik, cerah selalu. Daripada Tengah Jepun, merentasi Gifu, Nagano, dan seterusnya ke Nigata. Nigata adalah bandar yang terletak di sebelah Laut Jepun. Toyohashi pula terletak di sebalah Lautan Pasifik. Pemandangan apabila memasuki ke kawasan Nagano(kawasan berbukit-bukau) adalah sangat menakjubkan dengan keadaan sungai jernih berwarna hijau yang mengalir. Siap boleh buat water rafting kot. Bandar yang terletak berdekatan dengan Laut Jepun sangat sejuk, dan sangat terkejut lepas lalu tunnel aku dikelilingi salji putih melepak.

peneman setia

salah satu stesen yang tiada penghuni

pedalaman Nagano

Salah satu jambatan merentasi sungai berwarna kehijauan

Dua malam bermalam di rumah kawan kesayangan, Yatie Zuki. Yati pun sedang sibuk dengan kemas rumah dan sebagainya.

Terkejut lepas keluar dari tunnel

Jalan-jalan di Niigata University. Toyohashi univ memang tak dapat dibandingkan dengan univ ni. Ada Lawson dalam kawasan univ wo.

buat-buat lena

Lepas 2 hari bersuka ria, tiba masanya untuk turun ke bandar Nagaoka, masih di Niigata. Penat ajak yatie turut sama-sama ke Nagaoka, tapi MEMANG BERBALOI. Belanja Yati satu cop 18 tix. Aku satu cop. Dah 3 cop. Sampai di nagaoka lebih kurang petang hari yang sama. Sampai-sampai, Ayu ambil, terus ke rumah Aan. Aan masak nasi dagang. Sedap. Gosip-gosip hal donia, sempat tengok Hindustan "I AM KHAN", tersekat-sekat. Las-last sembang lagi. Sampai pukul 11 lebih, terus bergerak ke stesen bas(mestilah tak mandi. Malas. ha ha), dan terus naik bas ke Tokyo.

Sampai di Tokyo 21 hb 3 2010 pada pukul 5 pagi. Cuaca yang amat teruk, ribut taufan dan hujan yang lebat melanda. Dengan busuk hapak tak mandi. Terus naik flight ke Malaysia pukul 10 : 30 pg. Long journey. Bye-bye Nippon. cerita di malaysia esok pulak lah. the end.

p/s: bukan i am khan, my name is khan.

1 comments:

Shafiq Laiho said...

niigata tempat asal my oyabun.. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com