3/1/10

hari ini dalam sejarah



Hari ini. 1 hb mac 2010. Hari di mana aku dah tak payah pegang buku(semasa). No longer living life as a student huahuahua. Syok habis!Hari ni last day untuk aku berkhidmat sebagai pemegang biasiswa JPA di Nippon, untuk membawa balik segulung scroll ijazah, dan juga berkhidmat untuk negara. chewah. Tapi aku boleh aja nak ke campus esok, barang-barang still tak kemas lagi. Harini merupakan hari di mana aku present semua benda yang terjadi semasa aku menjalankan internship di topy Indutries tempoh hari. Present chikai ja. Tak perlu pakai suit, print slide, lekat atas kertas mahjong, lekat di dinding dan present kalau ada orang datang bertanya ha ha. Start dari pukul 1 pm sampai 3 pm. Lepas habis rasa release sangat-sangat dan juga tak tentu ara dibuatnya. Sebab selalunya pakcik Mori akan bising kalau tak datang lab. Tapi harini atau esok aku boleh buat apa aku suka.

my lunch

lab mate dengan i-phone barunya

hilang macho kau Saharu!

Ayumi chan- good luck kena hentam dengan pakcik mori tahun depan

iphone application - vervier caliper USELESS! haha

ayumi & inaho

slide aku tu yang hijau-hijau tu

Yamada with Yabushita sempai

Saharu tengah present

Lepas present, sembang-sembang dengan lab mates, submit borang yang kena hantar kepada Pakcik Mori, dan lain-lain. Banyak jugak benda yang nak disetelkan.

Pukul 4:30 p.m terus cabut balik rumah ha ha. heaven sungguh! Balik aja rumah terus telefon NTT Flets hikari(internet paling laju dalm donia) nak potong (sadis...sobb sobb), so 15 hb 3 internet di rumah kami akan kena potong. No 100Megabyte internet connection dah after this. Then telefon softbank nak tukar semua point dengan accecories telefon iaitu battery pack dll. Fuh, baru sikit aja benda yang aku buat. Banyak lagi benda nak kena kemas. Kotak semalam dah cari. Penat penat.....

So, terima kasih JPA sebab bagi aku peluang untuk belajar menimba air serta ilmu yang tak dapat dibeli di Nippon. Jasamu dikenang, serius. Pengalaman yang tak ternilai ni jugaklah akan aku guna untuk masa depan Malaysia. Banyak lagi yang Malaysia perlu belajar dengan negara maju, terima kasih sebab membuatkan mata dan minda aku "terbuka" luas. Kat sini lah aku belajar berdirkari. Dekat sinilah aku belajar menjadi kuat untuk menempuh hidup. Aku rasa aku lebih patriotik bila dicampak kat negara asing ni. Betapa pentingnya nilai sebuah negara terhadap seseorang.

Terima kasih juga dekat Pakcik mori sebab sangat strict sampai aku selalu rasa nak menyumpah-nyumpah kau. Tapi ternyata kalau tak strict, aku akan malas-malas hehe. Love Nippon always...cam love lettter la plak.


MINNA OTSUKARESAMADESU~

ignore all those clothes & messy files. ha ha.

jacket : uniqlo
shirt : bundle - RNA pre DNA Incorporation
skirt : ili
legging : no brand
boot : no brand

9 comments:

Nurul Aina Adnan said...

welcome back to m'sia k.dart...

dartdadada said...

thanks aina...:)

zhrh said...

Congratzz!

emam said...

eh..apa ko buat ngan iphone tu?

M u s h y m u s h said...

Saya baca blog awak ari2.rasa mcm kat Jepun plak. hehe.. :>

dartdadada said...

@zhrh thanksss..jumpa nnt!
@emam application vernier caliper tu sebijik macam yang real.boleh ukur2 benda...letak atas screen iphone tu tapi rasa lawak plak haha
@mushymush thank mushi...saya pon tlis diary ja..hehe

M u s h y m u s h said...

cik dart, sama la kita. online diary kan? hihi...nice knowing u.

namasayatihah said...

selamat pulang nanti!!sila dtg ke my mum's boutique ok..nk beli baju raya ke..hehe..

dartdadada said...

@mushy thank u very much!
@fatihah i'll drop by to ur spa tu ok haha
@hanie ehhehe thanks again...tu la susah kan..beli dvd pirate lah jawabnya

 

Blog Template by YummyLolly.com