3/1/10

otak

Semalam terbukak tv..ada show pasal otak. Taknak sakit otak? ha...ada beberapa cara yang boleh diamalkan. Aku rasa aku pon nak amalkan benda ni from now on...

Salah satu benda yang bagus untuk otak ialah ; tulis diari berkaitan benda yang baik-baik belaka sebelum tidur. Tak kisah la pasal apa pun, janji benda baik...Kalau boleh elakkan tulis benda yang tak elok...Kalau takda benda baik pun fikirkan benda positif yang berlaku walau sebesar kuman. Sekarang ni dunia dah maju..tulis blog pun ok...tak digalakkan untuk kita menulis benda yang tidak elok-elok, boleh membuatkan kita sentiasa stress. Manusia memang suka dengan benda-benda baik kan..Walau sejahat mana pun kita..

Elakkan mengamalkan 3 custom tak elok di bawah:

1. 愚痴を言う(Selalu komplen)
Yang ni memang la tak boleh nak elak sebenarnya haha. Komplen tu tak apa, tapi jangan selalu komplen pasal "hidup". Tak suka ini, tak suka itu, itu tak adil, semua pun tak puas hati. Benda ni juga boleh menyebabkan miss communication kepada orang yang dengar.

2. 趣味がない(Tiada hobi)
Tiada hobi bermaksud tiada "interest" terhadap sesuatu benda. Setiap manusia sepatutnya mempunyai interest/minat masing-masing. Tak kiralah, minat dalam aspek mana sekalipun. Otak hanya akan berfungsi dengan baik jika kita mempunyai minat terhadap sesuatu. So nak bina otak yang sihat, selalulah menggunakan masa lapang dengan hobi atau benda yang kita minat. Benda ini berdasarkan kajian/research betul yang dijalankan di sebuah universiti. Experiment dijalankan ke atas seorang perempuan yang sungguh minat akan drama korea(di tahap fanatik). Drama korea disiarkan. Dan selepas itu drama Bahasa Inggeris pula yang langsung tidak menarik perhatian wanita itu. Semasa disiarkan, ada disambung wayar-wayar supaya dapat dianalisa otak wanita tersebut. Jelas terbukti semasa menonton drama korea, otak wanita tersebut lebih relax, dan banyak berfungsi, namun sebaliknya, apabila menonton drama inggeris, tiada fokus oleh otak, dan juga hanya membuang masa. Otak tak bergerak.

3. 終わりが見えると安心してしまう(Selalu berpuas hati bila misi akan tercapai)
Oh perkara ini memanglah. Susah nak explain. Tetapi ada satu contoh yang sangat baik semalam. Seorang pemegang pungat emas olimpik di Beijing tahun lepas dalam sukan renang 100m. Wajibla orang Jepun kan kalau dah show Jepun(oh sungguh patriotik). Namanya Kitajima. Beliau telah mengikuti sesi otak sihat ni dan mengamalkan perkara yang disebut di atas juga sebelum olimpik selama beberapa tahun lah kot. Bagi acara renang, GOAL merupakan dinding kolam renang. Apabila saat kita sentuh dinding kolam tersebut, maka kita sudah mencapai misi kita. Tetapi, Kitajima disarankan supaya "memanjangkan" lagi goal ke hadapan, bukan di dinding kolam tersebut. Latihan demi latihan, last-last dapat jugak pingat emas gara-gara set goal di hadapan haha.

ke arah otak yang sihat....hehe

2 comments:

mushroomHONEYDEW said...

terbaik..info yg berguna..2 thumbs up...huhuhu

dartdadada said...

thanks,..just sharing the infos

 

Blog Template by YummyLolly.com