4/1/10

musyauwarah



Aku nak mengadu sakit pinggang, segala badan dek menjadi bibik tak berbayar FOC kat blog ni. Baru ja habis mesyuarat pra-perkahwinan. Panggil jiran terdekat dengan saudara-mara terdekat untuk apa aku tak tahu. ha ha. Aku main curi-curi dengar dari atas aja. Sekali curi dengar orang macam tengah bertahlil berdoa. Sekali curi dengar orang dah nak makan nasi ha ha.

Anyway, siang tadi memang penat. Sampai ke hujung sebelum orang datang aku dok vacuum. Kerja aku vacum. Nak sapu tak boleh, rumah dah penuh dengan carpet. Mama aku tak suka masak banyak-banyak masa kenduri, so semua cater. Mak mentua nak mai pon cater ha ha. Nasib baik tak masak sendiri. Kalau tidak memang lembik lutut. Semua tetamu makan dengan best, lauk lebih semua bawak balik tapau. Syok-syok. Aku pun dah lama sangat tak berjumpa dengan jian-jiran walaupun jiran sebelah rumah.

Tapi alhamdulillah, semua sudah selesai dan maklum. Majlis kenduri nanti semoga berjalan dengan lancar. Mintak-mintak jangan hujan!

mama's best caterer.

3 comments:

Ali said...

angah!
tak lama dah..
dup dap dup dap la tuh.
hehe

cujern said...

waaa..bestnye nak kawen dah..nnt upadate eh gambar2 kawen ..

dartdadada said...

@kuyah dup dap la gak niii

@cujen ok!will do~

 

Blog Template by YummyLolly.com