10/8/10

happy for them! Congratulation~

I feel so happy for my friends who are just got married, got engaged! Teringat zaman-zaman nak kawin dulu...zaman-zaman kalut bincang pasal hantaran, bincang wedding dream, nak baju macam mana, nak majlis macam mana....manis btul kenangan di hari bahagia. Dulu sebelum kahwin boleh dikatakan niat terletak pada fizikal/luaran sahaja. I admit it. Biasalah, semua orang nak nampak cantik di hari bahagia kan! Tetapi bila come to think about it again...niat tu mestilah ikhlas yang peting, dan the most important matter is "perkara lepas kahwin". Biar majlis simple tak apa, janji lepas kawin boleh bahagia sampai ke akhir hayat...Ala kadar pun sudah cukup memadai. :)

So sempena entry ni, nak ucapkan TAHNIAH kepada member sejepun, member satu rumah, member satu kolej, masa kat Japang, si manis Liyana Safra dan juga selamat bertunang kepada Aisha kawan sejepun masa di Toyohahashi...they were really pretty during their big day! Depa nampak seri, mummy Dart makin gemok hehhehhe tak apalah, janji baby dalam perut cukup makan.

Majlis Yana di Dungun Terengganu, sementara mummy dart boleh lagi ke hulu ke hilir, kami buat keputusan terbang jugak ke sana. Lagipun, masa kenduri kahwin Dart, Yana datang awal tolong-tolong tengokkan apa yang patut, and I feel thankful to her...apalah salahnya kalau Dart pi jenguk Yana pulak nak kahwin. Tu pun tak boleh lama-lama, i have another commitment, which is my hubby to take care of, and also the unborn baby. 

Nampak gaya, majlis berjalan dengan sungguh meghiah! Pandang sini kaler biru, pandang sana kaler biru, termasuklah Dart! hihihih. Yana pun looked gorgeous berseri-seri habih! Memang betul orang cakap, pengantin memang berseri. Kecuali makeup tepung gomak yang aku paling benci tu la ahahhha. Nasib aja lah!

 hi kami baru sampai!

 dengan pengantin

 siap lambat sangat tak sempat tambah pembayang mata ha ha!
oh anyway she's mako! kawan jepun yana yang memang tak Jepun!


 gorgeous bride n her groom~

eh eh kau pakai comferter ka yana?
hahahhah lawak btol yana kena paksa pakai kimono setebal selimut apabila mahu tidur di dalam suasana ber-aircon~ semua orang tak keli-kelip mata tengok depa.
oh btw, i jadi tukang touch up yana masa ni hee. 
tsk gambaq kecik sangat lah.

Ahamdulillah bila tengok depa dah selamattttttt. Si Aisha pulak apa cerita? Sudah selamat menjadi tunang orang. Takpa tunang Aisha ni sangat sweet orangnya..orang Kola Nerang kedah. Budak Toyohashi memang ramai kawin orang utara. :p Tu tak termasuk para-para Kedahan. Mak aih ramai btoi. Aisha ni plak makeup sendiri ja masa Nikah..eh tunang...selalu masa Kat Toyohashi dulu main-main makeup dengan Aisah ni. touch up sana, touch sini. I bet she's really good in painting her face!

 PARA JELITAWAN TOYOHASHI. kami minority.

 Really love this pic!

Wow cantik cincin! Nak pinjam buleh?

Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..Kepada yang sibuk menjalankan preparation...jangan putus asa..selagi tak selesai kenduri selagi tu la macam kera tak boleh duduk diam hihi. 

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com