11/8/10

Belly Belt Wrap / Bengkung / Barut for mummy



Dart dah mula terfikirkan hal lepas bersalin dan start survey-survey set bersalin. Pasal Set bersalin nantilah Dart tulis, sebab seriously sampai sekarang taktau nak buat keputusan. Tetapi, semasa dalam pantang, memang mummy-mummy(yang ada pengalaman) pakai bengkung/barut kan untuk kempiskan balik perut? Sebelum ni tak tefikir pasal bengkung sebab ingatkan ada jual satu set sekali dengan set bersalin. Tetapi banyak jugak orang yang tak pakai set bersalin cakap, bengkung beli asing. Maksudnya bengkung tu memang semua orang pakai kan. Ada tradisional n modern bengkung so far yang Dart survey. Bengkung tradisional ni nampak serabut! Macam corset, ada tali banyak kena ikat, sekali dah ikat rasa macam tanak bukak dah 2 3 hari ha ha. Eh tapi kalau ada orang jaga kita masa dalam pantang, why not cuba kan? Dart akan berpantang di Aloq Setaq, so sah-sah la my mom takleh nak jaga dari siang sampai malam sebab she's still working. Maybe upah confinement lady. 

Dart tamau buat bengkung, nak buat skirt. Boleh? 

Bila Dart tanya mama Dart, rupanya mama Dart pakai bengkung jenis "zap-on". Mama Dart tak amalkan pantang tradisional sebab papa Dart tak berapa layan sangat jamu-jamu ni. Baru Dart teringat, dulu-dulu selalu main dengan Belly Wrap mama masa kecik-kecik. Belly wrap jenis zap-on mama Dart memag 100% made from getah, takda kain langsung, boleh diwrap belly sampai seketat mana pun. Bila kita buat apa pun takkan jadi longgar. Yang bestnya, sebab benda tu made from getah, cepat sangat keluar peluh, mungkin cepat juga bakar lemak ya?ha ha. Tapi belly wrap tu dah hilang!! Last jumpa benda tu pun masa Alang selalu pakai time sekolah dulu konon nak kempiskan perut. Tapi rasanya memang berkesan la zap-on belly wrap ni kalau nak berpantang. Plus, yang jenis getah ni, bila kita wrap kuat-kuat, secara tak langsung posture badan kita akan jadi straight tak boleh nak bongkok-bongkok. Dart rasa mama Dart dulu memang langsing, so nak gunalah petua yang sama with her.
ala-ala bengkung mama Dart.

So, semalam passed by The Curve, ada 3 4 kedai baby goods, masuk dalam satu kedai ni, ternampak Belly Wrap brand Medela. Harga dalam rm160 lebih. Rasanya semua getah. hmmm takpa-takpa survey-survey lagi sampai ke kedai nama Baby Haven, orang kedai tu cakap dia ada jual bengkung zap-on, tapi stock belum sampai. Dart book dulu, sebab harga dia murah tak sampai seratus, RM75. Dart tak akan beli kalau belly wrap tu ada setengah kain setengah  getah sebab dah pernah try yang fully getah. Kalau tak berkenan, maybe Dart akan ambik Medela tu. Tengoklah macam mana. Minggu depan baru stock tu sampai.
Medela Postpartum Support

Ni antara review orang pakai belly belt after delivary:
I started wearing the belly wrap the day I got home from the hospital, which was the third day after giving birth. I wore it 24x7, only taking it off to shower. And not only did it get my skin reattached to the muscle, but it gave me a lot of support also, as the stomach muscles are very weak after pregnancy.
I stopped wearing the belly wrap after six weeks. I wish I had taken pictures of the before and after, because WOW did it work!!!
p/s: nama pun BELLY wrap, range kurus mestilah tak termasuk pinggul n peha kan?tapi bontot n peha dart yang naik gila-gila! Macam mana nak jadi macam dulu? T_T

3 comments:

azimah fauzy said...

hi Dart.. salam perkenalan :D
selama ni dok jd silent reader aje. hehe.

sy dlu beli set bersalin kat klinik MAHA, kat pekan cina tu. kalo xsalah, tu adalah bekas klinik tun M dlu2. dari zaman nenek sy lg beli situ.

ubat2 dia totally bukan jamu. hanya zinc dgn iron kalo xsalah. siap packing utk 4o hari. pastu ada juga minyak panas nama BOROS. tu untuk sapu kat perut n kaki utk panaskan badan n kecutkan apa yg perlu dikecutkan.

satu lg adalah bengkung. huhu seksa tau pakai bengkung ni. wpun dia cover perut n bontot, tp mak ai punya la panjang. siap 3 kali lilit lg. hehe. tp pd sy xefisien pun coz sy ni ganas, lepas 2 3 jam dah longgar dh ikatan.

tp kan sy tgk mak sy n nenek slim je lepas bersalin. hehe. maybe sbb disiplin n bnyk gerak lepas pantang. sy je yg xslim2. ni pn dh pregnant balik. kembang balik le bontot tu. :D

p/s: mama Dart pakai ok je belly wrap kan? why not, Dart try je. sapa tau berkesan utk Dart jg. kalo xberkesan gak, kena bawak baby joging le pas pantang nnti. hehe

sharni said...

saya slalu tgk iklan set bersalin 'jamu selapan' mustika ratu dlm mjlh pama....setahu saya yg ni dpt bengkung skali...ok ke??anyone got an idea on dis??

bengkung, saya dh ade turun temurun dr mak...hand made yg banyak tali...

azimah, awak start berbengkung right after bersalin/ada a few days gap after bersalin?

azimah fauzy said...

Sharni.. sy start bengkung hari ke 7. kiranya hari start mengurut. :D tu pun kdg2 ngelat jugak sbb malas nak lilit panjang2. tu pun lepas nenek sy balik kampung. kalo dia ada, dia tlg ikatkan, mmg kemas dia ikat. huhu org lama katakan

 

Blog Template by YummyLolly.com