12/20/10

himpunan segala checkup"s"


Ok sudah-sudah lah buat cerita sedih di blog. Baik cerita pasal checkup yang Dart g sebelum bersalin. Entry pasal checkup lepas yang ke-6 kan. Sejak tu(hidup kucar-kacir),  Dart kena bukak buku di Ipoh dan juga di Alor Star tak pasal-pasal. Kalau Dart still dengan hubby, ingat nak bersalin kat Hosp. Umra ja. Tup-tup, bila kena datang ipoh, Dart kena la buat checkup di situ juga, manalah tahu takut terberanak secara tiba-tiba kan. Dart n hubby buat keputusan untuk bersalin di KMC Alor Setar under KPJ. Senang bagi Dart sebab parents dok kat sini. Kalau di Ipoh, ada member ja, nanti taktau pulak pantang larang yang kena ikut kan takda orang tua.

Lepas chekup yang ke-6(18th Oct), sebaik resign from Panasonic, seminggu sebelum pindah ke Ipoh, Dart kena penyakit kayap(Herpes Zoster/shingles) di bahagian peha, pinggang sebelah kiri. Masa tengah kerja lagi, Dart terasa macam melecur kulit di belakang pinggang. Ingatkan stretch mark yang sakit. Awal-awal takda tanda, just merah-merah di bahagian pinggang dan celah kangkang ja. Tapi sakitnya Allah saja yang tau. Terasa macam terbakar kulit, tapi tak tau kenapa. Bila tunggu 3 hari lepas tu baru naik biji-biji yang macam berair , sama macam keadaan bila kita melecur terkena minyak panas, naik gelembung. Bintik-bintik tu jadi dalam group sebesar duit 50sen. Masa tu, Dart dah tak larat sangat sebab sakit, padahal seminggu yang Dart ada tu untuk packing ke Ipoh. haih. Then 22 Nov, terus rujuk my Gynea kat hosp umra, memang sah kayap! Berjaga-jagalah mummy sekalian, pregnant women memang senang dapat penyakit, sebab sistem immune kita jadi rendah. Dart pun taktau macam mana boleh kena jangkitan kotor tu. hish. Dart tak boleh keluar rumah seminggu. Nak jalan pun sakit gila sebab naik shingles kat celah peha. Yang paling sedih bila dr cakap effect kepada baby kalau kena kayap ni. Tapi nasib baik baby dah besar waktu tu. Alhamdulillah.

Then 27 hb Nov(Sabtu), sebelum bertolak ke Ipoh, Dart ke Umra Hospital lagi sekali untuk komformkan dengan Gynea supaya Dart betul-betul fit untuk work as Government servant. Elok seminggu kayap pun dah beransur kering. Patutnya lapor diri 30hb Nov. Then Dr. cakap dah ok, tak perlu mc lagi. 

Then bila dah sampai ipoh, member Dart sarankan Dart supaya buat pregnancy checkup di sana pulak. Manalah tau jadi emergency kan. Sehari sebelum Dart lapor diri, 29 hb Nov, Dart g Pusat Perubatan Ar-ridzuan. From my side, terasa PP tu kecik berbanding hosp yang Dart g buat checkup dulu. Dr. pakar OnG pun ada 2 orang saja. Dart attach dengan Dr. Syed, i like him, sebab dia banyak terangkan dengan detail. Tapi sayangnya takda 3d scan, terasa macam tak canggih la pulok. heeeee. Tapi Dart buat detail scan semua untuk tengok Baby's condition. My dad tak galakkan sangat Dart beranak di situ sebab katanya, blood bank mesti tak ada, sebab hospital tu kecik. Haih tak larat dah Dart nak g hosp lain untuk buat chekup lagi. Sebab bila checkup ni, duit melayang, bukan nak berkira kan. Sekali p kena bayar dekat rm100 approx. Kalau dok attach kat Shah alam saja takpa. Tapi sebabkan condition Dart yang tatau nak bersalin mana kan. Terpaksalah. 

Minggu seterusnya, 6 hb Dec(Isnin), Dart buat checkup lagi sekali di Ar-Ridzwan untuk cek amniotic fluid cukup ka tak. Alhamdulillah ok. Dr. dah pesan emergency case kalau jadi apa-apa sebab Dart still drive g kerja walaupun dah sarat. Masa g chekup tu sedih juga sebab bayangkan Dart g checkup pregnancy ALONE. Lepas kerja terus ke PP tu sebelum balik rumah. Semua orang yang g sana ada teman, selalunya hubby lah kan. Nasib badan btul. Masa tu beg emergency memang ah siap dalam kereta. Patutnya Dart kena g lagi sekali ke Ar-Ridzwan ni untuk last checkup before balik ke Alor Setar.

Nak dijadikan cerita, 7 hb Dec(Selasa) 1 Muharam yang lalu, my grandfather meninggal dunia. Dart, hubby, and other siblings terus balik Alor Setar, walaupun tak sempat bersama dengan Allahyarham sebelum beliau pergi selamanya. Semua urusan pengkebumian diuruskan di rumah Dart. Alang-alang Dart di Alor Setar, Dart terus ke KMC(Kedah Medical Centre) 9 hb Dec untuk buat checkup sebab macam mana pun Dart plan nak beranak di situ. Dart attach dengan Dr. Kamaruzaman sebab my neighbour encourage suruh attach dengan Dr. tu. He's nice, but tak banyak cakap. Tapi terserlah kepakaran beliau. Kat KMC ada 3d checkup wo. Tapi dah tak boleh dapat gambar baby sebab now baby is too big to be snapped. hehe. Masa tu Dr. cakap our baby dah 3.3 to 3.5 kg. waduh. Cuak jugak Dart dengar sebab baby dah lebih 3 kilos. Mummy nya takla besar sangat kan heeee.

Banyak kan checkup? Situ sini. Terpaksalah Dart fikirkan perkara emergency kalau-kalau tiba-tiba bersalin tatau di mana kan. Sebab tu lah best kalau hubby ada..Hubby boleh tolong hantarkan, tolong jaga kita. :) Tapi Dart still bersyukur sebab member Dart sangat prihatin dengan condition Dart. Kalau takda dia, tatau lah macam mana...Sayang hang hanis!

1 comments:

namasayatihah said...

dart!!xlame lg nk bersalin kan??
all da best okay..be strong..take care of ur self dear!!!

 

Blog Template by YummyLolly.com