12/14/10

set bersalin & confinement lady

Punyalah tak tau nak pakai set bersalin apa, Dart siap buka pertanyaan di Facebook. heee. Ada yang respond set bersalin perlu! Ada yang cakap makan ja ubat dr! 


Saja gatal-gatal lalu depan kedai yang ala-ala banyak jual jamu Melayu suatu masa dulu, tanya jugak salesgirl kat situ. Macam macam review depa bagi. Ada banyak gila jenis set bersalin; Nona Roguy,   Orang Kampung, Mustika Ratu bla bla. Tapi yang paling tak tahan Sendayu Tinggi nya set. RM400 lebih wo! Berkesan ka wey? Cam tak berbaloi pun ada.

Sendayu tinggi. bapak maheiiiiii.

My parents especially mama pesan jangan makan jamu sebarangan. Sebab nanti bagi kesan kat susu badan. Boleh bikin cirit birit baby! Sebab panas kot. Mama Dart makan ubat dr ja. Dart ni rasanya suka kot berpantang, macam rasa excited nak cuba minyak-minyak urut, sebab Dart memang suka kalau orang urut-urut, belai badan sendiri heeee. Pastu tambah pulak dengan keinginan nak kurus melambung-lambung tinggi melangit, tu yang teringin nak cuba berpantang cara tradisional. Cewah. 

Tadi dapat call dari my mum, Dart ada pesan tolong tengok-tengokkan set bersalin Amway, kebetulan mama memang ahli tegar Amway, dan amway ni pulak memang boleh dipercayai(lah kot), dari segi vitamin suppliments, kek, puding semua sodap! Packaging dia pulak nampak meyakinkan. My mum dah "book" kan set bersalin Amway. Look kinda like this : 

Meyakinkan tak?

Lengkap dengan bengkung, yang penting, dengar dealer tadi dok promote , "Minyak dia bau wangiiiiiii sangat!" tutttttttt... tak sempat nak dengaq depa sembang mama dah letak tepon. Just dia nak komfomkan dengan Dart nak ke tak heeee. Harga dalam RM300+ kot. So i'll give the review selepas meletup la, nak kasi sekarang pun tak bersalin lagi. 

Rasanya set bersalin ni pun depends jugak dekat si pencuba. Kalau taknak pakai pun takpa kan. Satisfaction ni subjektif sebenarnya.

Oh btw, masa dalam pantang, Dart dah tempah confinement lady untuk jaga Dart. We need this expert lady sebab my mum still working. Balik dah petang. Confinement mum tu datang pagi, dia akan urut, tungku, pakaikan barut, basuh baju baby, masak untuk Dart n baby, jaga baby(ofkos la kan), semua lengkap. Dia akan balik petang lah kot. Her name kalau tak silap Maknjang Rosnah. Charge : 20 hari RM1200. Tengoklah macam mana nak jadi. OK ka tak ok. Sedap ka dia masak atau just bagi Dart makan ikan rebus ha ha.

1 comments:

Mooniqueen said...

Dart, boleh mintak contact no confinement lady tu ke? Email mymie_muniera@yahoo.com

 

Blog Template by YummyLolly.com