12/16/10

taman tasik Taiping


Salah satu lokasi kegemaran bila balik ke Taiping ialah Taman Tasik Taiping. Tak tau kenapa rasa sangat nyaman dan tenang bila datang sini. Bagi orang yang pernah sampai ke sini faham kot perasaan Dart. Park ni sangat bersih, rumput pun nampak segar dengan warna hijau pekat, susah nak nampak rumput yang botak di situ. Segar bugar dan healthy(subur) ja pemandangan di situ, diserikan lagi dengan pokok-pokok tua besar gedabak(kalau malam memang seram!). Boleh nampak orang beriadah, berdating, tangkap gambar outdoor kawin, yang paling sweet bila tengok family ramai-ramai bentang mat dan picnic dengan bahagia. Dart rasa situasi ni kat japan banyak, tapi susah nak dapat kat Malaysia. Mungkin park kat sini tak banyak dan cantik. Filem SEPI pun pakai taman ni buat shoooting kan! mantop.

i love.

Minggu lepas berkesempatan datang ke taman tasik dengan mak mertua dan hubby. Sejak dok kat Ipoh ni rajin beno la aku balik Tepeng ha ha. Bila petang-petang bosan dok rumah, jalan-jalan la di taman ni. Sempat jugak snap some precious maternity pictures with hubby sebelum Dart kembali kurus. I guess gambar ni would be my last during pregnancy. Dart pun dah 38 weeks. Tunggu masa ja nak meletop. Cuma tak sempat nak ambik gambar maternity secara serious dengan proffesional photographer. Next time mungkin. 

precious.

bye-bye big tummy.

Bila dah kawin dengan orang Tepeng mestilah / wajib kot tangkap gambar outdoor di situ. heeeee. Termasuk lah Dart n hubby. Outdoor potraitures kami tangkap kat taman tasek ni lah jugak. Dart tak sempat nak sort out balik gambar kawin, sebab terlampau busy. Lepas kawin terus honeymoon, minggu depan tu terus start kerja. Oklah, lepas ni kena kutip balik dekat facebook yang mana orang tag. Sayang pulak rasa. Especially masa preparation 2 minggu selepas balik ke malaysia. 


forever.

3 comments:

adi said...

OMG...i miss taiping.kalau dart dah selalu gi taiping ada signature lain mcm kat japan gak la certain area ada speciality food.kalau ckp food org ingat doli.tapi bagi akak,aku ingat pasembor and cendol taiping.ahaha..ngidam la plak .. en hubby dah bawak jalan pegi sekolah dia ka belum? haaa...dekat ja dgn taman tasik tu.nama sekolah pon taman tasik.. hah..dulu masa kecik2 mmg parents bawak kami main dekat situ best sgt.tmpt lain mana ada mcm tu.skank bila akak balik taiping,WAJIB bawak anak2 pegi dgn husband main2 di taman tasik sambil picnic ngan mama.. wahhhh..rindu.thanks sbb posting citer taman tasik... and GOOD LUCK.CONGRATULATIONS ON YOUR NEW BORN.kita belum kesempatan nak jumpa.ada rezeki,bila2 kami lawat baby dart n hasrul...TAHNIAH my fren

kambingCun said...

hi kak dart. nak tanya photographer kak dart ambil sape ye? TQ! :)

kambingCun said...

hi kak dart! nk tanya photographer masa wed kak dart sape ye? yg ambil kt tasik taiping ni..

tq! :)

 

Blog Template by YummyLolly.com