1/20/11

tidur lena seperti bayi?

Kita sememangnya biasa mendengar ungkapan ‘tidur lena seperti bayi’ diungkapkan dalam perbualan yang mengaitkan kualiti tidur yang optimum. Namun tahukah anda bahawa bayi sebenarnya akan terjaga setiap dua atau tiga jam setiap malam dan mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur semula? 
source : Tidurlah...anakku sayang
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

Pergh. Keadaan ni lah yang terjadi kepadaku. Baby Hayyan susah sangat nak tidur JERAP. Eh, perkataan ni orang utara ja kot pakai? Bahasa bakunya, tidur tak lena/nyenyak. Memang dah sedia maklum, newborn babies akan jaga setiap 2/3 jam, tapi baby Hayyan ni...lain sikit. Dah la 2/3 jam tu memang wajib nangis mintak susu, tak masuk lagi antara 2 jam tu nangis berak/kencing. OK, boleh tahan lagi, yang tak boleh tahannya, sementara nak tidur dengan nyenyak, Hayyan merengek boleh dikatakan setiap 15min. Eh tu pun kira lama tu. Kadang-kadang, 5 min pun tak sampai dia dah gerak-gerak menyebek. Wow. Kalau tak ditepuk, Hayyan akan nangis lagi kuat. Kadang tu, ubah posisi tidur dia, dia akan senyap. Kadang-kadang bagi puting, senyap. Kadang-kadang lagi kuat nangis kalau letak puting! Mana satu anakku? Begitulah keadaannya. Mama Dart kata, Dart dulu pun macam tu. Kami dulu semua tidur dalam buaian/cradle. Tangguk Dart sampai berejam, tapi mata Dart dok terbeliak jugak. Last-last, penangguk tu yang tidur lena. heeee. 

Macam-macam cara yang Dart cuba. Banyak juga pendapat kawan-kawan di facebook;
  • sapu minyak yu-yi/minyak angin sewaktu dgnnya di tapak tangan, perut dan tapak kaki. -  DONE
  • pakaikan bendul (macam batu seremban tu dalam ada kacang ijau) kat leher. so anak dia xmudah terkejut n ttdo dengan lenanya=) - BIAR BETUL?
  • bedung baby - DONE
  • ajar baby tidur meniarap - DONE
  • tidurkan baby dalam BUAIAN - ............?
BUAIAN? 


Ada juga berpendapat tidur dalam buaian tak elok/tak digalakkan. Sebab bila kemana-mana susah. Anak tak boleh tidur kalau tak ada buaian. Ada betulnya. Buaian penyebab kerosakan pada otak. Betulkah?Kami 4 beradik tidur buaian takda rosak pun otak. 2 orang selamat jadi doktor. heh. Mungkin, bila buaian tu terbalik ka, menyebabkan kecederaan kepada baby. Ramai cakap biarkan saja anak tidur meniarap lebih bagus. Tapi bila difikirkan, kenapa buaian ni wujud??? Kalau la keadaan baby macam baby Hayyan, alamatnya mummy Dart dok kena belek dia 24 jam. Last-last tak boleh nak buat apa. Dart sekarang ni pun risau, malam-malam bukan setakat tak cukup tidur, rasa macam tak tidur langsung. Kalau boleh lena setengah jam tu dah kira berssyukur sangat! Nasib baik mama Dart yang amik turn jaga Hayyan tengah malam. heeeee. 

Dart risau, nanti nak kena jaga anak sorang-sorang lepas habis cuti. Hubby jauh, family jauh. Kerja rumah kena buat jugak. Masak? Nak mandi pun dalam kepala fikir sapa la nak tengokkan Hayyan nanti. Kalau macam ni gayanya, Hayyan tidur tak lena, memang kena belikan buaian.  Mama n papa Dart memang dok suggest dari dulu lagi suruh tidurkan Hayyan dalam buaian. Senang nak buat kerja lain, and plus, Hayyan pun akan tidur lena. 

Nak dijadikan cerita, harini Dart balik kampung. Di rumah nenek, memang ada buaian nenek belikan untuk majlis berendoi dulu. Berendoi abang Dart balik dari Liverpool hokey ha ha. Then kami try tidurkan Hayyan dalam buaian. Memang terbukti, Hayyan tidur lena 3 jam straight! Macam biasa kalau dia bunyi, just hayunkan buai, then terus senyap! Wow. Balik dari rumah nenek, terus kami beli buaian. End of the story. ha ha. Persetankan lah segala pendapat orang mengatakan susah nak bawak jalan. Susah-susah sangat, sangkut spring kat penyangkut baju dalam almari heeee(ni pengalaman member Dart. lawak).

Ni buain stail apa ni? 

Look at him!
Dah 5 kilo ya baby Hayyan. Susu tak pernah cukup! :p

3 comments:

cujen said...

ni buaian stail apa??

hahhaha.tu buaian stail org banjar/jawa... dulu2 nenek i selalu wat camtu kat adik2...tp pastikan baby mmg dah pandai duduk..kalau mcm hayyan tak boleh kot..

chop...
gambar last tu pic hayyan ke?
tembamnye pipi!!!!!

haniekunie said...

emm bamm2 nye! geram!

Dyana Muz said...

dart,k.dyana pn bg 2d baby ni tdo buai sbb asyik nk kena riba ja..insyaallah xdak effect apa2 kot..jgn dok tangguk kuat2 dh la kn=D..
satnya dh 5kilo baby Hayyan..xabih pantang lg ni kan?

 

Blog Template by YummyLolly.com