1/17/11

not a spoiled princess anymore

i am not complaining. But its just that this new phase of life is a bit tough for me. Sebelum ni, in fact dari awal pregnant, sampai la baby Dart dah nak masuk sebulan(lagi seminggu, phew cepatnya masa berlalu), Dart dilayan macam puteri raja. I mean, Dart tk perlu nak susah payah buat kerja berat. Kalau buat kerja lebih sikit, orang lain dah concern lebih takut penat la bla bla. Bila dalam pantang, lagi lah menjadi-jadi. Dart nak berjaga malam susukan baby pun mama Dart cakap tak perlu. Biar mama yang setelkan. I feel thankful to mama. Mama Dart everyday tidur dengan Dart, sanggup tidur atas lantai bertilamkan comforter(baby Dart tidur kat bawah sebab kelambu boleh sangkut di situ saja). Dart sedap-sedap tidur atas katil empuk bagai. So far, misi nak exclusive BF agak fail sebab Hayyan sangat-sangat kuat menyusu sampai tk sempat nak pam dia dah bising. So dah jadi campur aduk. But alhamdulillah, Hayyan still nakkan susu mummy dia sampai tk boleh tidur kalau tk menetekkan dia. 

Rutin jaga baby pulak so far, confinement lady yang Dart upah uruskan semua. SEMUA ya. Dari pagi pukul 9 dia datang, terus mandikan baby, then mandikan MAK baby. he he. Susu pulak kalau Hayyan dah bising-bising menjerit adik, mama, or hubby bila dia ada akan uruskan. Basuh baju baby pun mak bidan tu uruskan. Masa 2 minggu awal Dart tensen sangat. Sebab teringin nak jaga baby tapi semua orang tak kasi. Lagi pulak sebab luka episiotomy tak baik-baik. Sakit menyucuk-nyucuk. Sebabnya, Dart ada masalah constipation! Sembelit, Buasir, susah gila nak berak sampai satu hari Dart nangis sorang-sorang dalam toilet sebab tk boleh nak keluarkan poo poo. Sigh. Lepas tu terus luka jadi bengkak balik. Damn.

Today, Confinement lady tu dah tak datang sebab ambil 20 hari saja. Tu pun dah habis rm1500. Tapi puas hati lah sebab smua benda terurus. Nasib baik harini dan esok mama Dart cuti. Pagi tadi, Dart rasa mengantuk dan gloomy sangat macam malas nak bangun. Pukul 9 mama Dart mandikan baby, kemas semua dan tidurkan baby. See. Sampai sekarang im not on my own lagi. Esok i have to try on my own untuk mandikan baby, uruskan semua hal baby sendiri. Lusa memang dah takda siapa nak buatkan. Mama dah start kerja. Tapi alhamdulillah, luka jahitan dah tak terasa. Dart dah boleh bergerak laju ke hadapan he he. Tak la bila bejalan pun terasa sakit. Kadang-kadang panik bila kena tinggal sorang, Ya lah, hubby jauh, mama papa kerja. 

Masa sebelum ada baby, kita boleh lagi untuk jadi selfish walaupun ada husband. Senang saja nak handle husband kan? Still boleh bermalas-malasan. Malas masak, alah beli kat kedai pun boleh. Malas kemas rumah, tak apa esok pun boleh lagi kemas. Malas apa pun still ada ruang untuk esok.

Tapi bila dah ada baby, kalau malas macam mana? Anak mungkin mati kelaparan. Memang dah tak boleh lagi hidup berhoneymoon macam dulu. So Selfish! Tidur pun makin tak cukup. Tak apa, sementara nak biasakan diri. Phew. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

love u both so much.
Will try my best to be the best wife n mommy.

3 comments:

lumpkins said...

gambare mama dart....

haniekunie said...

pengorbanan seorang ibu.. sebab tu nabi sebut ibu 3 kali.. satu pengalaman baru, akan sedar banyak perkara baru dan lama

go dart!

nic@ said...

good luck dart!

 

Blog Template by YummyLolly.com