2/24/11

hayyan's 1st trip to melaka

Weekend lepas, Hayyan got his 1st chance to visit melaka! Tok(mama dart) ada international convention apa tah di melaka dan tok sangat sangat rindukan hayyan, so kami bawaklah hayyan jumpa tok walaupun sekejap(12 mlm sampai 9 pg), tapi sangat happy! Kami ambil kesempatan yang ada ni untuk bawak hayyan jalan-jalan cari makan. Dart seriously tak expect melaka sangat-sangatlah di dalam zon bersih! Susah nak jumpa sampah, jalan pun macam kena vacuum ja segala habuk! Mantap n respek aa ketua menteri melaka. u've done great job to ur citizen! Actually banyak lagi tempat yang teringin nak round round dalam bandar melaka, tapi tak boleh dedahkan hayyan di luar sangat sebab cuaca panas terik sangat! Kami sempat rasa makanan nyonya dan yang paling best, cendol terbaikkkkkk depan jam merah besar. Cendol tu dengar kata sangat famous masuk berita segala. Nama pun sempoi aja "CENDOL JAM BESAR". eheh. Lepas tu, kami terus lari ke mahkota parade sebab cuaca yang tak memberangsangkan. Takut kang demam pulak budak kecik tu.

nice nyonya food and cendol jam besaq!
hayyan's top : old navy

nice melaka. 

Then petang-petang , rileks-rileks saja layan sunset, main-main dengan hayyan sambil layan uncel Danial main control car. Hotel kami dalam perkampungan Portuguese. Tepi laut aja. Petang-petang layan goreng pisang cicah sos kicap. AAAaaaa yang ni pun terbaikkkkkkkkk. Dart 1st time makan goreng pisang berkuah! Di utara, kami tak biasa makan goreng pisang macam tu. Goreng pisang di kedah kontot-kontot n manis, lagi baik kalau dapat yang goreng sampai hitam belegam! Melaka goreng pisang macam ala-ala masam skit, so terbaik ah bila cicah sos kan! Suka sangat!

main-main.
romper : baby b'gosh

sunset dan goreng pisang sodap!

Malam kami terus ke restoran muara sungai duyung yang disuggestkan oleh ili, my fren. Oklah, boleh tahan sedap dan murah! So far, trip ni best sangat sebab 1st time bawak budak walaupun agak banyak persiapan yang kena buat. Siap susu anak, siap baju, pampers segala phew.
2/22/11

new mommy!


on the way to the curve
top : old navy
pants : old navy

Hi! Tak tahulah nak cakap macam mana...tapi adakah perasaan ni dart rasa sorang? Selepas bersalin, terasa diri sungguh tidak terurus, hodoh, serabai, serabut, mandom dan sewaktu dengannya. Mungkin my own time sudah diberikan sepenuhnya 100% kepada baby hayyan. Setiap kali try seluar lama, mesti sedih. Tarik seluar sampai takat peha dah tk boleh masuk. Stretch mark yang tak hilang-hilang sampai ke sudah, perut yang still ada lebihan gelebeh, rambut yang panjang macam hantu, muka sebam, muka nampak letih, mata bengkak, and so on. Adakah dart yang tak reti nak membahagikan masa sampai tak ada masa untuk mengurus diri sendiri? 

Selalu mama dart pesan diri sendiri mesti kena jaga, bangun setiap pagi buat sit up, bersenam, jangan dok belek anak 24 jam, tapi, still rasa tak mampu lagi nak jadi macam tu. Mungkin baru lagi kot. Baby pun tak masuk 2 bulan lg. Ni baru anak sorang, tak tau lah ke 2 ke 3, alamatnya......haih mintak simpang.

intan payung sungguh!

Dart buat keputusan nak berubah, jaga diri tapi sedikit demi sedikit lah, why so kalut kan? Bukan nak ke laut pun. I made decision untuk start dengan rambut dahulu. Chop it offfffffffffffff. Hubby tak suka sebenarnya dart rambut pendek, tak ayu dia kata ha ha dah memang tak ayu pun dari dulu tak payah berpura-pura. So, i pi potong rambut di hairkunst @ the curve. women's day hari rabu ya diskaun morah.  Tapi bukan bambang lah potong sebab dia director bz nak mampos kalau nak dia potong stock kena tunggu buat reservation dulu. Dart potong bob style, senang nak jaga. As my review, still susah nak cari salon yang best macam masa dart di japang dulu. Cakap aja style apa insyaallah akan jadi. So kali ni, tak la memuaskan sangat, tapi malas nak layan, layankan aja lah result dia. tak la setaraf dengan salon yang claimed to be official salon for Akademi Fantasia. So, lepas ni tak pi dah salon tu. Must try other salon.

Minat sangat rambut hunny madu ni, sebelah pendek sebelah panjang.

 photo credit to hunny madu's blog

sebelum dan selepas. eheh. biasa ja kan?

 siblings.


couple.

what i wear :
top, pants : uniqlo
belt : alang's
bag : Coach
slipper : sanuk

almost 2 months old - progress

1month vs 4month

-so far semua orang cakap hayyan besar, semangat, bambam, michelin, bla bla. tengok ajalah gambar di atas. memang besar pun. masa dart g cucuk hayyan untuk 1 month, dr dah pesan, hayyan dah overweight!
-amount susu hayyan dah meningkat ke 4 oz. Masa 1month, dart campur susu badan dengan susu formula. Masa newborn dart cuba similac, then tukar ke enfalac a+. terbaekkkk. harga pun terbaekkkk.
-hayyan dah pandai staring at mummy n daddy! dah bagi response kalau kita dekatkan muka n playing with words n face expressions! Bila buat muka ja, hayyan akan senyum lebar! kadang-kadang dah cuba keluarkan suara manja. Mengekek tu belum lagi, tapi dalam masa terdekat ni kot.
- Masa newborn, asyik tidur aja kalau tak tidur, menangis. Takda pun masa hayyan duduk senyap, behave. he he tapi sekarang hayyan dah mula pandai senyap n behave especially lepas minum susu! dart akan letak mobile playground dekat hayyan dan dia akan main sampai bosan!
- Hayyan dah boleh response to various sounds. So dart bagi bunyi rattles, toys yang keluarkan bunyi supaya hayyan lebih peka.

rutin harian :

-mummy dart akan mandikan hayyan 2 kali sehari, tepat pukul 9 pagi dan 6 petang. Hayyan suka sangat bila mandi!
-hayyan minum susu 6 kali sehari setiap 3 jam ; pukul 3, 6, 9, 12 am and pm. tapi bila dah naik 4oz., cuba kurangkan ke 5 kali sehari, selang 4 jam.
-hayyan dah kurang meragam but still susah nak trigger untuk tidur. malam dah boleh tidur atas katil.

so far dart dah biasa dengan babysitting. and loving it to bits!
2/21/11

freaking happy!

Last week i went to my 2nd cousin house for lunch treat at usj 6 and my aunt told that zahirah, also my 2nd cousin is now currently a makeup artist for m.a.c at sunway pyramid. Sebelum ni she was in chanel. Masa zahirah di chanel, i used to get free samples, lipticks which sampai sekarang tak abis-abis. Banyak sangat! Bila zahirah kat mac, time to get free samples(oh lupa, mac takda sample, yang display semua packaging sama macam the real product), discounts yeah. Tapi betul cakap zahirah, dia punyalah muak tengok makeup. Setiap kali product baru launch, dia akan dapat like 5 ketul for personal simpanan. Muak muak. hehe. Anyway sungguh happy dapat ini semua. Taktau bila nak habis pakai. 

A tartan tale eye shadows n face highliter for FOC!
(baru kena calit-calit sikit ja)

discounts for new 5 pigment eyeshadows, 6 lip glosses(alang curik satu!), 
mineralize duo eye shadow and concealer!
(tapi dah kena bising dengan hubby beli banyak sangat! dah murah kan....:p)

Lepas ni nak apa lagi ya? teheeeee.

hayyan's baby shower

sementara tunggu para hadirin

12 Februari 2010

Salam...minggu lepas kami ada buat makan sikit-sikit sempena masuk rumah baru dan meraikan putera sulung kami. Makanan kami kasik caterer yang uruskan, lebih kurang untuk 50 orang makan. Makanan yang disediakan adalah lontong, so far semua orang cakap not bad, sedap. Saudara-mara dan kawan-kawan datang memeriahkan majlis, ada yang datang bawak hadiah untuk Hayyan. Thanks semua sebab sudi datang, walaupun rumah yang kami baru pindah ni belum lengkap dengan perabot-perabot. Semua bantai makan atas lantai. Nak buat macam mana. Kalau beli perabot kalut-kalut pun no point. Rumah baru dart ni, almari pun belum ada lagi. Baru aja cat di bahagian bawah. Nama aja rumah baru masuk, tapi rumah ni sebelum ni orang dah sewa 7 tahun, tak jaga langsung sampai penuh anai-anai. Damn! Sebab almari takda, semua baju still tersimpan dalam kotak lagi. Banyak lagi kotak yang belum di unpack. Still have much to do with this home. Walaupun begitu, hati tetap rasa bahagia. he he.

tetamu yang hadir. Thanks korang!

Mummy loves you!
2/18/11

i know my son well enough.

Jangan sesekali mempertikaikan gaya hidup/cara orang lain.

Bila aku ajar anak tidur meniarap, ada sebabnya.
-salah di sisi agama tak ikut sunnah nabi, tak elok, memang lah, dah kalau anak tidur tk jerap, dengar itu terjaga dengar ini terjaga, 24jam aku nak kena tepuk dia? aku pun ada benda lain nak kena buat. Macamlah sampai ke besar tua nak tidur meniarap kan.

Bila aku ajar anak aku isap puting, ada sebabnya.
-anak aku manja. habis cerita.

Bila aku ajar anak aku tidur dalam buaian, pun ada sebabnya.
-dah cerita dalam post sebelum. sakit telinga bila kena perli, "tu la...pandai lagi ajar budak tidur dalam buaian..kan dah susah nak tidur kalau takda buaian.." so what? Bukan aku sengaja nak ajar buaian tu. Kalo boleh aku pun tanak.

Bila aku pasang aircond like 24/7 untuk tidurkan hayyan, pun sebabnya dari kecik dia tak tahan panas kot.
-sejak masa dalam labour room lagi dah wujud ekon sampai aku pun menggeletar kot.


we have our own style, kan? Anak aku, aku yang jaga, aku yang beranak, aku berhak buat apa aku suka. Kalau just tengok aja, jaga sikit-sikit tak payah cakap banyak.


So, pedulikan apa orang lain kata.

playing with daddy.
2/17/11

M.A.C Tartan Tale - A Lady & Her Tricks Buff & Line Brush Collection review







There's application, and then there's all those tricks that come with it! Buffing and lining go perfectly with these: the 168SE, 187SE, 209SE, 219SE and 252SE! A limited-edition collection presented in the fabulously plaid multi-tartan/black patent bag, with heraldic crest and metal rivets. 


It’s a kit with a studded plaid bag containing travel-sized versions of MAC’s 168 Angled Contour Brush, 187 Duo Fibre Brush, 209 Eye Liner Brush, 219 Pencil Brush and the 242 Shader Brush.



Kinda dissapointing to me. Sebab utama beli this kit sebab :


187 duo fibre brush. 

Kalau brush tu beli asing, harga dalam rm180 ala carte! phew. Memang mahal. Tapi bila dah brush tu ada dalam set, dan harga pulak rm250 dapat lagi 4 brush lain(takla murah tapi cam berbaloi), tu yang beli jugak. Banyak kali fikir sebenarnya patut beli ka tidak tapi disebabkan nafsu tu melebihi segalanya, beli jugak. 187 brush ni sangat praktikal actually, boleh pakai from applying toner, moisturizer sampai lah foundation bagai. Sebab Dart mesti lepas basuh muka takkan tinggal applying base for my face. So amat berguna lah. TAPI....bila try tartan 187 ni....rupanya syntetic brush ja....cis tertipu! Kalau brush yang jual asing, material dia natural hair yakni, sangat sangat lembut bila apply kat muka. Rasa best sangat! Ni dah nama pun syntetic, tak la selembut the original 187 brush, plus keras skit! Saiz dah la dikecikkan dari yang asal. Haih. Sabaq ajalah. Kesimpulannya, macam agak rugi, walaupu dapat free sling bag. Alah, setakat bag, macam tak perlu. Yang other 4 brushes tu ok la..takla rasa beza sangat. Beli punyalah dah lama sebelum bersalin, tapi baru boleh sempat try minggu ni heeee. 

hayyan balik kampung

Kampung Dart dekat ja. Dari rumah setengah jam sudah sampai. Masa Dart still dalam pantang, Dart balik jenguk tok Dart yang still dalam idah, still sedih untuk tinggal rumah. Tok dart teringin sangat nak tengok Hayyan, so hantam naik kereta untuk jumpa, tidur sana. Yang bestnya, semua barang adik and mama Dart siapkan, sampaikan pintu kereta pun bukakkan untuk dart. Best betul la masa pantang. Tapi boring gak kadang nak buat kerja tak boleh ;p

Hayyan with aunty lang.

portait.

hayyan's 1st flight ever!

Hi I'm ready to board!

Belum pun sempat habiskan pantang 44 hari, mummy Dart dah terhegeh-hegeh blik ke pangkuan suami. Dart berpantang di Aloq Setaq, kebetulan 28 hb Januari ada kenduri sepupu di Kajang, so parents Dart ambil keputusan hantar Dart balik ke usj. Masa tu tak silap baby hayyan baru 38 hari. Dart pun duduk atas wheelchair. Mama Dart tak bagi Dart berjalan banyak dalam airport. Memang heaven! Tapi semua orang tengok pelik masa Dart kena tolak atas wheelchair sebab tak nampak sakit pun ha ha. 

So far, baby hayyan sangat-sangat behave dalam flight. alah, tak la lama mana pun, Alor Setar - Subang sejam ja. Hayyan tidur all the time, Mama Dart yang pegang dia, kalau dia terjaga ja mama Dart terus sumbat susu heeee. Good boy!


on board.

Mummy n Daddy.
2/14/11

back on track; unifi review.


Phew. Rindu nak tulis blog lagi. Tapi sebelum ni internet connection caca-merba. Dari Celcom broadband(boleh la...laju biasa-biasa, senang untuk Macbook nak connect), selepas itu beralih arah ke YES brokbeng. Gila babeng mahal! YES internet ni laju weh. Sangat memuaskan, kira tengok youtube boleh sekali harung la tak payah pause dulu then pi buat dulu so call kerja rumah-masak-basuh kain dulu then baru tengok. Masalahnya, YES ni pakai macam prepaid. Kita bayar per usage. Sekali top-up aritu rm30 for 1 GIG ONLY. Kena pulak kaki tengok video. Belum lagi buat kerja gila dulu kat Japang download berpuluh GIG ! 2 hari saja baki tinggal RM 4. Wudda! Kena pulak Dart bodo tak baca readme untuk install ke macbook. Last-last takleh connect. Terpaksa guna laptop hubby. Dalam laptop hubby takda gambar yang Dart nak upload. Kena pulak lagi adik Dart ikut Dart balik usj, mau berebut internet! Last-last malas nak update blog. 

Neways, guess what dart baru menjadi pengguna UNIFI! Oleh sebab Dart n hubby baru pindah rumah, dan kami akan menetap di sini lama kot, sampai anak 3 dulu sebelum beli rumah sendiri. Walaupun amik pakej yang paling koro, tapi so far puas hati. Biasalah, sebab guna fibre optik punya wayar nipis nak mampos, so lajulah(guna piawai youtube tengok tak payah tunggu ha ha).

Kami amik pakej ;
-rm149 per month
-5 MG internet connection
-unlimited(download lah sebanyak mana movie pun)
-WIFI included
- HD TV macam astro -13 channel
(walaupun ada 13 channel, tapi takda AXN tu yang paling frust! Channel CLEAR nak mampos serupa langgan Astro beyond, tak pakai TV hd pun takpa. Plus, sapa layan bola mintak mahap, channel bola pun takdak!)
-FREE 1 telefon, dan FREE fixed line call ke Seluruh Malaysia.

So, bila dah ada WIFI, memang senang tak payah berebut lagi dengan adik dan hubby walaupun ada sorang satu laptop. Nampak sangat laptop i disukai ramai ha ha. 

UNIFI sekarang ni still unlimited download. Dengar kata nanti sapa yang lambat akan ada limitation. sebulan 60GIG kot ha ha. Tu pun tak larat nak download aih. Oh, malasnya nak balik ipoh. Suka nya dapat cuti 90 hari spending my entire days with hubby dan anakku! Bahagia. Bila fikir nak masuk keja balik, sedih. Argh.
2/2/11

new handbag!

it's been a while since my last post. macbook i tak bleh c0nnect br0adband YES baru(b0leh tahan laju jugak.) s0 terpaksa guna lappy hubby yang ng0kngek ni! anyway bila dah jadi mak, maka tiada lagi beg tangan halus-mulus. b0leh, tapi 1 lagi beg khas untuk baby is needed. 2 beg sgt menyusahkn! Susu, diaper baby, mana nak letak?? S0 i decided t0 make my baby's bag als0 t0 be my handbag f0r the time being. nanti bila baby dah bes0 sikit, guna handbag balik. pemalas jugak mummy dart! 

intr0ducing my new handbag!
tara!

carter's BABY diaper bag!
h0wdy?

sangat praktikal selain amat c0mel! Lengkap dengan plastik alas untuk diaper change! me l0vin' it !

 

Blog Template by YummyLolly.com