Phew. Rindu nak tulis blog lagi. Tapi sebelum ni internet connection caca-merba. Dari Celcom broadband(boleh la...laju biasa-biasa, senang untuk Macbook nak connect), selepas itu beralih arah ke YES brokbeng. Gila babeng mahal! YES internet ni laju weh. Sangat memuaskan, kira tengok youtube boleh sekali harung la tak payah pause dulu then pi buat dulu so call kerja rumah-masak-basuh kain dulu then baru tengok. Masalahnya, YES ni pakai macam prepaid. Kita bayar per usage. Sekali top-up aritu rm30 for 1 GIG ONLY. Kena pulak kaki tengok video. Belum lagi buat kerja gila dulu kat Japang download berpuluh GIG ! 2 hari saja baki tinggal RM 4. Wudda! Kena pulak Dart bodo tak baca readme untuk install ke macbook. Last-last takleh connect. Terpaksa guna laptop hubby. Dalam laptop hubby takda gambar yang Dart nak upload. Kena pulak lagi adik Dart ikut Dart balik usj, mau berebut internet! Last-last malas nak update blog.
Neways, guess what dart baru menjadi pengguna UNIFI! Oleh sebab Dart n hubby baru pindah rumah, dan kami akan menetap di sini lama kot, sampai anak 3 dulu sebelum beli rumah sendiri. Walaupun amik pakej yang paling koro, tapi so far puas hati. Biasalah, sebab guna fibre optik punya wayar nipis nak mampos, so lajulah(guna piawai youtube tengok tak payah tunggu ha ha).
Kami amik pakej ;
-rm149 per month
-5 MG internet connection
-unlimited(download lah sebanyak mana movie pun)
-WIFI included
- HD TV macam astro -13 channel
(walaupun ada 13 channel, tapi takda AXN tu yang paling frust! Channel CLEAR nak mampos serupa langgan Astro beyond, tak pakai TV hd pun takpa. Plus, sapa layan bola mintak mahap, channel bola pun takdak!)
-FREE 1 telefon, dan FREE fixed line call ke Seluruh Malaysia.
So, bila dah ada WIFI, memang senang tak payah berebut lagi dengan adik dan hubby walaupun ada sorang satu laptop. Nampak sangat laptop i disukai ramai ha ha.
3 comments:
serious, office aku pakai unifi, mmg laju tak terkata, bila pi tempat yg tak pakai wi-fi (walaupun relatively laju jugk la) jadi rasa nak marah hahahaha
info ini membantu!
aku tengok cari internet service yang best untuk subscribe balik nanti.
tak boleh hidup tanpa internet woo. Nak tanya sikit,
1.Kiranya, sama laju dengan internet Jepun tak?
2. Kalau time hujan atau malam-malam, ada gangguan tak? lembab kalau nak compare dari siang ke. esp wireless/wifi.
thanks!
:)
jawapan ;
1. ummm nak kata sama tu tak la..but still laju..kalau nk lagi laju amik yg 20MG. tapi yg 5mg ni pun dh ok...
2. hujan takda gangguan sbb dia fixed line...wifi pun so far tak sangkut2...smooth ja...
Post a Comment