4/26/11

BF mission. I've failed. period.

Well, this entry gonna be long.

Hayyan, mummy was so sorry for not breastfeeding you now. I feel damn bad. 

Tengok sekarang, Hayyan dah kena demam panas. Jangkit dengan member-member seperjuangan di rumah pengasuh. Kalaulah sampai sekarang mummy still BF sayang, sure/insyaallah Hayyan kuat kan. It is sooooo sad and tragic for me to see anak kecilku yang tak reti apa-apa batuk, gelema/kahak penuh dalam kerongkong, susah nak benafas, badan panas sikit lagi nak macam oven. Hayyan baru masuk 4 bulan semalam, kecik lagi! 

Let me share my failed BF mission. Phew.

Awal-awal, sebelum hayyan keluar jenguk dunia lagi, Mummy dah tanamkan dalam jiwa, dalam minda, dalam benak hati that i just wanna breastfeed you no matter what. Semua persediaan from PHYSICAL side dah disediakan. Beli set pump yang elok(actually my bro yang hadiahkan-Medel Swing) dan mahal lagi! Dalam angan-angan masa dalam pantang, bila dah masuk kerja semula, i will pump my EBM curi-curi takut orang nampak(malu lah konon), simpan dalam cooler, bawak balik rumah dan feed hayyan. Tapi semua benda tu tak berlaku!(Aku cuti 3 bulan). My EBM pun dah takda langsung. Jealous bila tengok mummy lain yang ada banyak stock like berpuluh-puluh botol dalam freezer. Hayyan hanya bertahan selama 3 bulan! Cukup-cukup cuti dalam pantang and now he is now fully formula-feeded! Damn.

I don't know why it actually happened. 

My EBM banyak. Melimpah-ruah alhamdulillah lah boleh dikatakan. Kalau tak pump pon bila pakai breast pad yang shell tu penuh la kiranya. Punyalah banyak susu. Masa 1st month, memang i had fully breastfed him. Sebelum pump ada(pump order direct from UK), hampir bengkak susu sebab susu banyak terkumpul. Tapi thank god i have a father entitled "Dr". My dad yang tolong perahkan susu hayyan MANUALLY. Damn malu gila tapi tak apalah. Dr. lebih memahami anatomi tetek kot. ha ha. Papa picit-picit and ajar Dart cara-cara nak perah susu dengan betul. Rasa macam lembu pulak ha ha. Tapi lepas tu hilang bengkak susu. Perah manually pakai tangan pun boleh ber"Oz." kumpul stock. Bila pump sampai, lagilah senang kerja ku. Tapi, Dart tak puas hati sebab terasa tak pump sepenuhnya. I felt that corong/kon pump dart tu terlampau besar. 

I did makan benda-benda yang boleh stimulate susu macam sayur hijau, lobak putih, minum susu lactating banyak semata-mata nak membanyakkan susu.

 Hmm. but kenapa susu tak ada sekarang??

Ceritanya begini. Masa dalam pantang, i was emotionally unstabled. I couldn't control myself. Sebelum beranak, i admit that i'm a quite selfish person. Buat apa yang aku nak buat tanpa fikir orang. So bila dah ada hayyan macam terkejut sikit kot sementara nak compute. Hayyan seorang anak kecil yang terlampau kuat menyusu. Tidur tak jerap pulak tu. Letih sangat bila kita sepatutnya nak rehatkan diri dari sakit beranak(sakit beranak tu ok, sakit luka yang tak tahan), tapi end up tak boleh tidur malam. Bila menyusu, Dart akan duduk atas katil which lepas tu sakit sangat badan dan di bahagian bawah. Luka dart besar sebab hayyan besar sikit, tambah pula Dart kena buasir. Bila berak aja, akan effect kat luka tu. Luka yang patut sembuh dalam masa 2 mingu, tak sembuh-sembuh. Bila jalan, sakit. Bila menyusu pun sakit sebab duduk! Menyesal tak angkut sofa masuk dalam bilik. Sofa lembut sikit, takla sakit bahagian bawah. Dart senang give up kot. Asyik nak kena menetekkan dia like 24/7 baru nak kenyang kot. Seriously kesian bila tengok dia nangis-nangis serupa anak tak cukup makan. Memang tak cukup! Masa tu kami terpaksa feed him with formula milk untuk tambahkan stock. Hayyan akan jaga sejam sekali macam tu la. Stock-stock Dart yang dah pump, kami terpaksa bagi dia minum malam. Sebabnya - Dart dah tak laratt nak berjaga malam bersengkakng mata. Selfish kan? Selalunya stock akan habis cepat dan even tak cukup! Macam mana tu? Tak cukup kuat kan saya? Nasib baik masa dalam pantang 20 hari hayyan tidur dengan my mom. Belum tidur dengan mummy. haih. 

Sebab apa kata i cepat give-up? Ya lah, patutnya Dart direct BF dia ja kan masa dalam pantang. Buangkan perasaan letih, sakit, tapi apakan daya. Dart pun manusia. Bila malam ja, Dart dah taknak bangun susukan hayyan. I mean, direct BF lah. My mom yang akan bancuh susu and i will sleep. Eh tapi siang, i still BF him. 

Bila masuk 38 hari, i moved to Subang to stay with my hubby. Masa tu pantang pun belum habis. Naik flight pun berjaga-jaga, siap kena sorong naik "wilcha" lagi! Keadaan semakin teruk di mana masa tu, kami baru pindah masuk rumah tu. We had no sofa, katil and what so ever stuff yang seorang new mum perlukan untuk keselesaan. I slept atas toto nipis ja. Bayangkan bila nak BF hayyan, masyaAllah sakit gila belakang. Sofa takda, katil ada kat atas single ja la. So, bila dart rasa sakit belakang, dart akan bancuh susu kalau hayyan lapar. Teruk kan? Tapi tak tahan sangat sakit sebenarnya. Keadaan yang membuatkan dart tak kuat. I was supposed to be strong. 

Lama-kelamaan, susu formula lah yang menjadi kesukaan anakku. Bila dah masuk 2 bulan lebih, Hayyan dah mula buat muka pelik bila mummy BF. Mesti dia fikir "ah, susu mummy sikit sangat, takkan cukup and kenyang punyalah!". Bila BF ja, kadang-kadang sampai nak termuntah anakku sebab dok sumbat sangat puting kat dia haih. So Dart jadi sedih sebab anak tak nakkan kita. Secara tak langsung effect my EBM stimulation.

Kesimpulannya, ibu-ibu yang nak breastfeed, jangan pentingkan sangat persediaan fizikal, baik pentingkan persediaan MENTALLY. You have to be STRONG. Korang takkan faham bila tak ada dalam keadaan ni. Beranaklah satu dan cuba jaya. Kalau dapat anak macam hayyan(tidur jaga 15 minit sekali), kau carik sofa yang lembut dan duduklah menyusu 24 jam supaya dia nakkan susu kita dan secara tak langsung stimulate susu. Kalau tak buasir macam aku, alhamdulillah tak la sakit sangat kan luka tu. Stock yang dah pump, jangan terus bagi. Simpan supaya kita ada stock masa kerja nanti. Direct BF ha kalau boleh masa dalam pantang. BF sangat penting, stimulate antibodi baby kan! Semua orang tau benda ni tayah ulang. 

Kesilapan lain yang i realized :
1) i pakai banyak jenis botol susu masa bottle feedingkan hayyan. Avent, Tommee Tippee, dan medela. Hayyan pening kot. Tommee Tippee memang dia tak berapa suka. Sekarang ni dia nak AVENT only. Dengar kata kalau betul-betul nak BF, pakai syringe atau sudu ja kot kan. 
2) Jangan guna stock yang diperah masa dalam pantang!!!! Sebab nanti boleh guna bila dah masuk kerja. EBM boleh tahan 3 bulan kalau simpan dalam freezer. Dang!

Sekarang ni, MIL jaga hayyan sekejap. Takut nak hantar rumah pengasuh takut tak lega/kebah demam hayyan. Seminggu rasa macam bertahun! Semalam 1st time mummy tidur seorang. Mummy rindu hayyan sangat.... Ya Allah Kau sembuhkanlah anakku yang masih kecil ini...Amin.


Day 1.
My 1st precious BF experience. ever.
Hayyan pandai latch kejap ja!

p/s: belajar dari kesilapan. adik hayyan pulaklah try! hihi
mungkin nak boleh something kot. Orang cakap "beralih bulan" since dia dok cuba angkat bontot dah lately.

11 comments:

Finn.Myriad said...

hey dart, chin up. for a young mommy like u, i dah cukup impressed. kalau kak suhaida balik, bolehlah share story dgn dia.

amazingly dia boleh bf thaqif (her son) for months without formula..
tapi susah kot jadi mommy dan kejauhan dgn family.

i doakan ayan cepat sihat, balik kat mummy and keep his mummy happy ^__^

dartdadada said...

dah banyak share dengan orang. rahsia dia memang kena kuat dan breast feed the baby ja.

cujen said...

takpelah, at least hayyan dapat merasa jugak susu ibu dia. takde rezeki nak BF dia lama-lama.

semoga hayyan comel cepat sembuh!!

eye*da said...

Hi Dart!~ Kak aida sangat kagum ngan dart! stay strong there. Allah is always there to help you.

goblogbyfarah said...

bf memang perlukan kekuatan mental, dan fizikal.i pun sama mula2 macam nak give up bila susu sikit. bila start banyak terus berdedikasi pam susu dan bf baby!

tak kisahlah dart, yang penting your baby sihat dan cergas :D

yusmEa said...

頑張れ dart! moga2 Hayyan cpt2 sembuh ek
dart pun..kena be stronger than before!!

fariza said...

xpe dart.there's blessings in disguise...sekurang2nya u tak perlu rasa betapa sakitnya puting kena gigit bila anak dah tumbuh gigi. babies ni kan, buka stakat gigit, kdg2 diorg siap 'twist' lagi. i penah menangis sampai bengkak mata. penah sekali baby gigit, sampai jadi lubang kecik atas kulit, susu keluar memancut tak henti tau. 3-4 kali pegi jumpa doktor sbb luka kat nipple jadi serius.

rezeki hayyan dpr susu mummy nye maybe stakat tu jer.tp kasih sayang mummy x penah berkurang walau sikit pun kan?

dilla kamal said...

mmg bukan senang nak bf, kdilla dah berapa kali nipple naik ulcer sbb sumayya suka kunyah nipple, tapi angah, just because you dont bf your baby that doesnt make you a bad mommy.kalau hayyan baca entry2 yg mommy dia tulis mesti die dah cukup terharu, he will know that youve tried your best.angah ni bagus sbb youre so positive and cool ;P

adi said...

cam terkedu jap baca story ni.ternanti2 sebenarnya semalam what is ur next story.. baca dkt fb,hayyan dgn opah?nenek? hemm.. mentally.yes indeed.my 1st fully breastfeed until 2 years old even pegi ikea pon dok menetep menyorok bawah kain.pegi makan pon menetek.malam menetek every 15 minutes.pernah 1 tahun tido dgn dia ja sbb mulut dia mesti nak dekat puting..kalau tak tak bley tido..saya mmg tak bangun malam..samala kita nampaknya..jd biar je dia puting.but that is mentally set.2nd child..aku bagi dia 3 bulan je because banyak betul masalah.masalah kerja,rumahtangga..anak dah dua.. haih macam2la..mmg nak ingat rasa kejam je anak no2 tak dpt susukan.tp mmg saya seorang yang berlainan pada ketika itu. but what happen has happen. i pernah dgr.. susu ni anugerah allah... sama macm rezeki..mungkin dah tersurat..my 2nd child tu dpt susu 3 bulan ja.tak apa..brace ur self.look fwd for the 2nd baby!.good luck.HUG DART... really understand how u feel dear..

NahiZ (chynk) said...

...hi dart..
alooo ciannye hayyan..
Get well soon lil angel..
It's not too late to start again dart...ade my fren yg dh bg fm now start wat power pumping n stimulate...and now dh bleh wat stock walopun x byk..
But i think u've done ur best...

Intan said...

Dart! be strong k... and take care :)

 

Blog Template by YummyLolly.com