6/17/11

pengalaman emas - Meneran keluar Hayyan

Salam. Anak dah masuk 6 bulan baru nak tulis pasal pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Meneran anakku Hayyan Naoki. Selalunya para mak-mak akan excited nak tulis masa dalam pantang lagi kan tapi aku rasa entry ni akan jadi panjang berjela so aku kena cari masa yang betul-betul sesuai, yakni betul-betul time aku tengah takda kerja. Bos aku menghilang mana tah so ada can la ni. Dalam pantang aku busy mengurut, bertungku bagai dan juga banyak sesi memerah susu badan he he.

24 Desember 2010 -
Masa tu, aku dah sarat sangat-sangat. Menghabiskan masa dengan menonton cita-cita Jepun yang aku cilok dari rakan sekerja masa di Panasonic dulu. Aku tak lupa berdoa supaya cepatla  keluar si budak kecik ni sebab dah tak tahan membawa perut yang sangat besar plus boyot. Nanti aku tunjuk gambar. Haritu, aku sempat attend majlis akad nikah sepupu yang dilangsungkan di rumah atukku. Rilek saja, tak rasa apa-apa pun. Aku bukan main aktif, ke sana ke mari, purposely berjalan dengan tahap banyak sebab orang kata kalau ibu mengandung banyak berjalan akan senang beranak. Aku percaya pada prinsip tu dan aku praktikkan betul-betul. Sebab aku nak sangat senang beranak. 

Balik malam tu, dengan keletihan yang amat aku pun balik rumah dan tidur macam biasa. Tapi malam tu aku tak berapa lena, terasa macam senggugut pulak. Tapi biasalah, senggugut ni boleh tahan sebab aku ni memang jenis bila period ja senggugut tak hengat. Dah jadi macam perkara biasa senggugut tu. 

25 Desember 2010 - 
Then aku bangun Subuh, masa tu terasa macam so called "contraction". Bila kita dah dekat-dekat due date ni, Dr akan selalu pesan 3 benda tanda-tanda bersalin / benda yang perlu kita ambil BERAT secara serius, iaitu ; 
1) Contraction yang berterusan( yang ni memang tak pernah rasa dan bayang seumur hidup ), 
2) Water broke( still boleh nampak kalau air ketuban pecah seperti kencing dan lendir katanya ), 
3) bleeding, or anak tak bergerak kurang dari 10 kali.
Kalau la benda di atas berlaku kena cepat-cepat ke hospital, dah nak bersalin la tu.
Selalunya lepas subuh aku akan bantai tidur balik, tapi haritu rasa semacam. Senggugut tu tak tau nak cakap, dia macam ada masa yang dah tetap, senggugut yang berkala setiap 10 minit misalkata. Lepas tu makin kerap, setiap 5 minit pulak. Begitulah. 

Aku terus bagitau mama papa aku. Diorang punyalah kalut, sebabnya aku dah siap bersiap mandi segala semangat nak attend kenduri kahwin sepupu aku tu(Siap pakai baju baru beli lagi-terpaksa beli sebab perut besar sangat). Tak sangka pulak haritu aku nak beranak! My parents decided untuk bawak aku ke hospital dengan secepat mungkin dan tinggalkan aku di sana huhuk. Depa kan nak pi kenduri. Kenduri pulak buat kat rumah atok, haruslah busy jadi tuan rumah.

So, aku pun ikutlah ke hospital - Kedah Medical Center (KPJ), unit kecemasan sebabnya haritu cuti Krismas! Hari Sabtu pulak tu memang terbaik. Aku terus masuk labour room, nurse cek laluan (VE), masa tu perut tak rasa sakit sangat pun, boleh gelak-gelak lagi ish. Nurse pun bagitau, "Adik baru bukak 2-3 cm, kalau ikutkan lama lagi nak bersalin ni(kalau normal) tak induce...adik nak balik pun boleh lagi..ka adik nak terus admit?", aku ingat nak balik aja tergedik-gedik nak pi kenduri tak sedaq diri! Kena bangkang terang-terang dengan mak aku. "NO NO NO! Hang tu dah nak bersalin, kalau jadi apa-apa kat kenduri macam mana? Angah admit ja la, kami pi kenduri k!"..ala, nak kena tinggal sorang-sorang masa tu boring gila. Husband pulak baru ondaway. Biasalah weekend couple he he. 

Aku pun sign la apa yang patut untuk admitted, tunggu aja dalam labour room, KEBOSANAN. Aku ingatkan labour room tu macam bilik Operation penuh dengan segala alat medical, tapi salah sangkaan ku. Ada katil, kat tepi tu ada doppler untuk dengar degupan jantung baby, kat corner depan pulak ada macam tempat letak barang, lapik kertas untuk kotor-kotor masa deliver kot. Serupa bilik menunggu ja. Nurse lekatkan doppler tu and dapatla aku dengar heartbeat baby. Tengah aku dok syok message2 dengan hubby aku yang ondaway ( 10.30 pg ) macam tu, tiba-tiba Dr. pakar OnG ku muncul, Dr. Kamarulzaman. 

Dr pun tanya, "Awat, u sakit dah ka...u nak beranak harini?"...
Aku pun dengan pantasnya jawab "YES Dr. Saya nak beranak harini jugak! Dah tak larat...",
Dr Kamal pun kata, "OK, kalau macam tu i pecahkan air ketuban u, induce, dalam 4/5 jam lagi u beranaklah tu ok..."
Dr pun terus masukkan macam forcep sampai ke rahim dan tempat air ketuban dan tiba-tiba..."Click..."Air ketuban aku pecah! Mengalir macam paip, panas-panas celah kangkang. Siap kalau tekan perut keluar banyak gila memancut-mancut! Nurse pulak cucuk tangan aku untuk masuk ubat induce, dan masuk ubat ke lobang bontot supaya aku berak on da spot. Masa air ketuban dok melimpah-limpah tu la aku nak terberak tak tahan siot. Terus mintak nurse nak p toilet, nasib baik sebelah bilik aja. Time tu masa mula-mula aku rasa tak selesa betul, jijik pun ada air ketuban tu jatuh-jatuh kena selipar aku. Lantai pun habis kotor, bersalah gila kat nurse tapi tak boleh nak kontrol macam kencing. Habis basa baju baru aku ha ha. Then nurse terus bagi baju labour, tukarlah aku dan tunggu la atas katil tu.

Dalam pukul 11 lebih, hubby pun selamat sampai. Aku bersyukur sangat sebab aku beranak weekend, hubby boleh masuk tengok aku bersalin. Kalau tak, aku terpaksa teran sorang-sorang. Husband ja yang berhak masuk, mak bapak pun tak boleh jadi pengganti kalau husband takda. Aku dah mula cuak-cuak. Terasa dekat sangat dah. Bila-bila masa saja aku akan bersalin. Masa tu, aku dah mula rasa sakit yang amat sangat tatau nak cakap. Nurse cakap, kalau tak tahan, nanti dia akan cucuk di peha ubat tahan sakit. Kalau tak tahan juga dia akan bagi gas entonox untuk bagi lali. Mula-mula bila sakit, aku akan genggam tangan hubby, sampai satu tahap aku dah tahap menggelupur tak tahan. Nurse banyak tolong aku, bagi kata-kata semangat suruh banyak ingat Allah, baca apa yang patut. Contraction tu seputnya macam ikut masa, makin lama makin sakit nak buka laluan, tapi bila dah buka 5 cm aku dah tak tahan. Masa tu aku macam nak menggelupur tapi tahan ajalah kuatkan semangat. Lepas tu aku dah tak tahan, terpaksa mintak gas tu. Masa bukak 7 cm Aku dah macam lali semacam. Tak sedar rupanya badan aku dah menggeletar. Yang aku boleh sedar pun sebab aku terdengar hubby aku tanya nurse.."Nurse, kenapa wife saya ketar shaking ni?" Aku da macam high nak mampus tengah sakit, masa tu aku terpandang tangan aku macam waving slowly, rupanya aku tenga shaking. Bayangkan betapa drag gila keadaan jadi macam tu.

Kesakitan berlarutan sampai la nurse bagitau aku dah bukak 9cm! Wow, ini lah masanya! Masa tu aku terasa kaki aku dikangkangkan, letak atas palang, tangan aku pegang palang dua belah, kedudukan badan aku dinaikkan sikit supaya tak dalam keadaan tidur, semua kakitangan nurse, Dr pun muncul, masa tu kelam kabut gila tapi aku tak dapat feel sebab aku kan tengah high. Masa tu mesin apa tah Dr bawak masuk, diorang tutup bahagian kaki aku dengan kain. Dr tiba-tiba cakap..."OK, dah boleh push....Push!", aku pun push la...tak keluar. then nurse bagi semangan cakap, "Cepat cepat, kepala baby dah nampak, teran sikit aja lagi, teran sekuat hati.."aku pun "URGHHHHHHHH meneran" tapi tak berdaya. banyak kali jugak la try. Masa tu apa nak jadi jadilah tapi dalam hati aku aku memang nak cepat-cepat keluarkan anakku. Masa nurse cakap kepala baby dah nampak lagilah naik semangat aku nak teran. Masa tu, dah tak terasa sakit ka apa. Cuma nak kena belajar timing contraction dengan push. Tak boleh semena-mena push, ada timing dia tau. Nasib baik aku cepat belajar huhu. Dr cakap"OKlah, baby awak besar sikit, kita vakum la eh...." OK tak kisahlah DR. Bila terasa ja contraction(tak boleh dikawal), terus aku teran lagi then, keluar la kepala baby dengan bantuan vakum..."
vakum process

OK, kepala dah keluar, badan pulak eh...push!", Masa nak push keluarkan badan hayyan masyaallah, 2/3 kali jugak teran, then sampai satu masa...."SLUUUUUUUUUUUUURPPPPPP", keluarlah hayyan dengan sekelip mata....


 gambar hiasan


Dr pun kata..."OK, dah keluar baby...pukul 2 30 pm" Masyaallah, aku terus menagis meronta-ronta, eh teresak-esak sebab lega dapat keluarkan hayyan yang berat 3.5 kg tu ha ha. Mr hubby pun turut sama bagi semangat, thanks abang, tak tahulah kalau takdak dia di sebelah walaupun dia takut-takut nak tengok ha ha. Dr terus letak Hayyan atas badan Dart, masa tu hayyan tengah nangis kuat gila...so sweet...tapi colour hayyan macam putih melepak macam kesejukan. Kesian dia...Aku pulak kena teran keluar plasenta(uri), then bila selesai semua, Dr terus jahitkan luka aku yang dia potong tu phew. Siap boleh sembang-sembang lagi sambil menjahit ya DR.

Proses meneran hayyan rasa macam sekelip mata saja. Sebab lepas tu, keadaan labour room back to normal. Aku agak kecewa sebab terlampau high sampai tak boleh nak ingat dengan betul keadaan di bilik bersalin tu. Masa kecoh tu mestila kotor darah semua kan. Tapi bila dah selesai semua, kembali normal, tinggal aku dengan katil saja bersih macam takda apa apa pun berlaku sebelum tu. Punyalah cepat diorang buat kerja. Aku tatau keadaan ni di Hosp kerajaan, tapi hosp swasta dah naikkan persepsi aku. Dr suruh aku rehat di labour room tu jugak. Masa tu family semua datang lawat di labour room sementara nak tunggu masuk bilik ha ha. Aku tertidur sampai pukul 5 ptg sebab penangan gas entonox yang melalikan tu damn. Then pukul 7 cmtu, diorang sorang aku masuk ward. Bilik sorang best!
Selesailah proses bersalin maka bermulalah proses confinement, masa tu perut londeh tak hengat nak bejalan kena ampu perut hahahhaha. Pengalaman bersalin memang tak dapat dilupakan tapi bila aku tanya mak mak semua lupa...so aku amik inisiatif nak tulis balik pengalaman ni.. Aku bersyukur sebab aku dapat bersalin normal dengan kebesaran hayyan yang agak terlampau nak dibandingkan dengan saiz badan aku yang kecik moles hahahah. Aku bersyukur jugak sebab aku rasa aku senang bersalin tak payah epidural semua. Dan yang penting, doa aku untuk bersalin di sisi suami tersayang, hari weekend termakbul jugak...alhamdulillah!! Satu lagi, aku mintak bersalin siang, semuanya Allah dah letak supaya hubby aku dapat turut sama berkongsi suka-duka ni...Syukur ya Allah...Kepada ibu-ibu wannabe, jangan lupa untuk berdoa banyak-banyak. Selalu usap perut sembang dengan baby apa yang kita mintak..."Sayang keluar weekend k, boleh daddy sambut...."Doa aku dimakbulkan syukur sangat...:)

 bersiap-siap nak p kenduri konon

 besarnyaaaaaaaaaaa.

 baru masuk labour room. still boleh senyum gelak ketawa.

 lepas bersalin, dalam ward.

 muka-muka happy familyku, cucu sulung katakan...

lastly, muka Hayyan yang tak dapek nak nolong, how cute macam shin chan!

p/s: walaupun dah bersalin, tapi keadaan yang berlaku kat depan aku serius aku tatau macam mana. Bila diorang bersihkan baby, apa yg diorang buat dengan uri aku, memang aku taktau.Cuma aku boleh rasa saja wudda! Semuanya hubby aku tengok tapi berat betul mulut hubby aku nak bercerita satu persatu. bila tanya satu satu dijawabnya. Inilah dapat lelaki yang tak cakap banyak. Nak dpt info bukan main susah!
6/16/11

kenduri kawin

one of the kenduri kahwins @taiping.

bip : carter's
top : F&F
pants : obaibi

6/15/11

review : mothercare seville carseat - (preloved item)



Pink Karer. 

Asal nak beli benda kat anak aku ja aku beli pink. Patutla 90% orang akan tanya aku "Anak you girl eh??", wey tak cukup ka tengok aku pakaikan anak aku habis kelelakian dah? *oh lupa, kat Malaysia ni terkadang baby perempuan biasalah dipakaikan seluar dan baju ala lelaki - takleh terima*

Harini gua mahu bercakap pasal CARSEAT. Entry lepas pasal survey aja. Tapi kali ni betul-betul punya review bagi pihak mak-mak. Masa tengah kalut cari carseat dalam blogshop segala, Dart termasuk satu website ni jual barang pre-loved baby goods. Amysweety macam tu lah. Well korang, aku tatau pulak car seat ni memang banyak gila yang pre-loved, termasuk segala stroller, toys yang branded. TAPI malangnya, kalau nak cari pre-loved ni lagi susah dari brand new. BEREBUT hahahha. Kebanyakan website yang aku masuk dah SOLD, SOLD, SOLD. Cam tipu pun ada apsal semua SOLD? Tapi itulah hakikatnya, orang akan rembat kalau harga murah dan nampak macam berbaloi. Caranya, kena masuk website ni like setiap masa kot. Apa yang ada book terus! Dan yang peliknya, waktu bekerjalah waktu yang paling HOT. ha ha. Kerja gomennn harussssslah. Tengoklah macam aku, kalau tak pi site visit, ada la jugak masa nak tengok-tengokkan barang untuk Hayyan hihi. Website jual pre-loved tu kita kena gamble ja. Kala ada yang belum SOLD tu kena terus bagi e-mail or SMS terus. Dart dah boleh listkan dah mana kedai per-loved sebab selalu sangat masuk. Jadi best pulak.Tapi sumpah PENAT.

Bila Dart nampak aja satu CARSEAT ni cukup criteria yang Dart nak, belum SOLD pulak tu, terus Dart e-mail nak book. Carseat tu brand MOTHERCARE Seville type. Boleh rear dan forward facing. Boleh ubah 5 reclining position. Boleh pakai dari 0kg to 15kg. Dan point yang paling penting sebab the brand from MOTHERCARE, boleh dipercayai - KOT,  not made in China ok FRANCE mali, condition dia cakap 9/10, cuma takda infant padding tu dan manual book, mungkin hilang kot. Pastu harga yang dia offer pulak......RM300 including postage fee. WOWWWWWWWWWWWW. Dart BOOK TERUS!

Pastu Dart google pulak, rupanya tak banyak model ni kat Malaysia. Dan dah off-season pun. Lantaklah, janji aku tak habis beribu dah kopakk ni asyik travel ulang alik Ipoh-KL hahaa. Harga retail dekat-dekat RM700-800. Tapi itulah, terpaksa beli PINK KARER lah, sorry hayyan, nanti bila mummy dah balik dekat dengan daddy(takyah travel-travel lagi), boleh lah mummy beli brand new britax pulak ha ha. Yang pink ni bagi kat adik Hayyan pulak lah. Kalaulah PEREMPUAN. Kalau laki? haa gasakkkklah.

Bila sampai aja carseat ni, dia balut plastik itam aja mak aih...bukak aja Dart rasa sedikit keciwa...sebab blogger tu claim 9/10, tapi Dart rasa macam teruk lagi. For me, 10/10 tu macam 100% condition la....Lupa pulak, kalau elok, dia takkan bagi 9, dia akan cakap EXCELENT CONDITION. Takda rating rating lagi dah. So dah 9 tu paham-paham lah ya... Ada stain lagi semua. Pastu, kita punya la high expectation kan dekat barang branded, ingatkan cover dia tebal tapi brand ANAKKU pun boley dapat macam gini. In fact, Sweet Cherry cover dia lagi tebal kot. Takpa-takpa, Dart fikir positif ja sebab yang lain semua ok cuma kotor aja....Dart bukak cover sebab washable kan, terus rendam dan basuh, lap-lap sikit, then the condition was better! Plus, sebarnya Dart rasa cover dia mmg dah OK sangat, tak perlu tebal sangat pun ok sebab nampak selesa saja Hayyan. And dart sikit pun tak rasa menyesal beli. Senang nak attach dekat kereta, plus senang nak operate sit belt dia untuk pakai dekat hayyan..

Yang paling penting, alhamdulillah masih tak terlambat untuk dart ajar baby hayyan biasa duduk atas carseat. Kalau beli carseat mahal-mahal pun anak tanak duduk apa gunanya kan? Masa 1st time try, Dart gamble letak hayyan dan drive alone dari rumah ke Stesen Keretapi Ipoh untuk fetch hubby naik ETS from KL and guess what, Hayyan siap boleh tido lagi! Tak merengek langsung! Bagusnya anak ammi....So sekarang ni kalau travel, dart akan letak aja hayyan dalam carseat and off we go, dia akan terus main toys atau mintak susu lepas tu tidor...So far Dart tak pernah lagi try bawak hayyan drive alone from IPOH-KL. Still takda guts. Tapi hati membuak-buak nak cuba. Belum cuba belum tahu. Malas nak naik public transport balik KL sebab barang hayyan dah penuh satu boot hehe. *Mummy malas nak pilih-pilih barang sort out sebenarnya* Maybe one fine day i will try. Kita kan boleh hayyan. Selama ni dok gamble ok ja hehe. Bila dart dok sorang dengan baby ni kadang-kadang rasa macam terlebih berani pun ada haih. I have to be brave. Kalau tidak, who will wat to protect my baby?

Oh, yang penting, try la ajar anak pakai car seat bila travel, tapi dengan syarat mesti ajar awal-awal. Tak guna kalau beli car seat masa anak tu dah nak masuk setahun. Dia takkan nak punya. Kalau nak ajar dari newborn pun ok...cuma newborn baby tak lasak sangat. Bila dah masuk 6 bulan, haaaa rasakan sekali dia takmo tidor dalam dakapan kita dok tendang-tendang sana sini phew..dia pun nak free...so letak dalam carseat senang...heeeee. So far Dart sangat puas hati. Tak kisahlah pre-loved ka used ka, brand new ja janji meet out needs kan! Tapi janganla pre-loved yang teruk sangat condition. Agak-agak aaa kan.

outing breakfast - hayyan still with pajama

6/8/11

Review : The Baba Sling

Hellow, harini nak tulis review untuk baby sling. Like i said in the previous entry berkenaan baby sling, i have chosen BABA SLING brand. The brand is from UK i guess. So, bila dah sampai, Dart sangat-sangat berpuas hati dengan quality, kain yang lembut walaupun 100% cotton, buatan yang kemas, padding yang tebal, fine touching la kesimpulannya. Jahitan pun kemas aja. Dart rasa best sebab pernah beli baby sling brand PREMAX, murah, tapi kain keras nak mampus, tak lembut macam BABA SLING, jahitan senget-senget (ntah-ntah tak ORI) . BABA SLING ni datang dalam satu pouch, dan buku manual. Simple aja. Instruction pun senang nak baca with pictures given. 

Yang paling penting, selesa bila pakai dan anak pun selesa dalam dakapan mammi! Bila try, rasa beban untuk dukung anak( sakit kalau lama-lama dukung ) hilang dan the force moved to our shoulder. Tapi disebabkan padding yang tebal dan amat selesa, so tak terasa sangat sakit. Sling ni senang aja nak pakai. Attach kat badan kita dengan sangkut kat bahu( adjust sekali saja masa 1st time pakai ), then terus masukkan baby dimulakan dengan kaki / or lebih senang dari kepala (Susahnya nak terang). Oh dan sling ni sangatla selamat! Sebab ada safety buckle, buckle main dia pun boleh tahan kukuh!

Kebaikan baby sling ni memang semua orang tau, dapat ringankan beban dukung baby kalau baby nak manja2, secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan or bonding mummy dengan baby! Baby akan terasa dipeluk setiap masa..Boleh pakai sambil nak buat kerja rumah juga! Sesuai untuk orang macam Dart yang terpaksa berdikari ni. hehe. Nak g amik kat pengasuh pun senang, balik jalan kaki ke rumah takla terasa! Ada pendapat yang kata bagus letak dalam baby sling daripada stroller sebab view baby akan jadi sama macam kita yang dewasa ni, dia boleh nampak apa yang kita nampak, unlike stroller, dia terpaksa tengok atas, kalau duduk dalam stroller pandangan dia nampak peha-peha dan kaki orang saja kot hehe.

Well, BABA SLING ni dapat ranking top 3 kat Japan! Dart rasa orang Jepun banyak pakai baby sling, masa duduk kat sana pun selalu nampak mummy Japang pakai. Tatau kenapa masyarakat Japang ni suka sangat pakai baby sling. Mungkin sebab bonding tu la, orang Jepun ni bonding masa baby bukan main, bila dah besar buat dek pulak. Pelik aku.


1万円ぐらい

Itu di Jepun, di Malaysia pulak :


パパとナオキ!
Baba slings : HIPSTAR style.
The Baba Sling : SIDE SADDLE style
(sama ja)

top : mothercare

HOWDY?
CUBALAH! conform tak menyesal.

p/s : baru ja googled. mine is THEBABASLING. yang satu lagu BABA SLINGS. confuse2. Lain brand rupanya hehe tapi share same features. Sapa tiru sapa? BABA BABA. Whateverrr.
6/6/11

hayyan kena tinggal!

Salam, 1st of all, rindunyaaaa nak berblogging pasal anak...takut nanti bila hayyan besar takda sejarah dia nak tengok pasal perkembangan dia hehe...Dart baru balik dari kursus induksi (wajib untuk government servant masa probation period untuk confirm ), 2 minggu tau...sedih sangat terpaksa berjauhan dengan baby hayyan. Dart kursus hari jumaat 13 hb Mei, sebelum tu khamis malam, family Dart mama, papa and adik datang Ipoh nak ambil Hayyan bawak balik Alor Setar. Terpaksalah, daddy kat USJ..sedih sedih jugak tapi redha aja la...tak terasa sangat sebab masa dalam pantang dulu pun mama yang jaga hayyan..cuma bila malam tu asyik terjaga teringatkan budak kecik tu. Hayyan 2 or 3 kali jaga semalaman. Kadang-kadang tu lebih..sabaq aja lah...kursus punya lah kursus sampai 26 hb Mei. So far, accomodation sangat tak best! Makan pun ala-ala bosan, pelik ( samosa inti maggi tak habis, karipap inti pulut udang tak abis, cucur ikan tak abis semalam! DAMN) tapi terpaksa makan taknak bagi lapar perut masuk angin! Dart tak g buat aktiviti sangat sebab adik hayyan bakal menjelma lagi. Dengan meloya tak hengat! Induksi ni lama ya amat! Siap ada exam lagi, tapi nasib baik urusetia stail gila. Boleh tanya jawapan lagi opsssss hehe. then habis aja induksi, Dart naik kereta jabatan balik ke Ipoh, tapi tak balik rumah pon. Mintak driver hantarkan sampai stesen ketapi Ipoh, terus Dart naik ETS ke KL pulak. 

My journey tak abis lagi ni. Tren sampai kol 8 30 p.m macam tu, hubby datang ambik, terus tersenyum lebar he he he. Dart bermalam di USJ pulak(nasib baik ada rumah di kawasan KL/Selangor), sebab 27 hb Mei Dart kena pi PD ada Engineering Conference KKM pulak. Bangun awal, terus naik keta dengan hubby(hubby hantar) tunggu kereta Jabatan di RnR Dengkil, then OFF to PD pulak sampai 30 hb 5. Masa tu weekend. So far, puas hati duduk kat Avillion Cove hotel, hilang sikit letih kat induksi, kalaulah ada hayyan n hubby lagi best, tapi nak buat cmna, hubby ada kenduri cousin plak nak kena attend! POTOOOOONG.

Suasana bilik, ada sofa, coffee table, INTERNET CABLE FOR FREE!

Persidangan la sangat. aceh.

spot me!
Disiplin Mekanikal, pompuan 3 worang saja DANG!

gurlfren izyan member sebilik sebelum p Jepon lagi!

bored. ha ha.

Hubby Dart pulak pecut ke Alor Star hari Sabtu lepas dengan maknya untuk ambil giliran menjadi babysitter hayyan pulak...Memandangkan my mom and dad still working...masa 2 minggu tu pun dah ambil cuti 2/3 hari semata-mata nak jaga cucu kot. Semangat!! Then diorang bawak balik hayyan ke Taiping sehari, lepas tu terus balik USJ. Mak mertua Dart ikut balik seminggu. Tapi malangnya, hayyan dah pening sangat kot cari mummy tak jumpa-jumpa, dia meragam tak hengat setiap sejam kot nangis masa malam tu. Kesian hubby takleh tido. Habis aja conference my mom sangat-sangatlah beriya suruh Dart ambik cuti kesiankan anak tu lama sangat tak jumpa mummy.. So Dart terus ambik cuti seminggu minggu lepas he he. Bahagia sungguh!

Masa balik dari PD, lawak tengok reaksi Hayyan. Dia terkejut sampai terhenjut badan bila tengok muka Dart. Then terus dia sengih senyum and sua tangan nak suruh Dart dukung! Waaaaaaaaa anak ammi pandai...sebelum ni dia tak pandai lagi buat aksi macam tu.. terharu sungguh. Banyak perbezaan bila tak jumpa anak lama, Dart rasa anak dart makin kembang, tembam, makin berat! Makin Comel! hehe. Besa la anak sendiri kan. Hayyan dah pandai merangkak sikit-sikit, menyulur laju gila especially ke arah laptop / handphone ammi, lepas ni jenuh la ammi terlepas pandang sikit ja terus nun jauh di ceruk rumah la nampaknya. Dan tak sangka masa 2 minggu lebih tu jugak hayyan dah pandai mai air liur! Tokwan la tu ajar hehe. Pastu semua benda pun nak masuk mulut, risau pulak sebab banyak yang tak hygenic. Carpet lantai tu pun dia nak jilat hadehhhhhh!


look at him, main air liur!

Bila balik dari kursus, rasa lega dapat tengok hayyan, hilang segala penat walaupun hakikatnya menjaga hayyan memang tak duduk diam! Tapi bila tengok hayyan senyum, fuhhhh cair. Masa kat induksi, Dart skype dengan hayyan almost everyday! Thank god dah habis semua kursus panjang. Hopefully takda dah kursus berminggu-minggu. Tak sanggup mak nak tinggal hayyan!

Just wanna share his pics while i'm not around with him!
kyaaaaaaaaaaa~
ngeeeee.


 sengih!

SKYPEing!

 with aunty ya.

with aunty lang. macam besa aunty lang malas mandi.

banyakkan air liur hahaha.

long silence...

hellow....mommy dart kena pi kursus induksi selama 2 minggu straight lepas tu p PD pulak...bz btul...tu yang lama tak update...tringin sgt nak update blog! walawehhhh!!
 

Blog Template by YummyLolly.com