6/6/11

hayyan kena tinggal!

Salam, 1st of all, rindunyaaaa nak berblogging pasal anak...takut nanti bila hayyan besar takda sejarah dia nak tengok pasal perkembangan dia hehe...Dart baru balik dari kursus induksi (wajib untuk government servant masa probation period untuk confirm ), 2 minggu tau...sedih sangat terpaksa berjauhan dengan baby hayyan. Dart kursus hari jumaat 13 hb Mei, sebelum tu khamis malam, family Dart mama, papa and adik datang Ipoh nak ambil Hayyan bawak balik Alor Setar. Terpaksalah, daddy kat USJ..sedih sedih jugak tapi redha aja la...tak terasa sangat sebab masa dalam pantang dulu pun mama yang jaga hayyan..cuma bila malam tu asyik terjaga teringatkan budak kecik tu. Hayyan 2 or 3 kali jaga semalaman. Kadang-kadang tu lebih..sabaq aja lah...kursus punya lah kursus sampai 26 hb Mei. So far, accomodation sangat tak best! Makan pun ala-ala bosan, pelik ( samosa inti maggi tak habis, karipap inti pulut udang tak abis, cucur ikan tak abis semalam! DAMN) tapi terpaksa makan taknak bagi lapar perut masuk angin! Dart tak g buat aktiviti sangat sebab adik hayyan bakal menjelma lagi. Dengan meloya tak hengat! Induksi ni lama ya amat! Siap ada exam lagi, tapi nasib baik urusetia stail gila. Boleh tanya jawapan lagi opsssss hehe. then habis aja induksi, Dart naik kereta jabatan balik ke Ipoh, tapi tak balik rumah pon. Mintak driver hantarkan sampai stesen ketapi Ipoh, terus Dart naik ETS ke KL pulak. 

My journey tak abis lagi ni. Tren sampai kol 8 30 p.m macam tu, hubby datang ambik, terus tersenyum lebar he he he. Dart bermalam di USJ pulak(nasib baik ada rumah di kawasan KL/Selangor), sebab 27 hb Mei Dart kena pi PD ada Engineering Conference KKM pulak. Bangun awal, terus naik keta dengan hubby(hubby hantar) tunggu kereta Jabatan di RnR Dengkil, then OFF to PD pulak sampai 30 hb 5. Masa tu weekend. So far, puas hati duduk kat Avillion Cove hotel, hilang sikit letih kat induksi, kalaulah ada hayyan n hubby lagi best, tapi nak buat cmna, hubby ada kenduri cousin plak nak kena attend! POTOOOOONG.

Suasana bilik, ada sofa, coffee table, INTERNET CABLE FOR FREE!

Persidangan la sangat. aceh.

spot me!
Disiplin Mekanikal, pompuan 3 worang saja DANG!

gurlfren izyan member sebilik sebelum p Jepon lagi!

bored. ha ha.

Hubby Dart pulak pecut ke Alor Star hari Sabtu lepas dengan maknya untuk ambil giliran menjadi babysitter hayyan pulak...Memandangkan my mom and dad still working...masa 2 minggu tu pun dah ambil cuti 2/3 hari semata-mata nak jaga cucu kot. Semangat!! Then diorang bawak balik hayyan ke Taiping sehari, lepas tu terus balik USJ. Mak mertua Dart ikut balik seminggu. Tapi malangnya, hayyan dah pening sangat kot cari mummy tak jumpa-jumpa, dia meragam tak hengat setiap sejam kot nangis masa malam tu. Kesian hubby takleh tido. Habis aja conference my mom sangat-sangatlah beriya suruh Dart ambik cuti kesiankan anak tu lama sangat tak jumpa mummy.. So Dart terus ambik cuti seminggu minggu lepas he he. Bahagia sungguh!

Masa balik dari PD, lawak tengok reaksi Hayyan. Dia terkejut sampai terhenjut badan bila tengok muka Dart. Then terus dia sengih senyum and sua tangan nak suruh Dart dukung! Waaaaaaaaa anak ammi pandai...sebelum ni dia tak pandai lagi buat aksi macam tu.. terharu sungguh. Banyak perbezaan bila tak jumpa anak lama, Dart rasa anak dart makin kembang, tembam, makin berat! Makin Comel! hehe. Besa la anak sendiri kan. Hayyan dah pandai merangkak sikit-sikit, menyulur laju gila especially ke arah laptop / handphone ammi, lepas ni jenuh la ammi terlepas pandang sikit ja terus nun jauh di ceruk rumah la nampaknya. Dan tak sangka masa 2 minggu lebih tu jugak hayyan dah pandai mai air liur! Tokwan la tu ajar hehe. Pastu semua benda pun nak masuk mulut, risau pulak sebab banyak yang tak hygenic. Carpet lantai tu pun dia nak jilat hadehhhhhh!


look at him, main air liur!

Bila balik dari kursus, rasa lega dapat tengok hayyan, hilang segala penat walaupun hakikatnya menjaga hayyan memang tak duduk diam! Tapi bila tengok hayyan senyum, fuhhhh cair. Masa kat induksi, Dart skype dengan hayyan almost everyday! Thank god dah habis semua kursus panjang. Hopefully takda dah kursus berminggu-minggu. Tak sanggup mak nak tinggal hayyan!

Just wanna share his pics while i'm not around with him!
kyaaaaaaaaaaa~
ngeeeee.


 sengih!

SKYPEing!

 with aunty ya.

with aunty lang. macam besa aunty lang malas mandi.

banyakkan air liur hahaha.

10 comments:

Huda Rahman said...

sumpah hayyan comey gler2!:D

namasayatihah said...

dart..hayyan nk dpt adek ka??
laaa...congrats dear~

repairmode said...

ur baby sgt kiut~

yusmEa said...

heheh comel gile hayyan!!!!

goblogbyfarah said...

pregnant again??congrats!!! cepatnya hayyan dapat adik lagi :P

goblogbyfarah said...

pregnant again??congrats!!! cepatnya hayyan dapat adik lagi :P

RAHINUN MOHD. NOOR said...

la tak aci gambar tok dak dak ka

Husna Hadzarami said...

Comelnya Hayyan!!!!!!
Rasa nak gigit pipi :B

Oh Tuhan are you pregnant again?!
Bestnya, murahnya rezeki you :)
Please take care of yourself okay!

adriyan said...

dart u're pregnant again?

wow!congrats!

hayyan sgt comel dlm #3 pic
:D

sharni said...

dh lame tunggu update u...tup2 pragnant again...congrats ya...murah rezeki...

 

Blog Template by YummyLolly.com