Pink Karer.
Asal nak beli benda kat anak aku ja aku beli pink. Patutla 90% orang akan tanya aku "Anak you girl eh??", wey tak cukup ka tengok aku pakaikan anak aku habis kelelakian dah? *oh lupa, kat Malaysia ni terkadang baby perempuan biasalah dipakaikan seluar dan baju ala lelaki - takleh terima*
Harini gua mahu bercakap pasal CARSEAT. Entry lepas pasal survey aja. Tapi kali ni betul-betul punya review bagi pihak mak-mak. Masa tengah kalut cari carseat dalam blogshop segala, Dart termasuk satu website ni jual barang pre-loved baby goods. Amysweety macam tu lah. Well korang, aku tatau pulak car seat ni memang banyak gila yang pre-loved, termasuk segala stroller, toys yang branded. TAPI malangnya, kalau nak cari pre-loved ni lagi susah dari brand new. BEREBUT hahahha. Kebanyakan website yang aku masuk dah SOLD, SOLD, SOLD. Cam tipu pun ada apsal semua SOLD? Tapi itulah hakikatnya, orang akan rembat kalau harga murah dan nampak macam berbaloi. Caranya, kena masuk website ni like setiap masa kot. Apa yang ada book terus! Dan yang peliknya, waktu bekerjalah waktu yang paling HOT. ha ha. Kerja gomennn harussssslah. Tengoklah macam aku, kalau tak pi site visit, ada la jugak masa nak tengok-tengokkan barang untuk Hayyan hihi. Website jual pre-loved tu kita kena gamble ja. Kala ada yang belum SOLD tu kena terus bagi e-mail or SMS terus. Dart dah boleh listkan dah mana kedai per-loved sebab selalu sangat masuk. Jadi best pulak.Tapi sumpah PENAT.
Bila Dart nampak aja satu CARSEAT ni cukup criteria yang Dart nak, belum SOLD pulak tu, terus Dart e-mail nak book. Carseat tu brand MOTHERCARE Seville type. Boleh rear dan forward facing. Boleh ubah 5 reclining position. Boleh pakai dari 0kg to 15kg. Dan point yang paling penting sebab the brand from MOTHERCARE, boleh dipercayai - KOT, not made in China ok FRANCE mali, condition dia cakap 9/10, cuma takda infant padding tu dan manual book, mungkin hilang kot. Pastu harga yang dia offer pulak......RM300 including postage fee. WOWWWWWWWWWWWW. Dart BOOK TERUS!
Pastu Dart google pulak, rupanya tak banyak model ni kat Malaysia. Dan dah off-season pun. Lantaklah, janji aku tak habis beribu dah kopakk ni asyik travel ulang alik Ipoh-KL hahaa. Harga retail dekat-dekat RM700-800. Tapi itulah, terpaksa beli PINK KARER lah, sorry hayyan, nanti bila mummy dah balik dekat dengan daddy(takyah travel-travel lagi), boleh lah mummy beli brand new britax pulak ha ha. Yang pink ni bagi kat adik Hayyan pulak lah. Kalaulah PEREMPUAN. Kalau laki? haa gasakkkklah.
Bila sampai aja carseat ni, dia balut plastik itam aja mak aih...bukak aja Dart rasa sedikit keciwa...sebab blogger tu claim 9/10, tapi Dart rasa macam teruk lagi. For me, 10/10 tu macam 100% condition la....Lupa pulak, kalau elok, dia takkan bagi 9, dia akan cakap EXCELENT CONDITION. Takda rating rating lagi dah. So dah 9 tu paham-paham lah ya... Ada stain lagi semua. Pastu, kita punya la high expectation kan dekat barang branded, ingatkan cover dia tebal tapi brand ANAKKU pun boley dapat macam gini. In fact, Sweet Cherry cover dia lagi tebal kot. Takpa-takpa, Dart fikir positif ja sebab yang lain semua ok cuma kotor aja....Dart bukak cover sebab washable kan, terus rendam dan basuh, lap-lap sikit, then the condition was better! Plus, sebarnya Dart rasa cover dia mmg dah OK sangat, tak perlu tebal sangat pun ok sebab nampak selesa saja Hayyan. And dart sikit pun tak rasa menyesal beli. Senang nak attach dekat kereta, plus senang nak operate sit belt dia untuk pakai dekat hayyan..
Yang paling penting, alhamdulillah masih tak terlambat untuk dart ajar baby hayyan biasa duduk atas carseat. Kalau beli carseat mahal-mahal pun anak tanak duduk apa gunanya kan? Masa 1st time try, Dart gamble letak hayyan dan drive alone dari rumah ke Stesen Keretapi Ipoh untuk fetch hubby naik ETS from KL and guess what, Hayyan siap boleh tido lagi! Tak merengek langsung! Bagusnya anak ammi....So sekarang ni kalau travel, dart akan letak aja hayyan dalam carseat and off we go, dia akan terus main toys atau mintak susu lepas tu tidor...So far Dart tak pernah lagi try bawak hayyan drive alone from IPOH-KL. Still takda guts. Tapi hati membuak-buak nak cuba. Belum cuba belum tahu. Malas nak naik public transport balik KL sebab barang hayyan dah penuh satu boot hehe. *Mummy malas nak pilih-pilih barang sort out sebenarnya* Maybe one fine day i will try. Kita kan boleh hayyan. Selama ni dok gamble ok ja hehe. Bila dart dok sorang dengan baby ni kadang-kadang rasa macam terlebih berani pun ada haih. I have to be brave. Kalau tidak, who will wat to protect my baby?
Oh, yang penting, try la ajar anak pakai car seat bila travel, tapi dengan syarat mesti ajar awal-awal. Tak guna kalau beli car seat masa anak tu dah nak masuk setahun. Dia takkan nak punya. Kalau nak ajar dari newborn pun ok...cuma newborn baby tak lasak sangat. Bila dah masuk 6 bulan, haaaa rasakan sekali dia takmo tidor dalam dakapan kita dok tendang-tendang sana sini phew..dia pun nak free...so letak dalam carseat senang...heeeee. So far Dart sangat puas hati. Tak kisahlah pre-loved ka used ka, brand new ja janji meet out needs kan! Tapi janganla pre-loved yang teruk sangat condition. Agak-agak aaa kan.
outing breakfast - hayyan still with pajama
3 comments:
nasib baik hayyan ok nk dok carseat tu..hihi.
pink pun comeyll..heee..doa2 la adik hayyan pompuan..bole pas dekat adik hayyan nanti..hee :D
hihi nampaknya begitulah....
Post a Comment