8/24/11

lost world hot spring tambun

 Hey it's me in front of the signboard!
top : no brand(tesco)
orange pants : mothercare
prewalker shoes : vincent FOS

Ada sapa-sapa yang pernah sampai ke lost world sunway city tambun dekat-dekat ipoh? I bet kalau yang ada anak-anak kecil yang boleh berlari satu rumah tu mesti dah penah sampai. Kalau weekend or school holiday season ja mesti tempat ni HOT! Yang hotnya, Lost World Tambun. Tapi aku bukan nak cerita pasal Lost world ha ha sebab aku pun tak penah masuk dan sekarang ni macam tak sesuai kalau nak bawak budak yang baru boleh merangkak masuk ke dalam? Kita syok dok naik slide, bikin lemas anak. ah. 

Di sebelah lost world tu, ada la satu tempat ni namanya hostprings & spa. Bunyik macam best aja kan? Dalam imaginasi aku, kolam air panas tu dalam taman, boleh main-main celup kaki, taman tu pulak cantik dengan bunga-bunga, landskaping bagai. Alah, macamla iklan dia yang terpampang di tepi jalan:

nampak menarik sangat bila lalu depan jalan. Pandai depa. 
Intai pari-pari lah konon. Dengan segala anak rusai pun nak join skodeng.

Bila sampai aja, for real, di depan pintu masuk, masih excited lagi. Aku dengan baju langsung tak spare. Ya lah, kata nak main celup-celup kaki ja ya tak?

 Di depan pintu masuk. Excited nak tengok apa ada dalam!
 
Then, hubby pun bayar la, tak silap rm15 kot sorang! Kami pi ingat nak outing jalan-jalan petang, bila masuk ja....
AIKKK?? NIII JAAAAAAAAAA??
 Ada la beberapa kolam yang dibuat sendiri, pastu semua orang dok berendam share lepak santai. Sikit lagi nak ada slide. Dang. Balik-balik kolam yang sama. Ala kolam buatan macam lost word la jugak! APAKAH???! Tak bestnyaaaaa! Punah harapan aku. Aku pulak kesiankan hubby yang terpaksa masuk ke dalam kolam sorang-sorang alang-alang dah bayar mahal kan. Tempat dia kecik aja. Baik aku mandi air panas kat rumah. Lagi layan kot. Suasana tak naik langsung! Main redah ja la aku masuk dalam air dengan baju yang sama. Dah alang-alang air tu suam, aku masuk sekali dengan Hayyan ha ha. Masa tu dia baru masuk 6 bulan.

 
Frust tapi tetap ceria. Hayyan memang suka sangat main air. jangan bagi dia air sejuk sudah!

Kesimpulannya, tak berbaloi sangatlah p hot spring tu. Baik p air terjun yang FOC. Dahla makanan takleh bawa. Terasa la jugak macam membazir haritu. huhu.

Bila dah malam, kami pun pulang! 
Pekena nasi ayam Fauziah pasar bulat dulu before heading back home!
Memang tak berbaloi!

1 comments:

アヌム ちゃん said...

aa sabar jela kan..iklan punya gambar bukan main cantik haa.heee..tapi takpela..pas ni xpayah terjah dah situ.hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com