8/19/11

now i know...

Mama suddenly called me one day, and "Angah, mama dah dapatkan bibik for you. Dah bayar dekat agen pun certain2 amount(which is i feel like......sangat mahal kot)CONFIRM!"....i was like.....haaaaa.....really?? Tak pernah terbayang dalam benak hatiku untuk mempunyai/menggaji seorang bibik. I dont like strangers to be in our home, to be frank. Selama hidup 26 tahun ni pun, tak pernah ada bibik, tapi sekarang mama yang perlukan bibik. I know mama sangat-sangat susah hati dengan my condition, bukan apa, tak menang tangan dik oi.....Ini realiti yang i have to face. Bila membayangkan perut aku dah besar(sekarang ni pun dah cepat letih), walhal sekarang pun i need to/sepatutnya take care of my baby dalam perut. Seriously, keadaan sekarang membuatkan aku serupa tak pregnant. Terkejar ke sana-sini, buat heavy housework, dukung ke sana-sini bila Hayyan merengek nakkan mummy dia dukung, mesti tak dapat bayangkan kan? For those yang pernah rasa saja i think tau betapa tak boleh nak rehat bila dalam keadaan seorang macam ni. Dart tawakkal saja, mintak Allah sihatkan baby dalam perut ni. Sebab yang nak dijaga betul-betul Hayyan yang di depan mata. I cannot take it for granted pulak. Baju tak berbasuh, yang penting baju hayyan, rumah tak berkemas, sana sini penuh kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, lantai berhabuk tak dimop. Tak hygenic kot untuk rumah yang ada baby!!

Sebab itu, Dart akur, and i know mama wants the best for me. Baby dalam perut kena jaga jugak. Bukan baby saja, kesihatan pun perlu kena jaga. Kalau letih macam ni gayanya, hadoi. tak tau la nak cakap. Nasib baik mentalku kuat. Sebab, mind controls everything rite? Bila fikir-fikir balik, terima sajalah HADIAH yang tak terbalas dari my parents ni, A HUMANBEING from bandung, Indonesia, ha ha ha. Bila adik hayyan dah ada, tentunya kos hantar ke pengasuh jadi double. Which is kalau amik sorang bibik, dengan semua kerja dia boleh buat, bayaran sama macam pengasuh yang tak berapa la sangat memuaskan hati. Betul jugak kan? One more thing, Dart pernah kata bila dah sarat, nak bagi hubby handle si hayyan. But, bila fikir balik, my mom cakap sapa pulak nak travel lepas adik hayyan ada nanti. Sorang satu anak, susah nak travel! Betul jugak tu, biarla dart yang jaga anak-anak, hubby senang nak travel balik ipoh. Kalau ada bibik, i can easily drive back to USJ which i miss most! Huwa sangat rindukan rumahku yang satu lagi....

Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua benda ni. Dart berharap dan berdoa supaya incoming bibik lepas raya ni, kehidupan dart akan lebih baik, i can have my own time to spend for adik hayyan. Bila dah balik dengan hubby, definitely servis ini akan diterminate. Sebabnya tak perlu pun. Kalau ada hubby, at least boleh tolong tengok-tengokkan anak kejap, penat tu kurang. Bibik buat menyemak! Thank god dart dapat hubby yang sangat memahami, bila weekend, hubby akan tolong dart yang mana boleh untuk ringankan beban dart. I love him to bits! Thank you mama n papa juga, you guys have been the best parents ever!! Walaupun mama akan tolong your daughter yang dalam kesusahan ni dari segi wang ringgit, tapi, pengorbanan tu yang tak dapat dibeli. Sebab anakmu ni tak mampu lagi untuk upah bibik haha. Haih. Baru nak mula bernafas la katakan....hehe

p/s: jasa ibu dan ayah takkan terbalas.

4 comments:

yusmEa said...

ganbare dart!!mommmy dart sgt strong.hopefully bibik pun ok dan dpt membantu

sharni said...

best nya dart dpt bibik...i wish so...

Peeja said...

MMG! Bibik menyemak je sebenarnya. Bila dok umah kecik lg la menyemak. Tapi kene jugak ader bibik kan. Anyway dart, gud luck, insya Allah, sumer tuh sementara jek kay

アヌム ちゃん said...

wahh dapat hadiah raya ni..heee..mintak2 dapat bibik yg ok nnt..yang boleh membantu dan menyenangkan kerja..risau jugak kan sebab mcm2 cerita bibik sekarang ni..hope dart cepat2 la dpt balik duk sekali dgn hubby..

 

Blog Template by YummyLolly.com