8/2/11

welcome to adik hayyan, rezeki jangan ditolak!

Phew, salam Ramadhan. Lamanya tak update blog...Teringin tapi still busy with kursus, and finally kursus yang yang bertalu-talu dah mula surut..Alhamdulillah penat ke sana ke mari. Ke Bangi lah, Cameron lah, sekarang dah boleh duduk diam-diam. Tak pernah lagi post kat blog pasal benda ni. Acually, i'm pregnant for the 2nd one OMG clap clap for terbabas! ha ha. Kitorang ada nak plan plan tapi last-last end up tapalah malas nak plan plan, so takda ambil apa-apa precautin/perancang family, maka jadinya saya mengandung lagi. Bahaya betul. Lepas ni memang betul-betul kena plan, bayangkan susu Hayyan saja rm 200 lebih seminggu Wowwwweeee. Bukan nak kata Dart menyesal lekat kali ke-2 ni, cuma i dont feel much excited berbanding masa Hayyan dulu. Sebabnya Dart dah tau i have to face this whole trimesters alone without hubby, tapi bertambah kawan sorang lagi, iaitu Hayyan!

Penat tak payah kira la nak melayan karenah anak sulungku. Hayyan sangat aktif, memang tak boleh tinggal/lepas pandang. Kadang-kadang terlepas pandang walau seminit kat dapur, tiba-tiba dengar bunyi "GEDEBUK!"..pastu "WAAAAAAAAAAAAAA~~~~" meraung si budak kecik tu sakit. Disebabkan dah boleh merangkak dengan jayanya, maka Hayyan nak cuba benda baru iaitu, berdiri dengan sokongan segala benda! Ada meja dia akan panjat, kerusi jangan dikata, walker, baby swing, semua benda yang dia nampak dia akan panjat, termasuk grill pintu!! Itu belum lagi dia nak explore seluruh rumah dan ambil semua benda yang dia jumpa masuk mulut, ngap! Fuh, memang mencabar mengandung masa ni. Semua benda macam biasa Dart kena buat sorang. Semualah! Takda istilah rehat sekejap or kasi kat husband tengok-tengok anak jap, pastu bolehla buat kerja lain sementara hubby jaga anak. NO, NO, Not at all. Dah serupa ibu tunggal dah aku rasa. Nauzubillah la tapi. My mom asyik bising ja nak carikan maid. hmmmm...Macam mana eh? 

Dart mengandung kali ke-2 ni jugak takda morning sickness. Cuma tak lalu makan ajala. Mintak simpang la, sapa nak melayan muntah-muntah nak usap dada aku bagai kalau aku muntah? Nak harapkan Hayyan dia pun tak faham. Yang dia tau, asyik sengih, sengih dan sengih! Alhamdulillah sangat-sangat. Bila mengandung lagi, terasa rezeki semakin melimpah ruah. Hubby dapat kerja baru yang agak boleh menstabilkan kedudukan kami lagi. Syukur, dengan dok asyik travel ni, banyak duit nak kena pakai. Rasa tak cukup memanjang, stress! Hubby plak tak putus-putus cari kerja lain yang boleh tambahkan rezeki kami. Lastly, jumpa jugak! Jobstreet dia dah closed ha ha. Tu pun masa mengandung. Kalau tak jangan harap ha ha. Cuma rezeki nak balik duduk dengan hubby belum ada. Bilalah nak sampai masa tu, masa yang paling berharga la kalau dapat balik dengan hubby kat usj. Banyak expenses boleh cut. Dah nak dekat setahun kami jadi weekend couple. Mungkin lepas-lepas ni Dart dah boleh mintak kat bos nak transfer balik ke kl.

Sedikir sebanyak pasal 2nd pregnany info, Dart dah nak masuk 18 weeks. Kalau dulu masa mengandungkan Hayyan, Dart asyik mengidam makanan Jepun but not this time. Dart suka makan makanan pedas even though my stomach tak tahan makanan pedas. Tiap-tiap hari pun Dart boleh makan ayam Penyet ha ha. so weird, but im enjoying it! Sambal dia memang the best, sampai berasap telingaku.

Dart tak taulah, semakin hari Dart semakin penat nak uruskan Hayyan. Bukan apa, tak menang tangan! Mungkin i have to let go Hayyan to stay with hubby one day bila dah sarat. Sedih sangat bila fikirkan hal ni. Sebab dari Hayyan lahir Dart yang susah payah jaga makan minum dia tiba-tiba takda depan mata. Could i cope? Nantilah fikir balik. Tapi nanti nanti, perut ni makin besar. I realy dont know! I feel really bad kat adik Hayyan tak boleh nak bahagikan masa untuk dia. Asyik menjenguk abang saja. Macam tak kisah langsung pasal the 2nd one, but, bukan dart mintak macam ni. Cuma keadaan dengan live alone membuatkan Dart memang tak boleh nak lepas pandang hayyan. Nak baca quran pun jarang-jarang sekali dah. Makan pun tak tentu arah. Bila rasa nak makan, then i will eat. Takda motivation langsung! Nak pergi checkup pun, dulu bila balik kerja ja ontime ajak hubby g scan baby. Sekarang ni, i know i have to go alone, sebab tak sempat nak balik USJ sangat dah. Hubby turun ipoh senang, sebab dia sorang. Selama 18 minggu, Dart baru g checkup sekali! Macam, kesiannya adik Hayyan. So, mungkin this week dart nak pi bukak buku pink kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak greentown Ipoh, so far yang tu ja paling dekat. Dekat dengan ofis. Dulu i went to Ar-ridzwan, Tapi sebab sekarang diorang dah pindah jadi jauh skit, i feeel so malas nak pi sana. Kalau pergi, nak kena g lepas balik kerja which i will feel bad kalau amik hayyan lambat. Nak ke kedai pun memang Dart tak g sangat. Semua tunggu bila weekend keluar dengan hubby baru semangat! Kalau weekdays Dart memang duduk rumah ja  main-main dengan Hayyan. Takda life kan?  But itulah nyawa or life Dart. Taking care of Hayyan is my priority. Wayang dah dekat setahun ni tak p hehe. I also feel bad tak boleh nak temankan hubby kalau dia teringin nak shisha malam-malam weekdays, rindu nak masak untuk hubby. Semua dia kena buat sorang which i dont like kalau dia keluar malam sorang. haih, please tell me when will this nightmare end?

17 comments:

cujen said...

bestnyeeeeeeeeeeee!!! Tahniah dart. (even i tak bace lagi entry ni sampai habis....tak sempat)..heheheh..


bestnye la nak dapat baby lagi... harap2 dapat girl la kan..biar comel cam mummy dia..

ni yg tak sabo2 nak de baby jugak ni..tapi lom de rezeki :(

eye*da said...

Dart!!!! Congrats for your 2ns pregnancy. Jaga diri ye. Murah rezeki dart:)

dilla kamal said...

youre a supermom angah! :D

RMN said...

kan mama selalu kata dulu orang pompuan mesti kuat, mesti sabar dan cannot afford to be sick, semuanya in our hands, tak boleh tidak, tapi besar pahalanya, sayang don wori God Knows what is good for every one, yang susah tentu akan ada manisnya nanti.

NahiZ (chynk) said...

...dart unbelievable u dh masuk 2..x sempat la i nk kejar cm ni..anyway big congratulations ya.. I pun baru piyet ni n kene plan since my life x bape stabil..so myb i plan nk amik implan je...pil2 ni my hubby x kasi..kalo bleh die nak natural..tp kesian kt die plak..huhu...nnti blog ya ur 2nd baby journey...n if u balik kl jom jumpe...hehe

Mariam Badidu said...

saya doakan kehidupan kak dart dan family dilimpahi rahmat, dipermudahkan segalanya, dirahmati selalu, diberkati and dilindungi oleh-Nya.

My friend once told me, doalah apa yang terbaik untuk kita, bukan apa yang kita nak... sebab apa yang kita nak bukan semestinya yang terbaik buat kita...

MadaM said...

tahniah Dart. apa2 pun kena sabar. hang BOLEH.. ok? selalu berdoa yang terbaik. itu rezeki yang aku belum dapat lagi. tapi aku percaya 1 hari nanti mungkin akan jd nyata :) mmuahh muuahhh... semua ada susah senang.. ingat tu. peace.

cik huda said...

Alhamdulillah. rezeki jgn ditolak sis. :) mst pasnie hayyan ada geng. just xtau gurl or boy. hehe :)

sy doakan sis shat selalu :)

aiko kato said...

jg diri elok2 dart..hayyan sgt cumel btw, buka fb jer salu tgk pic hayyan..hehe~

take care k dear~

hana said...

dart! sedihnya baca entry dart yg ni. takpa sabaq k. Allah maha kaya nanti dia mudahkan urusan dart. jgn sedih2.. insyaAllah rezeki baby nnti boleh pindah dok ngn asben balik.

nk amek maid nervous la pulak kan.

anyway, take a really good care of yourself!

San Mei said...

kak dart.. u da dpt buat mcm2 byurself b4 this.. jd akak mesti dpt buat 4 this time!! doa byk2...suka bce blog akak..

pilot v.s chemist said...

kak dart u kena kuat tau....

Nurul Nurúrú said...

Dart! ^^ Ganbattene. Respect.. Sounds so ibu yang baik.. =)

dartdadada said...

thank you all for ur kindness heartedly warm comments! really appreciate them!! I ust have to be string mentally....

haniekunie said...

terharu lak membacenye.. since kahwin sampai sekarang i don't think my mother ever experience such situation. ayah selalu ada di rumah. takpe dart. nanti mesti semua anak dart dengar cakap dart. aminnn.. go go go dart!

haikal said...

pergh power mak cik..gambatte ah moga2 dipermudahkan selalu..

*SiRibenMerah said...

take care..
be strong..
InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan dart :)

 

Blog Template by YummyLolly.com