10/17/11

dressing hayyan after bath time!(ilmu tok bidan)

Lately selalu teringat masa dalam pantang, bersengkang mata tak tidur malam susukan hayyan, siang pulak pagi sharp kol 9 mesti mandikan dia, lepas tu tok bidan siap-siapkan bagi wangi, bedung dan terus tidur kat baby cot, comel sangat. Pastu dart dengan sesi bertungku, urut semua best gila.....

Harini nak cerita pasal macam mana Dart siapkan hayyan everyday selepas mandi, dah jadi rutin sampai sekarang still guna ilmu tok bidan kasi. Alhamdulillah, perut hayyan pun jarang kembung, wangi ja...Dart teringat sebab sekarang ni hayyan la budak yang paling tak suka nak tempek2 bedak semua haha. Nak pakaikan diaper pun bukan main susah pusing sana pusing sini hai sabaq aja la....

Lepas mandi, macam biasa lap-lap seluruh badan dan bersedia untuk diwangikan!

NOTE: Sebelum proses dressing, sebelum mandi lagi disarankan untuk sediakan semua kelengkapan dan baju baby yang nak dipakaikan si satu tempat supaya senang nak mengurus. Takla terkejar-kejar nak ambik satu barang.

MINYAK TELON

 1. Sapu minyak telon(or any minyak panas yang sesuai untuk baby-Dart pakai Minyak Yuu Yee + minyak baby amway) di kaki, seterusnya tangan. Masa ni boleh dikatakan massage secara tak langsung, genggam kaki dan tangan baby seerat mungkin. Then terus pakaikan mitten dan bootie.
NOTE: jangan lupa cover toot toot baby dengan lampin/apa-apa kain. Kang terpancut urine dia. masa ni belum pakai diaper! heeeeee.

2. Sapu minyak telon di kawasan perut, buat pusingan mengelilingi pusat for beberapa saat. (Dart refer baby massage book untuk elakkan kempung perut)
NOTE : untuk baby newborn, lepas pakai minyak di pert, bolehla pakai barut baby.

DIAPER RASH CREAM-BEPANTHEN

3. Sediakan diaper, letakkan bawah bontot baby, sapukan diaper rash cream di kawasan kemaluan dan bontot baby. Tidak digalakkan untuk letak bedak talkum sebab boleh menyebabkan nappy rash. Sakit kalau baby dapat nappy rash! Ouch! Dart sarankan pakai BEPANTHEN ointment cream! It actually works for 2. Satu sebagai nappy rash cream, satu lagi boleh dijadikan nipple cream, tak beracun untuk baby! Dart penah try Drapolene tapi tak sebest bepanthen. Dah la murah, harga berpatutan plus easy to get, kat mana-mana drgustore like watson, guardian pun ada. Farmasi lagilah ada! Lepas sapu cream, bolehla terus pakaikan diaper.

LOTION-MOTHERCARE ALL WE KNOW BABY LIQUID TALC
4.  Sebelum pakaikan baju, Dart biasakan pakai lotion kat seluruh badan termasuk celah leher, pun nak avoid dari rashes...Dart pakai MOTHERCARE All We Know Baby Liquid Talc, i dont know but dart suka sangat-sangat bau dia. Plus, baby liquid talc ni bila lepas sapu, dia jadi macam pakai bedak talkum. Kira 2 dalam satu la jugak kan. Masa newborn, mula-mula sapu di bahagian depan, pastu angkat baby dan sapu di bahagian belakang baby pulak.

VICKS VAPOURUB
5.  Lepas sapu lotion, Dart amalkan pakai vicks vapourub for baby di bahagian dada dan belakang baby. Tataula rasa macam sedap ja bila sapu dan bau dia. hehe

Lepas siap semua, bolehla teruskan proses pakai baju!

BABY OIL
 
6. Lepas lengkap berbaju, Dart apply baby oil kat rambut baby. Kasi wangiiiiiiii. Tapi sekarang dah jarang buat rasa macam lawak plak rambut berminyak gitu heeeeee.

BABY TALCUM/POWDER
7. Pakai bedak kat seluruh muka dia. haha tapi berpada-pada la takla pakai macam bedak sejuk!

COTTON BUD
 
8. Bila dah lengkap semua, sampai ke sesi bersih-membersih! Guna cotton bud yang bersaiz kecik untuk cuci hiduung dan telinga baby! Masa hayyan kecik dulu rasa seram sejuk nak bersihkan lubang hidung dia, kecik sangat! Tapi benefit dia kalau kita start awal, baby akan get used to it, sekarang hayyan paling suka kalau time cuci telinga. Diam n layannnn aja hahahaa.
NOTE : Berhati-hati, janganlah cucuk dalam-dalam, sekadar cuci untuk buang daki ja n taik hidung!

DONE! 
Hayyan dah wangi! Lepas tu bolehla sesi minum susu, main-main or anything!



happy!

6 comments:

*SiRibenMerah said...

wahhhh.. layanan first class.. beruntung hayyan...


*mesti sedap kan gomoi2 baby time neh*

Ummi Husna said...

hayyan is super cute!!!..comey sungguh... i like this article

hasrul said...

Halamak..macam kenal je orang yang wat demo tu.hehe.

hasrul said...

macam kenal je orang yang tengah wat demo tu!

jay said...

salam..hye dart..td akk rase cm nampak dart lar kat KKM td..nk tegor, tp dart ng kekawan dart segan plak..niway comel dart pegnen

Unknown said...

hmmm susah btl nak jaga bayi ni..totally not ready for it.. huhu

 

Blog Template by YummyLolly.com